Home Concert Artis K-Pop Wanita Jadi Sopan Di Arab Saudi? Ini Reaksi Netizen Korea

Artis K-Pop Wanita Jadi Sopan Di Arab Saudi? Ini Reaksi Netizen Korea

0

Baru-baru ini, ‘KCON’ CJ ENM berjaya mengadakan tayangan pertamanya di Arab Saudi dari 30 September sehingga 1 Oktober lalu.

Antara artis K-Pop yang membuat persembahan pada hujung minggu lalu ialah Rain, Hyolyn, Sunmi, Pentagon, The Boyz, ONEUS, TO1, ATEEZ, STAYC, SECRET NUMBER, P1Harmony dan NewJeans. Acara itu juga distrim secara langsung melalui YouTube, menarik lebih 8,200,000 penonton dari peminat K-pop seluruh dunia.

1664849077 2

Sunmi

1664849099 7

Hyolyn

Selepas acara itu berlangsung, satu topik telah menarik minat netizen Korea iaitu, pakaian yang dipakai oleh artis K-Pop wanita!

Memandangkan budaya Arab Saudi memerlukan wanita sentiasa menutup tangan dan kaki mereka, artis K-Pop wanita yang menghadiri ‘KCON Arab Saudi’ juga mengikuti garis panduan budaya ini.

Baca lagi: Wooyoung 2PM Tidak Gembira Walaupun Nichkhun Pinjamkan RM228k Kepadanya

Baca lagi: Takut Dikecam Netizen, Rambut EXID Hani Dikaburkan?!

1664849077 4

StayC

1664849176 5

NewJeans

1664849099 8

Secret Number

Ini antara reaksi netizen Korea:

“Penggaya (stylist) nampaknya berhati-hati tetapi masih berjaya membuat artis kelihatan cantik.”

“Walaupun saya tidak suka gaya pakaian wanita yang begitu terhad, tetapi pakaian mereka semuanya bagus dan cantik.”

“Pakaian itu comel tanpa mendedahkan.”

“Pakaian semuanya bagus tetapi… ia kelihatan agak kuno.”

“Selagi pakaian itu selesa untuk menari, tidak mengapa.”

Apa pulak pendapat korang tentang pakaian bintang K-Pop wanita di KCON Arab Saudi ini?

Sumber: [1]