Home Entertainment 6 Watak Menarik Dilakonkan Oleh Lee Je Hoon

6 Watak Menarik Dilakonkan Oleh Lee Je Hoon

0

Walau apa pun watak yang diberikan untuknya, penampilan Lee Je Hoon dalam drama siri ataupun filem Korea selalunya penuh dengan kejutan. Kehebatan lakonannya membuatkan semua karakter yang dibawa olehnya begitu melekat di hati dan sukar untuk dilupakan oleh para penonton.

9B9C42C5 DBDF 4618 81B0 39638049D216Karakter Lee Je Hoon dalam drama siri dan filem Korea berikut ini juga diingati kerana pada asalnya watak-watak ditampilkan biasa-biasa tetapi rupa-rupanya setiap watak Lee Je Hoon memang menarik dan berkembang dengan sangat baik seiring dengan alur cerita dan perjalanan plot. Siapa sangka setiap watak yang pernah dibawa oleh Lee Je Hoon penuh dengan rahsia dan menyimpan misteri serta berbahaya.

D45E1E07 2F92 46C0 A9C5 4B511A7B2439

1. Anggota tentera dalam filem The Front Line (2011)

Jika tertanya-tanya bagaimanakah Lee Je Hoon melakonkan watak sebagai anggota tentera, maka tontonlah filem The Front Line (2011). Filem ini berkisar tentang cerita para askar yang berperang, dalam filem ini, Lee Je Hoon melakonkan watak Shin Il Young. Seorang tentera yang pendiam ditonjolkan sebagai kapten pasukan area DMZ..

C17738B9 531A 4519 B5E8 C6B45AE0AFCF2. Ahli kumpulan gangster dalam filem My Paparotti (2013)

Salah sebuah watak menarik yang pernah dilakonkan oleh Lee Je Hoon adalah karakter Jang Ho (Lee Je Hoon) dalam filem My Paparotti (2013). Dia membawa watak seorang pelajar sekolah menengah yang sememangnya kelihatan misteri dan pendiam, tetapi di sebalik itu, dia sebenarnya merupakan ahli kumpulan gangster yang sering membuat onar. Walaupun begitu, Jang Ho mempunyai bakat tersembunyi yang tidak diketahui oleh orang lain. Disebalik watak budak nakal dan penjahat yang ditonjolkan, karakter ini sebenarnya hanya ingin menjadi seorang penyanyi.

E2326B21 445F 4DE2 848B CBD52C5C26933. Stalker dalam filem An Ethics Lesson (2013)

Watak Jung Hoon (Lee Je Hoon) dalam filem Korea An Ethics Lesson (2013) adalah sebuah watak yang menonjolkan dirinya bekerja sebagai seorang anggota polis, menjalani kehidupan normal sehari-hari. Siapa sangka seorang anggota polisi yang sangat berdedikasi seperti Jung Hoon mempunyai sisi gelap yang agak mengerikan. Di luar pekerjaannya, Jung Hoon menjadi stalker dan mengintai jirannya yang cantik melalui kamera tersembunyi. Suatu malam, dia menyaksikan sebuah insiden mengerikan terjadi. Ingin menolong, dalam masa yang sama Jung Hoon bimbang jika aktiviti haramnya yang suka mengintai itu terbongkar!

Baca Lagi: 10 Kdrama Tamat April, Yang Manakah Kegemaran Anda?

229FA9E6 6A5C 415F 9120 E8508F65EB9B4. Penembak tepat dalam filem Anarchist from Colony (2017)

Kekejaman watak anti hero yang dibawa oleh Lee Je Hoon dalam filem Anarchist from Colony (2017) mungkin tidak terlalu ketara.
Watak Park Yeol sama seperti orang biasa dan langsung tidak mencurigakan. Sehingga, tidak ada seorang pun orang di sekitarnya yang menyangka jika penulis puisi ini adalah seorang pelarian. Rupa-rupanya dia adalah dalang di sebalik rancangan penembakan putera raja Jepun.

9DA8B7FE 0C58 4748 A4A3 8E772D2175AB

5. Petinju haram dalam drama siri Move to Heaven (2021)

Ramai orang kagum dengan pesona Lee Je Hoon setelah tampil dalam drama siri Move to Heaven (2021). Drama siri keluaran Netflix tersebut menyaksikan Lee Je Hoon sebagai seorang pak cik dah sekaligus figura yang menggantikan ayah Geu Ru (Tang Jun Sang).
Dia mempunyai alasan kukuh disebalik penampilannya yang tidak tentu hala setelah bebas dari penjara. Sebelum itu, Cho Sang Gu (Lee Je Hoon) diam-diam menyimpan rahsia masa lalu yang hitam ketika masih menjadi seorang petinju haram.

35447E1B 047B 42B2 9D47 F9B672DC2EEC6. Pemandu teksi eksklusif dalam drama siri Taxi Driver (2021—2023)

Taxi Driver (2021—2023) termasuk dalam senarai salah sebuah drama siri Korea terbaik yang mana watak utamanya adalah antihero.
Bersama-sama empat anggota pasukan Teksi Pelangi lainnya, Kim Do Ki (Lee Je Hoon) menawarkan perkhidmatan balas dendam untuk mereka-mereka yang teraniaya. Dua musim drama siri Taxi Driver ternyata beroleh kejayaan besar, drama siri ini turut mendapat rating tertinggi selama penayangannya.

Dalam banyak-banyak watak yang dilakonkan oleh Lee Je Hoon, ternyata diantaranya dalam diam-diam dia juga adalah seorang individu berbahaya. Seperti yang telah disebutkan tadi, setiap wataknya memang penuh dengan kejutan!

Baca Juga: Barisan Pelakon Kdrama Terbaru “The Good Bad Mother”