Home Entertainment Himchan Terlibat Kes Gangguan Seksual Buat Kali Ketiga

Himchan Terlibat Kes Gangguan Seksual Buat Kali Ketiga

0

Sekali lagi Himchan yang merupakan bekas ahli kumpulan B.A.P kembali terpalit dengan kes gangguan seksual!

Ini merupakan kali ke-3 Himchan terlibat dengan kes gangguan seksual

Kim Him Chan atau yang lebih dikenali sebagai Himchan menggegarkan media Korea Selatan. Bagaimana tidak? Bekas rapper B.A.P ini kembali tersandung kasus pelecehan seksual. Setelah dua dakwaan yang pernah menjeratnya, kes terbaru ini menjadi kes gangguan seksual ketiga bagi bekas idol KPop yang dilahirkan pada tahun 1990 tersebut.

Baca Lagi: Barisan Pelakon Kdrama Terbaru “The Good Bad Mother”

Jom sama-sama kita lihat kronologinya seperti berikut ini:

1. Kes pertama terjadi sekitar tahun 2019

92FB304C 1A3D 4772 A647 FB8DDA2A34ECHimchan pernah didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai ‘A’ pada tahun 2019. Insiden tersebut terjadi di sebuah villa yang terletak di Namyangju.

Selama menjalani proses perbicaraan pertamanya, Himchan mengaku tidak bersalah dan membantah tuduhan yang dilemparkan. Dia menegaskan bahawa semua aktiviti seksual yang dilakukan adalah atas persetujuan bersama. Sehingga pada bukan April tahun lalu, akhirnya Himchan mengaku semua dakwaan tersebut dan membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

Kes tersebut menyaksikan pihak mahkamah mengenakan hukuman 10 bulan penjara ke atas Himchan. Selain itu, dia juga diwajibkan untuk menjalani 50 jam kursus pendidikan keganasan seksual secara sukarela.

2. Himchan kembali terkait dengan kes gangguan seksual terhadap dua orang wanita pada tahun 2022

072F728A 2BEF 47E9 8EA4 9BC9236982B5

Pada 25 Oktober 2022, Himchan kembali diadili dan disiasat tanpa penahanan atas kes yang sama. Dia dituduh telah melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap dua orang wanita di sebuah bar yang bertempat di Hannam-dong, pada 17 April 2022.

Himchan didakwa menyentuh pinggang salah seorang wanita tersebut tanpa kerelaannya. Sementara wanita lainnya melaporkan Himchan berusaha untuk menyentuh dadanya.


3. Kini Himchan telah disahkan kembali terpalit dengan kes gangguan seksual yang lain

800A99AF 68F0 4464 A2EF 4EA0858218B1

Dikutip dari portal Allkpop, telah disahkan bahawa Himchan sedang disiasat atas kes gangguan seksual yang lain, pada Isnin 3 April 2023. Kali ini, cameo dalam filem Mr. Idol tersebut didapati menganiaya seorang wanita secara paksa di Eunpyeong-gu, Seoul.

4. Sedang disiasat oleh pihak polis

FADE07C0 547C 4D7D 8424 D4A65A282F2F

Ketika ini kes gangguan seksual ketiga yang dihadapi Himchan sedang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Seoul Barat. Selain itu, pihak polis juga merancang untuk mengheret Himchan ke muka pengadilan untuk pendakwaan kes dan dikhabarkan paling cepat dalam masa terdekat ini iaitu pada minggu ini juga.

 

5. Pernah cuba untuk membunuh diri

75F6B386 68CE 4532 A80C D73E90C0D057

Selepas mengaku dan meminta maaf tentang kes gangguan seksual yang pertama, Himchan mengalami masalah kesihatan mental yang cukup serius. Dia dikhabarkan pernah cuba untuk membunuh diri pada 13 Jun 2021. Namun percubaannya tersebut gagal apabila ibu Himchan dihubungi oleh kenalan Himchan yang bimbang akan keadaan Himchan.

Tiga kali terlibat dengan kes gangguan seksual, Himchan kali ini sekali lagi mendapat kecaman dan hinaan yang lebat dari para netizen!

Baca Juga: 6 Watak Menarik Dilakonkan Oleh Lee Je Hoon