Home Anime One Piece: 7 Watak dengan Masa Lalu Paling Tragis

One Piece: 7 Watak dengan Masa Lalu Paling Tragis

0

Salah satu perkara yang membuatkan One Piece sangat menarik adalah kepelbagaian watak yang ditonjolkan.

Setiap watak One Piece mempunyai keperibadian yang unik tersendiri. Mereka juga memiliki latar yang berbeza-beza.

Berikut ini adalah beberapa watak One Piece dengan masa lalu yang tragis. Siapakah mereka?

 

7. Donquixote Doflamingo

629c6e0a f1f9 4756 9e32 d40318728bf2Dalam One Piece, Donquixote Doflamingo pada awalnya dilahirkan sebagai Bangsawan Dunia. Namun, ayah Doflamingo, Donquixote Homing, memutuskan untuk meninggalkan Mary Geoise dan hidup seperti manusia biasa.

Sayangnya, itu bukanlah idea yang baik.
Kerana kekejaman Bangsawan Dunia, masyarakat sangat membenci Bangsawan Dunia. Oleh kerana itu, selepas mengetahui bahawa keluarga Doflamingo adalah bekas Bangsawan Dunia, mereka mula menyiksa keluarga Doflamingo. Masyarakat mula mencuba untuk membunuh Doflamingo dan keluarganya.

Homing pernah meminta bantuan dari Mary Geoise, tetapi permintaannya dipandang sepi. Doflamingo membunuh ayahnya sendiri kerana dia sudah menghancurkan hidupnya. Tidak berhenti di situ, Doflamingo membawa kepala ayahnya kepada Mary Geoise untuk mendapat kembali gelarannya sebagai Bangsawan Dunia. Namun, permintaannya ditolak kerana Bangsawan Dunia sudah menganggap Homing sebagai pengkhianat.

 

6. Senor Pink

6e0af4e9 847e 49a3 bde2 88c7aa49d2b0Di sebalik penampilan Senor Pink yang gila-gila, tersembunyi sebuah kisah pilu. Mereka yang tidak mengetahui masa lalu Senor Pink mungkin akan mengejek penampilannya.
Di masa lalu, Senor Pink jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Russian. Russian sangat membenci lanun laut sehingga Senor Pink perlu berbohong dan mengaku dia bekerja sebagai seorang pegawai bank. Hubungan mereka terus berjalan hingga berakhir di jinjang pelamin.

Semuanya baik-baik saja pada awalnya. Suatu hari, anaknya, Gimlet, meninggal dunia kerana demam yang tinggi. Pada waktu yang sama, Russian mengetahui bahawa suaminya adalah seorang lanun laut.

Russian cuba melarikan diri dari Senor Pink, tetapi terperangkap pula dengan tanah runtuh yang menyebabkan otak Russian mati dan dia tidak boleh memberi respons lagi. Sejak dari itu, Senor Pink mengenakan pakaian bayi kerana itu satu-satunya perkara yang boleh membuat Russian tersenyum.

Baca juga: 9 Filem dan Siri Fantasi Tayang 2023 selepas One Piece

 

5. Sanji

a879b84c 0f05 4800 ab96 456a4c95edb9Dilahirkan sebagai seorang putera raja bukanlah jaminan untuk mendapat hidup yang bahagia. Tambahan pula jika kita gagal memenuhi harapan ayah kita. Sanji dilahirkan sebagai anak kepada Vinsmoke Judge, seorang raja dari Kerajaan Germa.

Kerana Judge sangat obses dengan kuasa dan kekuatan, Judge mula melakukan eksperimen dengan anak-anaknya. Demi memenuhi potensi anaknya, Judge membuat anak-anaknya tidak mempunyai perasaan. Namun, eksperimen tersebut gagal terhadap Sanji.

Sanji merupakan satu-satunya anak Judge yang hidup seperti manusia normal. Menganggap Sanji sebagai kegagalan, Judge mengumumkan kematian Sanji dan mengurungnya di bawah tanah. Sanji bernasib baik kerana selepas melarikan diri dari Kerajaan Germa, dia bertemu dengan seseorang yang boleh menggantikan ayahnya iaitu Zeff.

 

4. Brook

757e28c7 fb54 48e3 bcd6 c110cfea9ad1Semua orang takut dengan kematian. Namun, hidup yang abadi juga bukanlah idea yang bagus. Sebelum ini Brook adalah sebahagian dari Lanun Laut Rumbar. Brook sudah berlayar sejak sebelum Roger menjadi lanun laut lagi.

