Home Entertainment “Kemain Mesra Diaorang”- Hwang Jaegyun Muat Naik Gambar Mesra Dengan Jiyeon T-ARA

“Kemain Mesra Diaorang”- Hwang Jaegyun Muat Naik Gambar Mesra Dengan Jiyeon T-ARA

0

Jarang kan artis Korea ni terlalu berkongsi mengenai hubungan mereka dengan kekasihnya? Tetapi tidak untuk Hwang Jaegyun!

Baru-baru ini, pemain besbol itu telah memuatnaik gambar dengan kekasih nya yang cantik jelita, siapa lagi kalau bukan Ji Yeon ahli kumpulan T-ARA.

Pemain besbol yang tinggi lampai itu telah memuat naik gambar dengan kapsyen yang agak “comel”.

“Melakukan perkara yang sihat bersama-sama”

Untitled design 21

Mereka berdua telah dilihat mengenakan pakaian suka dan telah bersenam bersama-sama di sebuah gym. Ji-yeon sentiasa berkongsi gambar dengan kekasih nya itu di laman sosial dan peminat teruja melihat hubungan baik mereka yang kelihatan sihat dan membahagiakan!

Mereka juga sudah mengumumkan untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember tahun ini! Seronok betul tengok pasangan bahagia begini!

Sumber: Kimchi Daily

Baca artikel terdahulu: “Kenapa Lambat Sangat YG Entertainment Respons?”-Netizen Pertikai Tindakan Agensi Terhadap Jennie BLACKPINK