Home Entertainment Layan 3 Drama Best Ini Sementara Menunggu Hari Raya Tiba

Layan 3 Drama Best Ini Sementara Menunggu Hari Raya Tiba

0

Cepatnya masa, kurang seminggu lagi je kita dah nak raya kan. Mesti ada yang dah tak sabar dan dah pulang ke kampung awal. Tapi bosan di kampung sebab yang lain masih sibuk dengan kerja dan lain-lain.

Jom kita tengok tiga drama best untuk anda semua layan sementara menunggu raya tiba atau anda boleh marathon selepas balik dari beraya nanti.

Taxi Driver 2

Screenshot 2023 04 17 212736

Akhirnya Rainbow Taxi Club kembali lagi. Taxi Driver adalah drama yang diadaptasikan daripada Webtoon yang berjudul The Deluxe Taxi hasil karya Carlos dan Lee Jae Jin.

Musim pertama drama ini menemui penonton pada tahun 2021 dan telah menerima sambutan yang sangat luar biasa, oleh itu terjadinya musim ke-2.

Rainbow Taxi merupakan sebuah syarikat teksi yang menawarkan perkhidmatan membalas dendam kepada mangsa jenayah yang gagal mendapatkan keadilan undang undang.

taxi driver drama korea sub indo viu

Selepas menyelesaikan misi terakhir mereka (di musim pertama), beberapa ahli pasukan balas dendam di Rainbow Taxi memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Kim Do-Ki dan Jang Sung-Chul sahaja yang kekal di Rainbow Taxi.

Kini, 2 tahun kemudian, Kim Do-Ki pergi ke Vietnam untuk membantu seorang bapa mencari anaknya yang hilang, yang pergi ke sana untuk mendapatkan pekerjaan. 

Apabila kes ini menjadi lebih rumit dan berbahaya, Ahn Go-Eun, Choi Kyung-Koo, dan Park Jin-Eon memutuskan untuk kembali ke Rainbow Taxi dan membantu Kim Do-Ki. 

Screenshot 2023 04 17 212901

Rainbow Taxi juga telah mengambil pekerja baharu dalam musim kedua ini, iaitu On Ha-Jun (Shin Jae-Ha).

Nak tahu apa kes terbaru untuk musim ke-2? Wajib layan setiap episod di sini.

The Secret Romantic Guesthouse

b717195b cdb1 4f49 80ae 1788bb31c000

Pelakon cantik jelita Shin Ye Eun pada tahun lalu telah mencuri perhatian dalam drama siri Revenge of Others dan The Glory, kini si cantik manis ini kembali menyapa para peminat melalui Kdrama terbaru lakonannya pada tahun ini.

Drama yang sebelumnya dikenal dengan beberapa judul termasuk The Love Story of Flower Scholars, Flower Scholars’ Love Story, dan Romantic Secret Guest House ini adalah drama terbaru yang telah ditayangkan di Viu pada 20 Mac 2023 lalu.

Screenshot 2023 04 17 213254

Dalam drama sejarah romantik misteri ini, Shin Ye Eun bergandingan dengan Ryeo Woon, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo.

Shin Ye Eun membawa watak pemilik rumah tamu Yihwawon, sementara para tetamu di rumah tumpangan miliknya kebanyakannya terdiri daripada para sarjana, termasuk tiga orang cendekiawan (Ryeo Woon, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo) yang menyimpan banyak rahsia.

Apakah yang akan berlaku di The Secret Romantic Guesthouse? Sama-sama kita tonton di sini.

Baca lagi: Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Ini

The Heavenly Idol

heavenly Idol Viu

Berdasarkan webtoon dan novel web yang popular, “The Heavenly Idol” ialah drama fantasi di Viu yang dibintangi oleh Kim Min Kyu dan Go Bo Gyeol.

Drama ini mengisahkan tentang Pontifex Lembrary (Kim Min-Kyu) yang memang diketahui memiliki kekuatan yang amat luar biasa. Sewaktu dia bertarung melawan kejahatan, dia dipindahkan ke dunia lain.

Pontifex Lembrary kemudian tersedar dan mendapati dirinya berada di tempat lain dan telah memasuki tubuh Woo Yeon Woo, seorang ahli daripada sebuah kumpulan idola bernama Wild Animal.

the heavenly idol kim min kyu hong seung bum shin myung sung choi jae hyun shin kyu hyun 1024x576 1

Kumpulan itu telah bersama selama 5 tahun, tetapi mereka berada di ambang pembubaran kerana tidak popular. Dalam perniagaan hiburan, kemahiran sosial dan bakat sangat diperlukan, ia menjadi satu cabaran bagi Lembrary dalam menyesuaikan diri.

Disebabkan kata-kata dan tindak tanduk  yang berlainan dari kebiasaan, dia mula mendapat perhatian daripada orang ramai dan dia juga berusaha untuk menjadi seorang idola sejati.

3188289592

Go Bo Gyeol juga membintangi drama itu sebagai Kim Dal, peminat No. 1 Woo Yeon Woo. Tidak lama kemudian, Kim Dal akhirnya memutuskan untuk menjadi pengurus Wild Animal demi menyelamatkan kerjaya idola kegemarannya itu.

Pertemuan di antara High Priest Lembrary dengan Kim Dal ini akan membuat penonton tertanya-tanya sama ada Kim Dal akan dapat menemui kebenaran tentang High Priest Lembrary dan sama ada hubungan mereka sebagai idola dan peminat mereka itu akan berubah atau tidak.

Semua episod ‘The Heavenly Idol’ boleh anda layan di sini.

Langgani akaun premium Viu, untuk menonton drama pilihan anda tanpa gangguan iklan. Yang paling penting, semua drama mempunyai pelbagai sarikata dan boleh ditonton secara HD!