Home Entertainment 10 Kdrama Tamat April, Yang Manakah Kegemaran Anda?

10 Kdrama Tamat April, Yang Manakah Kegemaran Anda?

0

Beberapa Kdrama yang ditayangkan pada bulan Februari hingga Mac akan tamat pada bulan April. Namun, ada juga Kdrama yang ditayangkan pada April juga bakal tamat di bulan ini juga, jom kita lihat senarai Kdrama yang bakal berakhir tayangannya pada bulan ini:

1. Delivery Man

305A8BA8 5DF5 4227 9091 EA24C24C9E6BDelivery Man adalah sebuah Kdrama dari ENA yang ditayangkan sejak 1 Mac. Kdrama ini mengisahkan tentang seorang pemandu teksi yang bernama Seo Young Min (Yoon Chan Young) yang menyiasat kematian ibunya. Dia dibantu oleh hantu yang bernama Kang Ji Hyun (Bang Min Ah) dan ternyata badan asal hantu iti dalam keadaan koma. Tinggal dua episod sahaja lagi, dalang di sebalik pembunuhan adalah Do Kyu Jin (Kim Min Suk). Dia adalah doktor yang membantu ibu Seo Young Min sewaktu sedang tenat akibat kemalangan. Kdrama ini akan tamat pada 5 April nanti!

2. Divorce Attorney Shin

4C9A1F99 73E1 47C5 8007 CF2982AC7A08Divorce Attorney Shin adalah Kdrama JTBC yang berkisarkan kisah peguam Shin Sung Han (Cho Seung Woo). Dia bukan hanya perlu menghadapi bermacam kes pelanggannya, dia juga mempunyai trauma yang menyebabkan dia beralih kerjaya dan menjadi seorang peguam. Menampilkan 12 episod semuanya, Divorce Attorney Shin akan tamat pada 9 April.

Baca Lagi: 9 Pasangan Pelakon Tidak Bercinta Dalam Kdrama Tetapi Bercinta Di Dunia Nyata

3. Our Blooming Youth

03864A3F E77F 4A03 8E72 1C3A3C7ACC61Our Blooming Youth adalah Kdrama Sageuk tvN yang ditayangkan sejak 6 Februari lalu. Kdrama ini mengisahkan tentang Putera Lee Hwan (Park Hyung Sik) yang sedang mencari siapakah pengirim surat hantu. Tentu sahaja, dalam pencarian tersebut, dia terpaksa menghadapi pelbagai macam kes yang mencabar. Tinggal 4 episod sahaja lagi, Kdrama penuh misteri ini akan tamat pada 11 April 2023.

4. Call It Love

DFEC617D 5FB2 4428 944E F29FC2E71192Call It Love adalah Kdrama original Disney+ yang bergenre romantik dan melodrama. Kdrama ini mengisahkan tentang Shim Woo Joo (Lee Sung Kyung) yang berniat mahu balas dendam terhadap sebuah keluarga yang telah merampas ayahnya. Call It Love akan tamat pada 11 April dan masih tersisa 4 episod sahaja lagi.

5. Queenmaker

4888BEF2 CCB8 4E4E 84D5 EB1EFA64A397Queenmaker adalah Kdrama original Netflix yang langsung tamat pada hari pelancarannya juga kerana Netflix melepaskan semua episod pada hari yang sama. Kdrama yang bakal menyaksikan Kim Hee Ae (Hwang Do Hee) dan Moon So Ri (Oh Kyung Sook) sebagai watak utama ini akan ditayangkan pada 14 April dengan bilangan episod sebanyak 12 episod semuanya.

6. Taxi Driver 2

049F51BB 0604 49FF A30C F5A92153971F

Taxi Driver 2 adalah Kdrama yang sering ditunggu-tunggu setiap episodnya. Jika Taxi Driver musim pertama menampilkan sebahagian besar misi balas dendam secara solo oleh Do Gi (dilakonkan oleh Lee Je-hoon), Musim ke-2 ini menonjolkan lebih banyak kerja sama antara anggota pasukan dan penyertaan dari anggota kumpulan Rainbow Taxi. Kdrama SBS ini akan tamat pada 15 April nanti.

7. Decoy part 2

5D85B6C9 258F 4A79 A189 FC865D5C977CCoupang Play menghadirkan kembali sambungan siri Kdrama originalnya, Decoy part 2. Pada bahagian pertama, menampilkan kes pembunuhan bersiri yang disiasat oleh detektif Gu Do Han (Jang Keun Suk). Ternyata mangsa tersebut masih berhubungan dengan No Sang Cheon (Heo Sung Tae). Kdrama ini akan ditayangkan pada 7 April dan berakhir pada 21 April 2023.

8. Oasis

DD9EA57F 6B1F 4618 9C83 B6E59B8EF160Oasis adalah drama siri KBS yang bergenre melodrama berlatarkan 90an. Mempunyai 16 episod semuanya, Oasis akan tamat pada 25 April nanti. Episod 8 menceritakan tentang Lee Du Hak (Jang Dong Yoon) yang ingin berhenti sebagai gangster kerana dia mahu berkahwin dengan Oh Jung Shin (Seol In Ah). Sementara itu Choi Cheol Woong (Choo Yeong Woo) terbakar cemburu dan tidak dapat menerima kenyataan apabila mendengar berita bahagia tersebut.

9. Duty After School

AAE695FE 7159 407F AA6B 98B78EA89AE4Duty After School adalah Kdrama original TVING yang berjumlah 10 episod. Kdrama ini mengisahkan tentang para pelajar di sebuah sekolah yang diarahkan untuk mengikuti latihan kententeraan. Mereka perlu berperang melawan makhluk asing dari langit yang telah membunuh banyak mangsa. Kdrama ini ditayangkan terus 6 episod pada 1 April di paltform striming Viu dan di TVING pada 31 Mac yang lalu.

10. Pandora: Beneath the Paradise

A94FFD81 5CF5 4198 A656 E68FC5CFECD3Pandora: Beneath the Paradise adalah Kdrama tvN yang mula ditayangkan sejak 11 Mac dan bakal tamat pada 30 April ini. Kdrama yang bergenre thriller dan misteri ini berkisar tentang kisah Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) yang lupa akan masa lalunya. Dia mendapat kembali beberapa keping ingatan dan ternyata kehidupan sebenarnya kini penuh kepalsuan dan penipuan.

Daripada 10 Kdrama yang tersenarai di atas, drama siri mana satukah kegemaran anda? Semakin dekat dengan episod akhir, semakin rancak konflik dan jalan cerita yang dipersembahkan. Jangan lupa menonton Kdrama kegemaran anda nanti ya!

Baca Juga: Sekitar Majlis Pembacaan Skrip “Tale Of The Nine Tailed 1938”