Home Lifestyle Wajah Taehyung BTS Ini Membuatkan Pakar Bedah Plastik Susah Nak Buat Kerja

Wajah Taehyung BTS Ini Membuatkan Pakar Bedah Plastik Susah Nak Buat Kerja

0

Beberapa pakar bedah plastik memuji Kim Taehyung aka V sebagai ‘visual aset negara’ kerana rupa parasnya dan tiada apa yang perlu diubah dengan pembedahan plastik.

Menerusi video YouTube, dua orang pakar bedah plastik menganalisis ciri-ciri fizikal wajah Taehyung.

v bts

Ujar mereka, difahamkan wajah Taehyung memenuhi standard kecantikan Timur dan Barat serta seimbang antara maskulin dan feminin.

Menerusi sebuah video, Dr. Lee Jae Jun, pakar bedah plastik di Klinik Pembedahan Plastik MARQ di Seoul memilih Taehyung sebagai salah seorang selebriti paling kacak kerana ‘cantik’ sangat meskipun dia lelaki.

Dia dianugerahkan mata besar walaupun tiada double eyelids yang jarang berlaku dalam kalangan orang Korea. Doktor itu mendedahkan bahawa ramai pesakit lelaki datang bawa gambar Taehyung, berjumpa dengannya bagi mendapatkan mata begitu.

Hidungnya juga terletak elok sehingga sukar untuk dibuat dengan pembedahan plastik.

Sumber: [1]