Industri hiburan Korea sentiasa berjaya memikat penonton dengan kisah yang bukan sahaja menampilkan gemerlap pentas, tetapi juga getirnya kehidupan di sebalik tirai.
Drama Korea bertema idol menjadi antara genre paling digemari kerana mengangkat perjalanan panjang, perjuangan penuh pengorbanan, dan konflik emosi yang dihadapi para bintang.
Daripada kisah cinta tidak terduga, persahabatan yang diuji, sehinggalah pengorbanan demi mencapai impian, semuanya terhidang dalam deretan drama Korea popular ini. Bagi peminat K-Drama, genre ini memberikan pengalaman yang berbeza, membawa mereka menyelami dunia yang sarat dengan impian, tekanan, serta harga mahal yang harus dibayar untuk sampai ke puncak populariti.
Berikut adalah 12 drama Korea bertema idol yang akan membuka mata tentang realiti pahit manis dunia hiburan:
1. IDOL: THE COUP

Kumpulan idol Cotton Candy hanya memerlukan satu lagu hit untuk mengelakkan pembubaran. Kim Je-Na (Ahn Hee-Yeon) bersama ahli kumpulannya terpaksa berjuang keras dalam tekanan industri hiburan. Kisah ini membawa penonton menyaksikan betapa beratnya mempertahankan impian saat hampir berputus asa.
2. SO I MARRIED AN ANTI-FAN

Geun-Young (Sooyoung) kehilangan pekerjaannya akibat insiden memalukan bersama bintang ternama Who-Joon (Choi Tae-Joon). Pertemuan itu membawa mereka kepada sebuah rancangan realiti yang menyatukan pasangan “bintang dan anti-fan”. Kebencian yang pada awalnya membara, perlahan berubah menjadi ketertarikan.
3. LET ME BE YOUR KNIGHT

Yoon Tae-In (Lee Jun-Young), ketua kumpulan idol Luna, menderita masalah sleepwalking dan diam-diam menerima rawatan daripada seorang “doktor palsu”. In Yoon-Joo (Jung In-Sun) menyamar untuk tinggal bersama kelima-lima ahli kumpulan itu. Kehidupan mereka dipenuhi momen mencuit hati serta mengharukan.
4. MIRACLE

Luice, seorang bintang antarabangsa, sentiasa dihantui ketakutan akan digantikan. Min Si-Woo, anggota kumpulan idol N/S, bertekad menewaskannya selepas berjaya dalam uji bakat. Kehadiran Lee Soo-Rin menambahkan kerumitan, menjadikan persaingan ini penuh dengan dilema perasaan.
5. SHOOTING STARS

Oh Han-Byeol (Lee Sung-Kyung), ketua pasukan PR yang cekap menangani krisis, sering berbalah dengan aktor ternama Gong Tae-Sung (Kim Young-Dae). Pertelingkahan itu akhirnya berkembang menjadi kisah cinta. Drama ini menyingkap kehidupan di belakang tabir yang menjadikan seorang bintang terus bersinar.
6. THE HEAVENLY IDOL

Pontifex Lembrary (Kim Min-Kyu) terperangkap dalam dunia baharu, berada dalam tubuh Woo Yeon-Woo, ahli kumpulan idol Wild Animal yang hampir dibubarkan. Penampilan gagal dalam siaran langsung secara tidak sengaja menjadikannya tular. Dari situ, dia mula mengenali kerasnya dunia idol, sambil berdepan ancaman kumpulan misteri dan iblis.
7. DOONA!

Lee Doo-Na (Bae Suzy), bekas ahli kumpulan idol terkenal, memilih untuk hidup menyendiri di sebuah rumah berhampiran kampus. Kehidupannya berubah apabila bertemu dengan Lee Won-Jun (Yang Se-Jong), seorang mahasiswa berhati tulus. Kehangatan Won-Jun sedikit demi sedikit meleburkan dingin hati Doo-Na.
8. LOVELY RUNNER

Ryu Seon-Jae (Byeon Woo-Seok), seorang bintang ternama yang kelihatan sempurna di mata umum, sebenarnya lelah dengan dunia hiburan. Lim Sol (Kim Hye-Yoon), peminat setianya, secara ajaib kembali ke masa lalu untuk mencegah tragedi yang menimpanya. Pertemuan mereka di usia remaja membuka lembaran perjuangan penuh emosi.
9. HIT THE TOP

Hyun-Jae (Yoon Si-Yoon), bintang besar era 1990-an, tiba-tiba hilang dan muncul semula pada tahun 2017. Dia mendapati anaknya, Ji-Hoon, bercita-cita menjadi idol walaupun pada mulanya disembunyikan. Drama ini menggabungkan komedi, percintaan dan kisah mengejar impian dalam industri muzik.
10. Imitation

Drama Korea ini dibintangi oleh ahli kumpulan idola terkenal, bermula daripada ahli kumpulan lelaki ATEEZ, U-KISS, hingga SF9. Ahli kumpulan gadis T-ARA, Rainbow dan IOI turut menyertai barisan pelakon Imitation.
“Imitation” adalah drama Korea yang mengisahkan kehidupan idola K-pop dalam industri yang sangat kompetitif. Drama yang dibintangi Lee Jun Young, Jung Ji So, Park Ji Yeon, Yun Ho ini berdasarkan komik web popular dengan judul yang sama dan menampilkan kisah perjuangan mereka dalam mencapai impian di tengah-tengah persaingan yang sengit.
11. Namib

Drama Korea “Namib” mengisahkan tentang Kang Soo Hyun (Go Hyun Jung), seorang produser musik berbakat yang dipecat dari agensinya, Pandora Entertainment. Dia kemudian berjuang untuk bangkit kembali dan memulakan projek baru untuk melatih seorang trainee idol bernama Yoo Jin Woo (Ryeoun), yang telah berjuang selama 10 tahun untuk debut. Bersama-sama, mereka berusaha mencapai impian mereka di tengah berbagai cabaran industri hiburan, sambil menghadapi masalah peribadi dan keluarga.
12. My Troublesome Star

Drama Korea terbaru ini ditayang perdana pada 18 Ogos 2025, dengan 12 episod keseluruhannya, dan boleh ditonton setiap Isnin dan Selasa di platform penstriman Viu.
Drama Korea romcom dan misteri ini mengisahkan seorang pelakon wanita Im Se Ra (Uhm Jung Hwa) yang berada di puncak kerjayanya setelah berjaya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik termuda sepanjang sejarah. Namun, hidupnya berubah apabila dia tiba-tiba menghilang secara misteri selama 25 tahun.
Tanpa ingatan tentang apa yang berlaku lebih dua dekad yang lalu, wanita ini berazam untuk kembali ke dunia hiburan dalam pertunjukan kemunculan semula yang menakjubkan, dibantu oleh seorang pegawai polis Dokgo Chul (Song Seung Heon) yang pernah jatuh cinta dengannya di masa muda.
Daripada perjuangan yang penuh air mata hinggalah kisah cinta yang tidak dijangka, drama-drama Korea bertema idol ini bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh hati dengan realiti dunia hiburan yang keras tetapi penuh inspirasi.







