Home Entertainment Selepas Kontroversi Soojin, (G)I-DLE Memutuskan Untuk ‘Move-On’

Selepas Kontroversi Soojin, (G)I-DLE Memutuskan Untuk ‘Move-On’

0

Tahun lalu, (G)I-DLE dilanda ribut kontroversi selepas salah seorang anggotanya iaitu Soojin terpalit kes buli sehingga menyaksikan dia mengundur diri dari kumpulan itu.

soojin main

Selepas hampir enam bulan kontroversi tersebut berlalu, kumpulan itu dilaporkan akan kembali rancak menyambung karier mereka dengan kemunculan semula.

Cube Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan, (G)I-DLE kini sedang sibuk melakukan persiapan untuk membuat kemunculan pada Mac depan.

allkpop 1645083519 20220216 gidle

Kehadiran mereka sekali gus menyaksikan kumpulan itu meneruskan hayat karier masing-masing dengan kekuatan anggota seramai lima orang selepas Soojin mengundur diri tahun lalu.

Sebelum ini, kelima-lima anggota kumpulan itu dilaporkan memberi fokus terhadap aktiviti solo masing-masing selepas (G)I-DLE direhatkan akibat kontroversi yang berlaku.

Baca lagi: 9 Selebriti Kpop Wanita Ini Sangat Popular Di Kalangan Lelaki

00108 여자아이들 GI DLE Gaon Awards tweaked 2

Soyeon fokus terhadap album solo selain muncul dalam beberapa program realiti televisyen, sementara Miyeon pula aktif dalam bidang lakonan.

Tiga lagi anggotanya iaitu Yuqi, Shuhua dan Minnie dilaporkan aktif dengan aktiviti solo di negara masing-masing.

Sumber: Kosmo!