Home Entertainment Barisan Pelakon Kdrama Terbaru “The Good Bad Mother”

Barisan Pelakon Kdrama Terbaru “The Good Bad Mother”

0

Setelah cemerlang tampil dalam The Glory part 2, Lee Do Hyun bakal kembali menyapa para pencinta Kdrama. The Good Bad Mother adalah sebuah siri TV dari JTBC yang mengisahkan tentang hubungan seorang ibu dan anaknya.

Si anak bernama Choi Kang Ho yang dilakonkan oleh Lee Do Hyun tiba-tiba sahaja berkelakuan seperti kanak-kanak akibat terlibat dengan sebuah kemalangan. Keadaannya yang seperti itu membuatkan dirinya terpaksa pulang ke kampung dan dijaga oleh ibunya yang sangat tegas iaitu Jin Young Soon (Ra Mi Ran).

Pihak produksi telah melepaskan poster dan teaser, para pelakon lain yang terlibat juga telahpun diumumkan di setiap platform media. Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi The Good Bad Mother:

3ECBBBFD D9A3 4201 A155 630F56FBCC731. Ra Mi Ran membawa watak sebagai Jin Young Soon, iaitu ibu kepada Choi Kang Ho. Dia merupakan seorang ibu tunggal yang selama ini mendidik anaknya dengan sangat tegas.

5302351A A5A3 4FE5 AD14 A6DE6732C41C2. Lee Do Hyun sebagai Choi Kang Ho, iaitu anak kepada Jin Young Soon. Seorang pendakwa raya yang sangat dingin yang terlibat kemalangan dan seterusnya berkelakuan seperti anak kecil.

F46E1914 326B 4A6A 9864 77F631A8AEFD3. Ahn Eun Jin membawa watak sebagai Lee Mi Joo, iaitu kawan sepermainan waktu kecil Choi Kang Ho. Dia kembali ke kampung kerana masalah kerjaya dan cinta.

1E349139 4BCB 4AB0 ADA3 0C5D2B47540C4. Yoo In Soo melakonkan watak sebagai Bang Sam Sik, iaitu pembuat onar di kampung. Walaupun begitu, dia hanya menyukai seorang gadis sahaja sejak dari kecil.

D5FB6B62 1E56 4EE2 9E5A 2EBCB7390FE75. Telah menyepi daripada dunia seni lebih kurang 7 tahun lamanya, Cho Jin Woong tampil untuk membuat kemunculan istimewa dalam Kdrama ini. Dia membawa watak sebagai Choi Hae Sik iaitu ayah kepada Choi Kang Ho.

0B9E79D2 8115 48D3 B1DE BDB992173F676. Jung Woong In kali ini menjadi pendakwa raya yang ingin menjadi calon presiden dengan menggunakan apa cara sekalipun. Dia membawa watak sebagai Oh Tae Soo.

Baca Lagi: 10 Kdrama Tamat April, Yang Manakah Kegemaran Anda?

69467C7C 2796 4AB7 AC1F BF95C411E4147. Hong Bi Ra membawa watak sebagai Oh Ha Yeong, iaitu anak perempuan tunggal Oh Tae Soo. Wataknya sukar dijangka seperti bom waktu!

B2D3A879 FF4B 4198 B1EE C87200D412878. Choi Moo Sung melakonkan watak sebagai Song Woo Byeok. Dia merupakan ketua kumpulan Woo Byeok.

B6748B65 CEDB 4C66 828A 5542A69660249. Choi Soon Jin membawa watak sebagai anak buah Song Woo Byeok yang sedang menyembunyikan identitinya.

4B27B0C4 4D86 47F8 BB67 61DB292CCC8510. Kang Mal Geum melakonkan karakter Puan Jung iaitu ibu kepada Lee Mi Joo. Dia telah mengorbankan hidupnya demi suami dan anaknya.

3E7A42E7 0888 4615 8E87 243FF426B1F711. Seo Yi Sook melakonkan watak sebagai Puan Park iaitu ibu kepada Bang Sam Sik. Dia adalah pemilik sebuah kilang di Kampung Joowori.

BA05E0CB 09C1 45C8 A25D 604B3A4339D5

12. Jang Won Young membawa karakter ayah Bang Sam Sik. Dia digelar sebagai presiden muda di Kampung Joowori.

6DE3034C 73D9 47B7 9365 BABD5B9EE63B13. Kebiasaannya pelakon ini sering membawa watak komedi dalam drama siri, Kim Won Hae menjadi ketua kampung di Kampung Jowoori. Dia bertanggung jawab atas setiap urusan penting di kampung tersebut.

30726F4F 8480 45C7 8563 A696809735AD14. Selalu membawa watak antagonis, kali ini Baek Hyun Jin menjadi seorang lelaki yang bercita-cita mahu melakukan pertunjukan pentas konsert berskala besar di Kampung Jowoori.

4E6C2FBE D28B 4F7B 9625 68DD319E5D6515. Ye Jin dilakonkan oleh Ki So Yu (kiri) dan Park Da Eon (kanan) sebagai Seo Jin. Mereka berdua menjadi saudara kembar dan kawan baru Choi Kang Ho.

12DA8181 6746 41DE 81C9 CABD3393FD3C16. Kim Sun Bin melakonkan watak sebagai rakan sekerja Kang Ho. Dia digambarkan sebagai individu yang membenci Kang Ho!

Nampaknya kita bakal menyaksikan deretan pelakon-pelakon hebat dalam Kdrama The Good Bad Mother. Semakin tidak sabar bukan? The Good Bad Mother akan dapat ditonton pada 24 April 2023 setiap hari Rabu dan Khamis di JTBC, TVING, dan Netflix. Nantikan ya!

Baca Juga: 6 Kdrama Bertemakan Detektif “Underrated” Tetapi Sangat Menarik