Suatu hari, kru-kru dibunuh dengan racun oleh musuh. Secara teknikal, Brook juga sudah mati kerana racun tersebut. Namun, hasil kekuatan Yomi Yomi no Mi, roh Brook kembali pada tubuh Brook yang sudah tinggal kerangka. Selama 50 tahun Brook berlayar sendirian sampai akhirnya dia bertemu dengan Topi Jerami.

 

3. Nico Robin

8b2bea88 de2a 47b8 ae2f 190bf5bda191Ketika bergabung dengan Topi Jerami, Robin sudah berputus asa dengan hidupnya. Robin telah kehilangan rumahnya, semua orang yang disayangi, dan sudah diburu oleh Kerajaan Dunia sejak kecil. Dia baru menemui sebab untuk hidup selepas bertemu dengan Topi Jerami.

Robin adalah anak kepada cendekiawan di Ohara, Nico Olvia. Ketika Robin masih kecil, Olvia meninggalkan Robin untuk mencari Poneglyph. Robin terpaksa tinggal bersama mak ciknya yang jahat.

Suatu hari, Olvia ditangkap oleh Angkatan Laut. Pada waktu yang sama, Kerajaan Dunia mengetahui bahawa para cendekiawan di Ohara boleh membaca Poneglyph dan menyelidik Abad Kekosongan. Tanpa berfikir panjang, Kerajaan Dunia terus memulakan Buster Call di Ohara.

Robin melihat orang-orang yang disayanginya dibunuh dan kampung halamannya dihancurkan. Walaupun Robin selamat, penderitaannya tidak berhenti di situ.

 

2. Trafalgar D Water Law

77ef547d ae06 4f68 94b7 28ac32c04fcaMasa lalu Law sangat tragis. Law juga kehilangan rumah dan semua orang yang dia sayangi. Law dilahirkan di Flevance, sebuah negara di North Blue. Kerana sumber alamnya, semua penduduk Flevance terkena penyakit Amber Lead, termasuk Law.

Penyakit ini memang membawa maut, tetapi tidak menular. Namun, kerana kurangnya pemahaman terhadap penyakit Amber Lead, orang ramai takut terhadap penghidap penyakit tersebut. Maka, negara-negara jiran memutuskan untuk menghancurkan Flevance, sementara raja meninggalkan rakyatnya begitu sahaja.

Selepas kehilangan semuanya, Law bergabung dengan Lanun Laut Donquixote. Di sini dia bertemu dengan Corazon atau Donquixote Rosinante. Di sebalik sikapnya yang dingin kepada Law, diam-diam Rosinante ambil berat terhadap Law. Suatu hari, Rosinante membawa Law untuk mencari doktor yang boleh menyembuhkan penyakitnya. Namun, tidak ada doktor yang sanggup merawat penyakit tersebut.

Kerana dah putus asa, Rosinante akhirnya mencuri Ope Ope no Mi. Namun, kerana perbuatan tersebut, identitinya sebagai Angkatan Laut terbongkar. Sementara Law berjaya sembuh dari penyakitnya, dia kehilangan Rosinante yang dibunuh oleh Doflamingo.

 

1. Bartholomew Kuma

One piece Kuma adalah watak paling tragis dalam siri One Piece. Kuma dilahirkan sebagai seorang Buccaneer. Kerana “kejahatan” yang pernah mereka lakukan, Buccaneer hanya mempunyai pilihan antara mati atau menjadi hamba seumur hidup.

Kuma sudah menjadi hamba sejak dia berusia 4 tahun. Selama dia menjadi hamba, Kuma kehilangan kedua-dua ibu bapanya yang mati kerana disiksa oleh Bangsawan Dunia. Namun, Kuma berjaya melarikan diri kerana Insiden God Valley.

Selepas melarikan diri, Kuma hidup bersama Ginny. Kedua-duanya dewasa bersama hingga saling jatuh cinta. Namun, mereka tidak bersama kerana Ginny diculik oleh Bangsawan Dunia dan dipaksa menjadi isteri Bangsawan Dunia.

Ketika Ginny kembali, dia mati kerana penyakit yang mengerikan. Ginny mempunyai anak bernama Bonney yang menderita penyakit yang sama dengannya. Kerana cintanya kepada Ginny, Kuma membesarkan Bonney seperti anaknya sendiri.

IMG 2657

Setiap anime shounen biasanya mempunyai watak-watak dengan masa lalu yang tragis. Dalam siri One Piece, ketujuh-tujuh watak yang tersenarai di atas adalah watak dengan masa lalu paling tragis.

Bagi anda, dari tujuh watak “One Piece” di atas, siapakah watak yang masa lalunya paling tragis?

Baca lagi: Siapa yang Potong Tangan Kid dalam One Piece?
Baca juga: Sekilas Kehidupan Eiichiro Oda, Artis Manga One Piece