Home Entertainment 5 Pelakon Lelaki Korea Yang Jarang Mendapat Perhatian Media

5 Pelakon Lelaki Korea Yang Jarang Mendapat Perhatian Media

0

Ramai pelakon lelaki Korea Selatan menerima perhatian dan sorotan yang tidak henti-henti sama dengan populariti drama siri yang mereka bintangi.

Terdapat juga beberapa orang pelakon lelaki dari negara tersebut yang jauh dari sorotan media dan tumpuan penonton walau pun projek lakonan mereka sangat meletup dan popular.

Walaupun berbakat, pelakon-pelakon lelaki Korea ini masih jarang mendapat perhatian dari para penonton. Pada tahun ini, mereka juga muncul dan membintangi drama siri untuk 2023. Nampaknya beberapa orang dari mereka bertuah kerana nama mereka terus meningkat naik dan menjadi bualan selepas membintangi drama siri terbaru!

1. Shin Hyun Soo

21c8bc67 0fd1 4666 8dab 9c0c490cf1b4Baru-baru ini, Shin Hyun Soo membuat comeback ke layar TV melalui drama siri sci-fi Duty After School (2023). Sangat berkesan dalam memainkan peranan sebagai Leftenan Lee dan pelakon ini telah berjaya membuatkan namanya melambung naik di semua media sosial dan netizen mula mencari tahu mengenainya.

Sebelum membintangi Duty After School, Shin Hyun Soo sudah beberapa kali membintangi drama siri popular. Selain Bossam: Steal the Fate (2021), populariti Welcome to Waikiki (2018–2019) sangat meledak tetapi selepas membintangi drama siri tersebut namanya masih belum mampu meraih populariti seperti bintang-bintang lain.

2. Noh Sang Hyun

59369da7 cb5d 4d19 93fa dca44ad76c5aNoh Sang Hyun mula dikenali secara meluas melalui drama siri Pacchinko (2022). Namun, popularitinya pada waktu itu tidak cukup untuk membantunya naik sewaktu membintangi Curtain Call (2022). Terbaru, pelakon yang kerap disapa sebagai Steven Noh itu disahkan akan berlakon dalam drama siri Bloody Romance.

Pada 5 April yang lalu, Disney+ Hotstar juga mengumumkan pihak mereka akan melancarkan Soundtrack #2. Dalam drama tersebut, Noh Sang Hyun dipilih untuk membawa watak sebagai pelakon utama dan akan bergandingan dengan pelakon jelita Geum Sae Rok.

Baca Lagi: 12 Pelakon Yang Berjaya Membawa Watak Playboy Dalam Kdrama

3. Joo Won

fdd941fb a482 4058 8495 e4290b000544Joo Won sememangnya bukanlah pelakon baru dalam industri perfileman Korea Selatan. Projek filem dan drama siri lakonannya sudah terlalu banyak. Tahun ini, pelakon yang sangat berbakat ini telah menerima lima projek lakonan baru. Salah satunya adalah drama siri yang baru sahaja ditayangkan iaitu Stealer: The Treasure Keeper.

Dia pertama kali dikenali melalui drama siri Bread, Love, and Dreams (2010). Selain itu drama lakonannya yang bertajuk The Bridal Mask (2012) dan Good Doctor (2013) juga sangat popular pada masanya. Sayangnya, hebatnya populariti sesuatu Kdrama tidak dapat diimbangi dengan populariti pelakon itu, walau drama sirinya sangat popular, dia masih kurang mendapat perhatian dari pihak media dan juga penonton.

4. Park Ki Woong

11f8bbb7 3da1 4a60 b388 8ddaa5c7e148Salah seorang pelakon Korea Selatan berbakat yang sangat jarangu menuai perhatian ialah Park Ki Woong. Penampilannya dalam drama siri Pandora: Beneath the Paradise (2023) dikatakan sangat memuaskan, tapi namanya jauh dari liputan.

Anehnya Park Ki Woong kerap kali digandingkan dengan pelakon-pelakon top dan ternama seperti dalam filem Secrety, Greatly (2013) dan Bridal Mask (2012). Selain berlakon, Park Ki Woong juga merupakan seorang pelukis. Setakat ini, dia telah menjual sebanyak 32 karya seni dan telah dua kali mengadakan pameran lukisan.

5. Yoo Teo

9f5a4d4a 1a1d 4fdf b8d3 d72b46494a35Drama siri Love to Hate You (2023) menjadi perbincangan hangat penonton selama masa penayangannya. Yoo Teo yang dipilih sebagai pelakon utama ternyata telah beberapa kali membintangi filem luar negara. Dari filem Thailand The Moment (2017), filem muzikal Letto (2018), hingga ke filem Hollywood yang bertajuk Equals (2015).

Jika dibandingkan dengan pencapaiannya, Yoo Teo masih boleh dikatakan jauh dari liputan media. Paling terbaru, pelakon ini juga telah terpilih untuk membintangi drama siri The Worst Boy in the World.

Kelima-lima pelakon lelaki yang tersenarai di atas memang jarang mendapat liputan dan perhatian walaupun mereka mempunyai bakat yang luar biasa. Mereka juga sering berlakon bergandingan dengan pelakon-pelakon ternama sehingga dipilih untuk membintangi filem Hollywood!

Baca Juga: 9 Watak Kdrama Yang Mempunyai Nyawa Yang Sungguh Liat