Home Video Pesanan Terakhir Suhaimi Saad Dalam ‘Live’ Tiktok, Buat Ramai Yang Sebak

Pesanan Terakhir Suhaimi Saad Dalam ‘Live’ Tiktok, Buat Ramai Yang Sebak

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok asmat_fikri, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan Suhaimi Saad memberi pesanan terakhirnya di dalam ‘live’ menerusi akaun Tiktok nya, sebelum beliau meninggal dunia pada 15 November 2023, semalam. Suhaimi Saad yang merupakan bekas penyanyi nasyid Malaysia dan juga bekas anggota kumpulan In-Team dari tahun 2000 sehingga tahun 2005.

Suhaimi Saad menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Awalnya sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) juga akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Terdahulu beliau dikejarkan ke hospital selepas batuk kronik dan cirit birit berpanjangan.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan pesanan terakhir yang dibuat oleh beliau turut raih perhatian ramai.

Screenshot 2023 11 16 162205
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan pesanan yang dibuat oleh beliau di dalam ‘live’ Tiktok nya ini sememangnya membuatkan orang ramai sebak. Ada juga yang mengatakan pada mulanya mereka kurang berminat dengan beliau, namun disebabkan sikapnya yang kelakar dan melihat reaksinya apabila bersama isteri serta anak-anak buat mereka ingin mengambil tahu lebih lagi tentang beliau.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 880.5K penonton, 44.1K sukaan dan 1124 komen.

Baca lagi: Hadiahkan Kereta Buat Ayah Yg Teringin Bawa Kereta Baru, Situasi Ini Buat Ramai Yg Sebak

Baca lagi: Salah Satu Faktor Langkawi Kurang Pelancong, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Buat Ramai Tak Sangka

Lihat klip durasi pendek pesanan terakhir Suhaimi Saad dalam live Tiktok:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ctaida09: ya Allah kurniakan syurga tertinggi buat arwah suhaimi saad, t kasih pesanan dan nasihat

@hazmida shop: pesanan terakhir buat Allahyarham Suhaimi saad bnyk ilmu kebaikan yg di tinggalkan..kite tk tau pulak bagaimana..

@fahhhhhhhri: Dulu x mnt dia. Tp kdg2 dia klakar. X hirau apa org kata. Ina pun setia. Bgus psgan ni.

@Azahyusuff: Betul solat bjemaah yg terbaik, itu la sebabnyer sy htr anak ke Asrama..

@Adilah Nasir: bila dia dah x da..satu persatu kebaikan & pesanan dia kita mula nmpk..
Allahuakbar..

@Norah: Aku dulu tak berapa bekenan perangai dia.. Tp lepas duk layan live tiktok dia suka pulak. Sbb dia banyak share ilmu dan kelakar.

@Ya Nuur: Walaupun dia dah xada Tapi dia dah bagi bekal akhirat yg cukup untuk anak2 Dan isterinya. Semoga arwah ditempatkan diantara yang beriman. Aamiin

@hafiydarwisy97: Allahummagh Firlahu Suhaimi Saad warhamhu wa’afihi wa’fuanhu ..salam takziah buat ina naim sekeluarga

@Sara Ismail842: Beliau sgt kejar akhirat, kite ni kdg leka dgn duniawi

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram