11 Gambar Terbaru Kim Woo Bin Berambut Panjang, Makin Kacak dan Berkarisma Menjelang Comeback.

Kim Woo Bin yang akan membuat comeback (kemunculan semula) melalui Kdrama siri terbarunya yang bertajuk Black Knight yang pastinya membuatkan para peminat semakin jatuh cinta. Kini Kim Woo Bin tampil lebih macho dan bergaya dengan berambut panjang.
Penampilan terbarunya itu dikongsikan melalui hantaran di laman Instagram milik pelakon tersebut pada 28 Februari 2023 yang lalu. Aura tampannya yang memikat dan memukau begitu terpancar apabila muncul berambut panjang.
Tidak hanya menjadi semakin kacak, teman lelaki Shin Min Ah ini juga tampil lebih berkarisma dengan rambutnya yang dibiarkan panjang. Sebenarnya ini bukan kali pertama Kim Woo Bin tampil dengan gaya rambut panjang. Sebelum ini, ketika baru sahaja sembuh dari penyakit kanser, Kim Woo Bin juga muncul dengan rambut panjang.
Selain wajahnya yang jadi lebih kacak dan tampak maskulin yang menjadi perhatian, tempat Kim Woo Bin bergambar juga turut mendapat sorotan. Sahabat rapat D.O EXO ini bergambar di bahagian display lampin pakai buang dan barang keperluan rumah lain. Terbukti, ketampanan Kim Woo Bin membuat para peminat tidak mampu mengalihkan pandangan dari wajahnya.
Jom kita intai beberapa gambar Kim Woo Bin yang berambut panjang yang membuatkan para peminat tidak keruan dan cair hati.
1. Kim Woo Bin berkongsi hantaran gambarnya yang berimej baru di salah sebuah pasaraya sambil memegang satu jenis produk. Pelakon kacak itu dilihat memakai baju kasual dan membiarkan rambut panjangnya terurai, sementara topeng wajahnya diturunkan hingga ke dagu.

2. Bergambar separuh badan, akhirnya wajah tampan teman lelaki Shin Min Ah ini boleh dilihat dengan jelas. Walaupun hanya memperlihatkan ekspresi wajah yang kosong tetapi ketampanannya tetap tak boleh diabaikan begitu saja.

3. Pada slide terakhir dari hantarannya, pelakon drama The Heirs ini telah mempamerkan gambar wajahnya dalam memakai kot berwarna kelabu lengkap dengan tali leher. Seperti dua gambar yang sebelumnya, rambut panjangnya yang sedikit berombak dibiarkan terurai.

4. Pelakon yang akan membuat comeback melalui drama Netflix, Black Knight ini juga berkongsi gambar profil yang diambil oleh agensinya. Kelihatan gambar hitam putih yang memperlihatkan wajahnya tertutup rambut itu seolah-olah makin memancarkan pesonanya.
5. Walau bergaya dalam cara apa pun, pelakon dengan ketinggian 1.88 cm itu tetap kelihatan kacak dan menawan.

6. Sekali kacak selamanya akan tetap kacak, begitulah gambaran yang paling sesuai untuk menggambarkan Kim Woo Bin. Walau dengan rambut yang kelihatan agak kusut dan menutup mata, ketampanan wajahnya tidak berkurang sama sekali.

7. Lirikan mata Kim Woo Bin yang tajam dan dalam tidak mungkin boleh ditepis oleh para peminat. Siapapun yang melihatnya pasti akan terus jatuh hati, terutama sekali kekasih hatinya, Shin Min Ah.

8. Semua figura tubuh Kim Woo Bin memang sangat memikat. Bermula dari rambut, wajah, sehingga bentuk rahangnya sangat mempesona para peminat. Tidak hairanlah jika Shin Min Ah setia menjadi teman istimewa selama 8 tahun lamanya dengannya.

9. Salah satu daya tarikan yang dimiliki oleh Kim Woo Bin pada wajahnya adalah bahagian alis dan matanya yang tajam. Tatapan matanya telah membuatkan Kim Woo Bin berjaya memikat hati ramai peminat melalui lakonannya dalam drama.

10. Pada usianya yang kini sudah mencecah 33 tahun, Kim Woo Bin terlihat semakin berkarisma. Apalagi dengan rambut panjangnya, auranya terlihat lebih macho dan sangat maskulin.

11. Kim Woo Bin bukan sahaja menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah, malah dia turut mengutamakan rutin penjagaan rambut panjangnya. Rambutnya kelihatan sangat menawan dan sihat.











