Home Entertainment Aktres Jelita Ini Pernah Dibenci Penduduk Korea Utara

Aktres Jelita Ini Pernah Dibenci Penduduk Korea Utara

0

Pelakon wanita yang satu ini merupakan buah hati warga Korea Selatan. Bukan sahaja kerana kecantikannya, tapi juga kepandaiannya dalam akademik serta pesonanya yang lemah lembut.

Akan tetapi, berbeza sambutannya di negara sebelah apabila penduduk Korea Utara menobatkan Kim Tae Hee sebagai selebriti nombor satu paling dibenci dan wanita jahat di negara tersebut pada 2013.

Mengapa isteri Rain ini dianggap sebegitu rupa? Alasannya simple iaitu mereka terkesan dengan lakonan Kim Tae Hee dalam drama ‘Stairway to Heaven’ yang membawa watak perempuan jahat.

14 15707885925191566320435 157502351253950674008

 

‘Stairway to Heaven’ merupakan salah sebuah drama paling popular di Korea Utara. Setiap penduduk negara tertutup itu pasti pernah tonton drama itu walaupun sekali seumur hidup (secara curi-curi).

Seorang pelarian dari Korea Utara mengaku yang senyap-senyap dia hanya mampu menjual CD tiga siri drama dari Korea Selatan iaitu Stairway to Heaven, Autumn in My Heart dan Winter Sonata.

Sumber: [1]