Home Entertainment Baru Debut Sebagai DJ Radio, V BTS Hangat Diperkatakan Oleh Kelab ARMY...

Baru Debut Sebagai DJ Radio, V BTS Hangat Diperkatakan Oleh Kelab ARMY Yang Pekak

0

Kim Taehyung, aka V, terkenal dengan hubungan baiknya dengan peminat, dan tindakannya baru-baru ini dalam memastikan tiada sesiapa yang berasa terpinggir mengukuhkan lagi personaliti baiknya.

Taehyung baru-baru ini membuat debut sebagai DJ radio dalam rancangan ‘Starry Night’ Kim Eana pada 27 September dan 28 September. Semasa rehat komersial, dia menghabiskan banyak masa berinteraksi dengan peminat yang menonton siaran langsung dari luar studio.

Baru-baru ini sebuah video telah tersebar di Youtube dan kelab ARMY yang pekak tersentuh dengan usaha Taehyung dan memuji idola itu kerana penggunaan bahasa isyarat yang betul semasa interaksinya bersama peminat.

Taehyung membuat isyarat menggenggam penumbuk dan meletakkannya tepat di hadapan hidungnya sebagai tanda “berasa baik” atau “suka”. Dia juga dilihat melakukan bahasa isyarat untuk “Pelukan” dan ungkapan kasih sayang yang lain.

1664921630 v 2 waifu2x photo noise2 scale tta 1

Peminat tidak dapat mendengar suaranya dengan baik melalui luar studio, jadi Taehyung meluahkan perasaannya dalam bahasa isyarat, dan mereka yang tahu maksud Bahasa isyarat itu sangat kagum dengannya.

Ini bukan kali pertama Taehyung menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan peminat. Apabila BTS membuat ucapan mereka untuk “Dear Class of 2020,” Taehyung menyampaikan ucapan tahniahnya menggunakan beberapa bahasa isyarat.

1664920142 e6s3dc3veaa2f1q

Semasa promosi untuk “Butter,” Taehyung juga menggunakan bahasa isyarat. Selain itu juga, video muzik “Permission to Dance”, bahasa isyarat telah dimasukkan ke dalam koreografi.

Baca lagi: Disebabkan Respon Chuu LOONA Ini, Peminat Anggap Dia Telah Ditendang Dari ‘Group Chat’ LOONA

Baca lagi: Bercinta Sejak Tahun 2013, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Choi Sooyoung

1664921912 v 3

Hal ini benar-benar menyerlahkan keperibadiannya yang ikhlas, sekaligus membuktikan dia cantik luar dan dalam.

Sumber: [1]