Menjadi seorang selebriti terkenal pasti membuatkan anda dihujani pelbagai hadiah dari segenap peminat! Begitulah juga nasib yang berlaku kepada ramai artis-artis Korea.
Sangat ramai peminat menghadiahkan mereka dengan pelbagai jenis hadiah sehingga tiada tempat untuk mereka menyimpannya. Hadiah yang paling gemar diberikan oleh peminat adalah teddy bear, anak patung dan juga kuntuman bunga.


Perbuatan baik seperti menderma telah menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakan artis Korea Selatan. Mereka begitu mengambil berat terhadap orang lain yang memerlukan bantuan. Malah ada beberapa orang daripada artis-artis ini menyumbangkan hadiah berharga dari para peminat untuk berkongsi rasa kebahagiaan dan menawarkan pertolongan kepada orang lain.
Pada tahun 2016, Sandara Park menyumbangkan anak patung dan teddy bear pemberian para peminat kepadanya selepas mengunjungi hospital rehabilitasi khusus untuk kanak-kanak. Dia juga ingin memberikan kebahagiaan lebih buat kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan perubatan tersebut dengan memberikan mereka anak patung dan teddy bear.
Pada tahun 2013, Tree-J Company mengumumkan bahawa Jang Geun Suk menerima pelbagai ucapan tahniah dan hadiah daripada para peminat dari pelbagai negara. Hadiah-hadiah tersebut diberikan untuk menyokong pelakon tersebut semasa majlis promosi untuk drama siri Beautiful Man (2013).
Pada tahun 2016, Gyuri memutuskan untuk menyumbangkan beberapa teddy bear kepada kanak-kanak sewaktu menjadi sukarelawan di Filipina. Anak patung itu merupakan hadiah berharga yang dia terima daripada para peminatnya.






