Home Kdrama/Kmovie 4 K-Drama Untuk Ditonton Di Bulan Syawal

4 K-Drama Untuk Ditonton Di Bulan Syawal

0

Sedar tak sedar, hampir sebulan dah umat Islam berpuasa, dan dalam beberapa hari sahaja lagi, akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Sesudah penat melayan tetamu, pastinya anda mahu rehatkan diri anda kan? Haa dekat sini kami ingin cadangkan 4 drama yang anda boleh layan ketika Hari Raya.

Kokdu: Season of Deity

Kokdu: Season of Deity adalah berkisar tentang kisah pilu seorang pahlawan dengan puteri kesayangannya. Mereka berpisah akibat nasib malang yang menimpa. Oh-hyeon (Kim Jung-hyun) mati dibunuh dan rohnya tidak tenang. Akhirnya dia disumpah menjadi Kokdu.

c637d27cba 1024x572 1

Kokdu akan turun ke bumi selama 99 hari bagi setiap 99 tahun untuk membunuh manusia-manusia berdosa di bumi. Sisa lain hidupnya adalah di neraka untuk memimpin orang mati di sana.

Musim Kokdu telah kembali apabila dia telah mengambil alih tubuh seorang pakar perubatan yang mati dibunuh. Misinya adalah untuk melepaskan diri dari sumpahan menjadi Kokdu, dalam masa yang sama dia berjumpa seorang wanita yang bakal mengubah hidupnya.

Jangan risau, anda boleh layan kesemua episod drama ini di sini.

Reborn Rich

Song Joong Ki memegang watak sebagai anak konglomerat menerusi drama terbarunya, Reborn Rich. Ini adalah kisah balas dendam untuk seorang lelaki yang dilahirkan dalam keluarga miskin dan mengorbankan hidupnya sebagai hamba keluarga chaebol.

Screenshot 2023 04 17 214149

Diadaptasi daripada novel web popular di Korea Selatan, Reborn Rich berlatarkan ’80-an’ tentang keluarga Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki). Dia meninggal dunia selepas dituduh menggelapkan wang daripada keluarga Sunyang Group.

Yoon Hyun Woo dilahirkan semula sebagai Jin Do Joon dan berusaha untuk membalas dendam terhadap Kumpulan Sunyang. Dia berhadapan dengan Jun Yang Chul (Lee Sung Min), ketua Kumpulan Sunyang yang kemaruk wang. RebornRich reviewb

Boleh layan K-drama akan datang ‘Reborn Rich’ ni dekat sini

Baca lagi: Bulan Baru Drama Baru, 3 K-Drama Terbaru Di Viu!

Taxi Driver 2

Selain menawarkan khidmat teksi kepada kepada penumpang, sekumpulan pekerja di Rainbow Taxi juga secara diam-diam menawarkan khidmat membalas dendam.

taxi driver drama korea sub indo viu

Kim Do-Ki (Lee Je-Hoon) mengetuai kumpulan balas dendam itu dan dibantu oleh pemilik ‘Rainbow Taxi’ Jang Sung-Chul (Kim Eui-Sung), penggodam Ahn Go-Eun (Pyo Ye-Jin), mekanik Choi Kyung-Koo (Jang Hyuk-Jin) , dan mekanik Park Jin-Eon (Bae Yoo-Ram).

Rainbow Taxi merupakan sebuah syarikat teksi yang menawarkan perkhidmatan membalas dendam kepada mangsa jenayah yang gagal mendapatkan keadilan undang undang.

Taxi Driver musim kedua ini baru sahaja menayangkan episod terakhir mereka pada 15 April lalu, jadi anda dah boleh marathon drama hebat ini di sini.

 Delivery Man

Delivery Man yang ditayangkan di ENA TV dan Viu Malaysia ini menjadi salah sebuah drama bersiri yang membawa genre fantasi. Drama siri ini menampilkan ramai pelakon muda berbakat, seperti Yoon Chang Young, Bang Min Ah, dan Kim Min Suk.

Screenshot 2023 03 06 145828 1024x572 1

Delivery Man merupakan drama siri yang mengisahkan tentang kehidupan pemandu teksi yang menolong para hantu dalam kehidupan sehariannya. Pemandu teksi tersebut ialah Seo Young Min (Yoon Chang Young).

Jejaka itu dibantu oleh hantu Kang Ji Hyun (Bang Min Ah) yang lupa ingatan. Kolaborasi keduanya telah banyak membantu menyelesaikan kes dengan baik.

Cerita yang lain daripada yang lain ini boleh ditonton di sini.

 

Di Viu, anda boleh layan kesemua drama dalam HD dan terdapat juga pelbagai sarikata. Langgani akaun premium untuk menonton tanpa gangguan iklan.