Home Entertainment 9 Watak Kdrama Yang Mempunyai Nyawa Yang Sungguh Liat

9 Watak Kdrama Yang Mempunyai Nyawa Yang Sungguh Liat

0

Kdrama selalu memiliki cara untuk menarik perhatian penonton. Bermula dengan jalan ceritanya yang menarik hingga watak-watak yang unik.

Salah sebuah watak yang banyak dibicarakan adalah watak dalam drama siri yang mempunyai banyak nyawa tidak ubah seperti kucing yang dikatakan mempunyai 9 nyawa. Para penonton pastu terpukau dengan cara mereka menyelamatkan diri dari ancaman musuh. Nyawa mereka memang sangat liat!

Berikut merupakan sembilan watak dalam drama siri Korea Selatan yang seolah-olah mempunyai banyak nyawa. Siapakah mereka?

 

a9487b95 b7bd 40a3 abb3 a87bac8cfad81. Jeha (Ji Chang Wook) dalam drama siri The K2 (2016) memang mempunyai ramai musuh. Dia diancam dan berada dalam keadaan bahaya setiap masa sehingga selalu berwaspada supaya tidak terjerat dengan perangkap

9146ae61 dd28 42c1 a92a e650f167cce12. Vincenzo (Song Joong Ki) merupakan seorang mafia yang selalu mempunyai strategi untuk menyelamatkan diri kaleraha sudah terbiasa berhadapan dengan maut dalam drama siri Vincenzo (2021)

5807136a e965 4f79 91ad 7231e1a241883. Kim Do Ki (Lee Je Hoon) dalam Taxi Driver 2 (2023) adalah pakar dalam penyamaran sewaktu melaksanakan tuntutan balas dendamnya hingga membuatkan musuhnya sering tertipu

Baca Lagi: 12 Pelakon Yang Berjaya Membawa Watak Playboy Dalam Kdrama

c1107af1 4f41 4d7d 9e29 7f9f31f93cd8

4. Chal Dal Geol (Lee Seung Gi) dalam drama siri Vagabond (2019) selalu bersikap waspada kerana dia mempunyai naluri yang kuat ketika nyawanya terancam

dc46e818 829c 4070 b070 30c3b3d31f725. Park Chang Ho (Lee Jong Suk) dalam drama siri Big Mouth (2022) mempunyai cara tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada bahaya hingga dijadikan ketua organisasi Big Mouse

7ba9b4ea f420 403d b167 0f9558650af86. Jin Hogae (Kim Rae Won) rela mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, tapi dia selalu berjaya mengharungi setiap kes yang sukar dalam The First Responders (2022)

09a0e272 ed7a 45db b78e 21a7449628f47. Sebagai seorang detektif dalam drama siri Bad and Crazy (2022), Soo Yeok (Lee Dong Wook) bergadai nyawa untuk menyelesaikan kes, tapi K selalu ada untuk menyelamatkannya!

1dafb106 a9da 4c7d b0cb 53296f963f258. Jin Jung (Do Kyung Soo) mempunyai cara ekstrem untuk membuka mulut musuhnya dalam Bad Prosecutor (2022). Dia selalu dibantu pasukannya apabila nyawanya terancam

9c69f1d8 d56f 4d8e 9313 28ac29f1f61d9. Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) adalah seorang psikopat yang bermuka-muka dan dia tidak cedera walau sedikit pun sewaktu melaksanakan kerja terkutuknya membunuh setiap mangsa dalam drama siri Mouse (2021)

Setiap karakter yang disenaraikan di atas berjaya menonjolkan adegan seolah-olah nyawa mereka sering berada di hujung tanduk sewaktu melakukan aksi bahaya mereka.

Menariknya, setiap watak mereka sering bernasib baik dan selalu mempunyai cara berbeza yang tersendiri untuk menyelamatkan diri dari ancaman bahaya.

Pada pandangan anda, watak dalam drama siri yang manakah yang berjaya membuat anda terkesan?

Baca Juga: 9 Kdrama Terbaru Pelakon Taxi Driver 2