Home Kdrama/Kmovie 10 Filem dan Siri yang Hampir Sama dengan Squid Game, Nyawa Jadi...

10 Filem dan Siri yang Hampir Sama dengan Squid Game, Nyawa Jadi Taruhan

0

Squid Game sangat popular kerana menampilkan cerita tentang hidup para peserta permainan yang membawa maut, yang berjuang untuk bertahan hidup demi hadiah wang tunai lumayan.

Tema cerita survival tersebut sangat banyak diangkat oleh para pembuat filem dan juga TV siri. Jika anda menikmati cerita Squid Game, kemungkinan anda juga bakal menyukai cadangan filem dan siri ini.

 

1. Alice in Borderland

d47fbb89 7323 4f97 90e4 fbb8f4507855Siri dari Jepun ini menceritakan tentang sekumpulan manusia yang tiba-tiba ada di dunia misteri. Mereka perlu mengambil bahagian dalam berbagai-bagai permainan maut jika ingin selamat dari dunia alternatif tersebut.

 

2. Battle Royale

467af511 ec9e 4c57 8f2d 06584b19d262

Filem Battle Royale mengambil latar waktu Jepun di masa depan. Kerajaan memilih satu kelas dari sebuah sekolah untuk menyertai sebuah permainan yang bahaya dan membawa maut pada setiap tahunnya.
Para pelajar saling berbunuhan, bertahan hidup, hingga akhirnya hanya ada seorang pemenang yang terselamat.

 

3. Circle

f1241360 1841 429a bcc1 8098ed46e8d3Filem Circle mengisahkan tentang 50 orang yang terjebak dalam ruangan gelap, tanpa ingatan tentang bagaimana mereka boleh sampai ke sana. Akhirnya, mereka menyedari bahawa mereka perlu membuat pilihan sukar untuk menentukan siapa yang selamat, serta siapa yang mati. Mereka juga terus berusaha merungkai misteri yang mereka alami di sana.

 

4. The Belko Experiment

f7a4fd52 29fd 4825 9a64 f264c34f45e5Menceritakan tentang sebuah syarikat di Amerika Selatan, yang mengunci para pekerja. Keadaan itu membuatkan para pekerja saling membunuh antara satu sama lain.

 

5. Animal World

d89a8778 13d0 4fc0 bd1b 77270c072566Animal World merupakan filem dari negara Cina. Menceritakan tentang seorang lelaki yang terbelit dengan hutang, bermain dalam permainan kad yang ekstrem. Pada perlawanan itu, pemain yang kalah perlu mengenakan kostum binatang. Mereka berjuang hidup di dalam permainan fizikal yang berbahaya.

 

6. Cube

08a81a39 4e70 4618 8923 c70319e6658dCube mengambil kisah tentang sekumpulan manusia yang tidak mengenali antara satu sama lain, terbangun dalam bangunan kubus. Dalam cube itu, terdapat berbagai-bagai bilik dengan permainan yang mengerikan.
Mereka perlu bekerja sama untuk mencari jalan keluar, sambil menghindari kematian di dalam bilik-bilik cube tersebut.

 

7. Exam

f1833eec 4583 4f2a 8cde 7cd566d21446Dalam Exam, lapan orang terjebak di ruangan ujian untuk sebuah pekerjaan impian. Kemudian mereka menemui bahawa ujian tersebut tidak seperti yang mereka sangkakan.

 

8. As the Gods Will

8d9d5448 937a 40b5 baa4 5ab158b82aa0Para pelajar sekolah tiba-tiba terlibat dalam permainan maut. Permainan-permainan ini dikendalikan oleh seseorang dengan kuasa supernatural. Mereka kemudian perlu menghadapi berbagai-bagai ujian yang aneh dan membawa maut untuk bertahan hidup.

 

9. Ready or Not

SiriWanita yang baru berkahwin ini menemui tradisi aneh dalam keluarga barunya. Mereka bermain permainan maut setiap kali ada perkahwinan baru dalam keluarga tersebut.

 

10. The Hunger Games

FilemDi sebuah negara, Capitol mewajibkan setiap daerah untuk menghantar wakil untuk bertanding dalam Hunger Games.
Pertandingan tersebut membawa maut dan hanya boleh dimenangi oleh seorang wakil sahaja, sementara yang kalah semuanya akan mati. Katniss perlu menghadapi cabaran besar untuk bertahan hidup dan melawan Capitol.

Semua cadangan filem di atas mempunyai daya tarikan cerita masing-masing. Pastinya semua siri dan filem ini berjaya membawa suasana tegang dan mencemaskan! Jangan lupa untuk menonton!