Home Kdrama/Kmovie A Bloody Lucky Day: Cara Yoo Yeon Seok Mendalami Watak Psikopat

A Bloody Lucky Day: Cara Yoo Yeon Seok Mendalami Watak Psikopat

0

Yoo Yeon Seok bakal kembali menyapa para peminatnya dengan Kdrama ketiganya pada tahun 2023 ini.

Sebelum ini, Yoo Yeon Seok telah tampil dalam Kdrama The Interest of Love sebagai pelakon utama dan juga sebagai cameo dalam Dr. Romantic 3.

Drama Korea yang dibintanginya pada akhir tahun ini adalah A Bloody Lucky Day. Yoo Yeon Seok bakal membawa watak yang berbeza dari watak-watak sebelum ini. Kali ini dia keluar dari zon selesa dan membawa watak sebagai seorang pembunuh bersiri.

IMG 2661

Apakah cara yang digunakan oleh Yoo Yeon Seok untuk mendalami watak tersebut? Jom kita lihat penjelasan Yoo Yeon Seok di bawah ini!

 

1. Yoo Yeon Seok membawa watak sebagai pembunuh bersiri Geum Hyuk Soo

Yoo Yeon SeokDrama siri A Bloody Lucky Day diadaptasi dari webtoon Naver bertajuk sama karya Aporia. Watak yang dibawa oleh Yoo Yeon Seok adalah Geum Hyuk Soo. Suatu hari, Geum Hyuk Soo meminta pemandu teksi bernama Oh Taek (Lee Sung Min) untuk menghantarnya dalam sebuah perjalanan jauh ke bandar Mokpo.

Pada mulanya perjalanan jauh tersebut ditolak oleh Oh Taek, Geum Hyuk Soo memberi Oh Taek wang yang sangat banyak untuk memujuknya. Pemandu teksi itu gembira kerana mendapat rezeki terpijak. Oh Taek akhirnya mengetahui bahawa Geum Hyuk Soo telah membunuh seseorang dan akan melarikan diri. Sementara itu, mereka juga dikejar oleh Hwang Soon Kyu (Lee Jung Eun), ibu kepada mangsa yang dibunuh oleh Geum Hyuk Soo.

 

2. Ingin menunjukkan sisi lain sebagai pelakon

A bloody lucky dayYoo Yeon Seok ingin menunjukkan sisi yang berbeza sebagai seorang pelakon. Dia berkata, “Saya telah menunjukkan sisi lakonan sebagai protagonis yang baik melalui drama medikal dan melodrama baru-baru ini. Namun, saya ingin untuk menunjukkan sisi baru yang belum pernah saya tunjukkan sebelum ini.”

Sebab utama dia membintangi drama siri A Bloody Lucky Day, Yoo Yeon Seok menjelaskan, “Sewaktu saya membaca skrip dan juga webtoon, saya rasa dengan melakonkan karakter Geum Hyuk Soo, saya pasti boleh menemui aspek yang belum pernah saya temui dalam diri saya.”

 

3. Banyak menonton wawancara para psikopat untuk lebih mendalami watak

34b7bb97 77e6 498e 9401 197644300efeMelihat dari trailer yang dilancarkan, Geum Hyuk Soo adalah watak yang boleh membuatkan bulu roma para penonton meremang. Ucapan dialog dan tindakannya yang tidak boleh dijangka sangat terasa dingin. Kegilaan Geum Hyuk Soo yang pada awalnya tersembunyi secara perlahan-lahan akan terungkap dalam perjalanan menaiki teksi tersebut.

“Geum Hyuk Soo adalah pembunuh yang tidak mempunyai emosi dan tidak merasa sakit. Oleh sebab itu, saya sukar untuk bersimpati atau menemui hubung kait antara dia dan saya, seperti yang saya lakukan untuk watak sebelum ini,” jelasnya.
Untuk itu, Yoo Yeon Seok mencari cara lain untuk mendalami wataknya.

Dia berkata, “Saya menonton wawancara para psikopat sebenar dan menemui bahawa mereka pada umumnya bercakap dengan mata terbuka lebar. Saya rasakan ciri itu mirip dengan Geum Hyuk Soo dalam webtoon. Jadi, saya cuba untuk mengekspresikan sisi dingin dengan tatapan tidak bersalah ketika berlakon.”

IMG 2659

Kita bakal menyaksikan lakonan hebat dan luar biasa Yoo Yeon Seok dalam A Bloody Lucky Day. Bahagian pertama iaitu episod 1 hingga 6 bakal ditayangkan pada 24 November 2023. Sementara itu, drama origini TVING ini mempunyai jumlah 10 episod. Belum dapat dipastikan bilakah episod bahagian kedua akan ditayangkan. Sabar menunggu ya!

Baca lagi: Penjelasan Ending Dokumentari Persona: Sulli, Karya Terakhir Choi Jinri
Baca juga: 5 Rancangan Hiburan Korea Terbaru di Viu November ini, Unik & Confirm Buat Korang Terhibur!