Home Entertainment Wooyoung 2PM Tidak Gembira Walaupun Nichkhun Pinjamkan RM228k Kepadanya

Wooyoung 2PM Tidak Gembira Walaupun Nichkhun Pinjamkan RM228k Kepadanya

0

Pada 2 Oktober lalu, di dalam rancangan KBS 2TV “Beat Coin,” ahli rancangan itu telah ditugaskan untuk menghubungi orang yang mereka kenali dan pinjam wang dari orang itu.

Mereka akan dikira berjaya jika kenalan mereka itu bersetuju untuk meminjamkan mereka sejumlah 100 juta won (kira-kira RM326k).

Nichkhun Shows What Being a True Friend Means When Wooyoung Suddenly Asks  Him to Lend 70 Million Won - ZAPZEE - Premier Korean Entertainment Magazine

Wooyoung memilih untuk menelefon Nichkhun, dan dia bertanya kepadanya melalui telefon, “Saya minta maaf, hyung, tetapi saya sangat perlukan wang sekarang. Boleh ke awak pinjamkan saya duit awak?”

Nichkhun kemudian bertanya berapa banyak yang Wooyoung perlukan, dan atas dorongan Jo Se Ho, Wooyoung menjawab, “50 juta won [kira-kira RM163k].

Tanpa banyak soal, Nichkhun segera bersetuju, bertanya, “Saya nak bank in dekat mana?” Kemudian, selepas Wooyoung berkata dia akan menghantar mesej butirannya, Nichkhun bertanya dengan risau, “Awak ok ke? Awak tak ada masalah, kan?”

Terkesan dengan betapa mudahnya Nichkhun bersetuju untuk membantunya, ahli rancangan yang lain secara senyap menggesa Wooyoung untuk meminta lebih banyak wang supaya mereka boleh mencapai matlamat mereka iaitu 100 juta won.

Beat Coin scaled

Wooyoung menjawab, “Saya tidak menghadapi masalah, tetapi hyung, boleh ke kalau saya meminjam lebih sedikit? Dalam 20 juta won [kira-kira RM65k]? Itu akan membantu.”

Jadi 70 juta won [kira-kira RM228k]?” tanya Nichkhun, sebelum bertanya sambil ketawa, “Jap, awak tidak membunuh seseorang atau apa-apa, kan?”

Selepas mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nichkhun dan meyakinkannya bahawa dia tidak menghadapi masalah, Wooyoung menutup telefon, dan Hong Jin Kyung berkata, “Wah, dia sangat hebat.”

Baca lagi: “Kenapa Lambat Sangat YG Entertainment Respons?”- Netizen Pertikai Tindakan Agensi Terhadap Jennie BLACKPINK

Baca lagi: “Kemain Mesra Diaorang”- Hwang Jaegyun Muat Naik Gambar Mesra Dengan Jiyeon T-ARA

Wooyoung scaled

Walau bagaimanapun, Wooyoung tidak gembira sepenuhnya walaupun mereka sudah berjaya dalam misi itu. Ini kerana, Wooyoung bimbang dengan Nichkhun yang mudah percaya orang. Ahli 2PM itu kemudian berkata, “Jap, saya sebenarnya agak bimbang [untuk dia] sekarang. Adakah [Nichkhun] akan baik-baik saja?”

Baik sangat pun bahaya kan? Tapi baik betul Nichkhun!

Sumber: [1]