Home Entertainment Lee Je Hoon dan Pyo Ye Jin Menjadi Pasangan Pengantin Baru...

[Spoiler] Lee Je Hoon dan Pyo Ye Jin Menjadi Pasangan Pengantin Baru Dalam “Taxi Driver 2”

0

Lee Je Hoon dan Pyo Ye Jin akan menyamar sebagai pasangan pengantin baru pada episod seterusnya “Taxi Driver 2”!

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Taxi Driver” SBS ialah drama tentang perkhidmatan teksi misteri yang bantu pihak mangsa untuk membalas dendam kerana mangsa tidak mendapat keadilan melalui undang-undang yang sepatutnya. Selepas berjaya pada musim pertama pada tahun 2021, drama popular itu kini kembali untuk musim kedua.

Pyo Ye Jin Lee Je Hoon 2

Spoiler

Dalam episod kelima drama yang akan datang, Kim Do Gi (lakonan Lee Je Hoon) dan Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin) menyamar sebagai pasangan suami isteri untuk misi seterusnya.

Untuk mendekati broker langganan perumahan haram, kedua-dua rakan sekerja itu akan berpura-pura sebagai pengantin baru yang ingin membeli rumah pertama mereka.

Daripada pakaian denim yang dipadankan hinggalah ke topi besbol berpasangan, Kim Do Gi dan Ahn Go Eun kelihatan seperti sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta ketika mereka bercakap dengan broker penipu itu.

Baca lagi:5 Kdrama Mengenai Keluarga Politik Yang Penuh Kepuraan

Baca lagi: Tamat Sudah Kontrak 5 Ahli WJSN, Tinggal 8 Sahaja Ahli Yang Mempebaharui Kontak

Taxi Driver 2

Untuk melihat pasangan palsu itu beraksi, nantikan episod seterusnya “Taxi Driver 2” pada hari ini, 3 Mac jam 10 malam KST!

Sumber: [1]