Home News Agensi Tamatkan Kontrak Dengan Soojin, Bekas Ahli (G)I-DLE Kerana Isu Buli

Agensi Tamatkan Kontrak Dengan Soojin, Bekas Ahli (G)I-DLE Kerana Isu Buli

0

Pada 5 Mac lalu, Cube Entertainment mengeluarkan kenyataan berhubung bekas anggota (G)I-DLE dan artis naungannya, Soojin.

“Kami ingin memaklumkan bahawa kontrak eksklusif kami dengan Seo Soojin telah ditamatkan.

“Pada Februari tahun lepas, setelah timbul kontroversi, Cube Entertainment cuba cari jalan dengan Seo Soojin bagi membongkar kebenaran menerusi siasatan polis. Bagaimanapun, polis menyimpulkan yang dakwaan penuduh itu ‘tidak bersalah’ dalam menyebarkan khabar (tentang isu buli) itu.

“Cube Entertainment menghormati keputusan pihak polis, dan kami dengan rendah dirinya memohon maaf kerana membimbangkan orang ramai berkenaan isu ini.”

Terdahulu Soojin mengumumkan untuk menarik diri daripada kumpulan (G)I-DLE pada Ogos 2021, kira-kira 6 bulan dilanda kontroversi buli semasa zaman sekolah.

Baca lagi: Soojin Akhirnya Keluar Dari Kumpulan (G)I-DLE Kerana Isu Buli

Baca lagi: Selepas Kontroversi Soojin, (G)I-DLE Memutuskan Untuk ‘Move-On’

Sumber: [1]