Home Entertainment 5 Projek Lakonan Park Seo Joon Tahun 2023

5 Projek Lakonan Park Seo Joon Tahun 2023

0

Park Seo Joon nampaknya layak digelarkan sebagai pelakon yang paling laris pada tahun 2023.

Mana tidaknya, kita semua boleh menyaksikan penampilan Park Seo Joon di layar kaca, dari variety show, filem, hingga drama siri untuk tahun ini. Murah rezeki!

Populariti Park Seo Joon kini makin meletup hingga ke peringkat global apabila dia turut tampil dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU).

Berikut merupakan senarai projek bintang Itaewon Class ini yang boleh anda tonton pada tahun 2023 ini. Jom sama-sama kita lihat:

1. The Marvels

28b36bc5 2cbc 4184 bc06 a263f857ebaeThe Marvels adalah sekuel filem MCU Captain Marvel yang mana teaser trailer nya telah dilepaskan pada hari Selasa selasa yang lalu, 11 April 2023. Secara ringkasnya, penampilan pertama Park Seo Joon dalam filem Hollywood itu dapat dilihat oleh semua peminat setia. Dia yang tampil dengan rambut panjang kelihatan memimpin sebuah pertempuran.

Jejaka yang dilahirkan pada tahun 1988 ini membawa watak sebagai Prince Yan iaitu seorang putera kerajaan dari Planet Aladna yang dikisahkan sebagai suami kepada Captain Marvel. Segelintir peminat MCU berpendapat bahawa Park Seo Joon melakonkan watak baru yang tidak terdapat dalam komik. Filem The Marvels akan ditayangkan di pawagam pada bulan Julai 2023 yang akan datang.

Baca Lagi: Karakter Park Seo Joon Dalam Filem Lakonannya

2. Jinny’s Kitchen

ab7e860a 3c5f 490f bdb7 96e0cdb1533fPada awal tahun 2023, Park Seo Joon juga muncul dalam Jinny’s Kitchen. Variety show ini menampilkan lima selebriti ternama Korea yang menjalankan perniagaan restoran Jinny’s Kitchen di Bacalar, Mexico. Di sini, Park Seo Joon menjadi ketua dapur.

Sebagai ketua dapur, Park Seo Joon tampil penuh wibawa. Selain itu, ada juga Lee Seo Jin sebagai bos, Jung Yu Mi sebagai pegawai eksekutif, serta Choi Woo Shik dan V BTS sebagai perantis. Jinny’s Kitchen telah ditayangkan sejak 24 Februari 2023 di tvN dan Prime Video.

3. Gyeongseong Creature

c05a2239 68bf 4aab 9f75 0097ecf4044c

Seterusnya, bintang Fight for My Way (2017) ini juga akan berlakon dalam drama sageuk thriller yang bertajuk Gyeongseong Creature. Dia akan berlakon sebagai Jang Tae Sang iaitu seorang pemuda terkaya di Seoul dan juga pemilik Pajak Gadai Golden Treasure yang melawan makhluk misteri.

Dalam drama siri ini, Park Seo Joon akan bergandingan dengan pelakon terkenal Han So Hee yang menjadi seorang detektif. Gyeongseong Creature merupakan drama berlatarkan tahun 1945 dan akan ditayangkan di Netflix pada akhir tahun ini. Nantikan!

4. Dream

1c015fd3 0e29 4c88 911f 2cf8fc76e1c5

Pernah ditunda penayangannya, filem Dream disahkan akan segera dilancarkan pada 26 April yang akan datang di pawagam. Dalam filem ini, Park Seo Joon bergandingan dengan IU, dan dia membawa watak sebagai seorang pemain bola sepak yang sedang menjalani hukuman.

Dia ditugaskan untuk melatih pasukan bola sepak yang amatur dan tidak mahur bermain bola sepak. Mereka adalah pasukan nasional yang terdiri dari orang-orang gelandangan yang belum pernah bermain bola sepak sebelum ini. Misinya adalah untuk turut serta dalam pertandingan Piala Dunia Gelandangan.

5. Concrete Utopia

28c8370e 4858 4f86 848d bc691d5c7c3dConcrete Utopia adalah filem bergenre thriller dan bencana alam yang akan ditayangkan di pawagam. Park Seo Joon akan membawa watak sebagai Min Seong, iaitu seorang pegawai awam yang berada di tengah-tengah bencana gempa bumi.

Min Seong akan membantu Yeong Tak (Lee Byung Hun) dan para mangsa terselamat di Imperial Palace Apartment, bersama isterinya yang juga merupakan seorang juru rawat iaitu Myeong Hwa (Park Bo Young). Walaupun belum ada tarikh yang pasti untuk pelancaran filem ini, terdapat khabar angin yang mengatakan kemungkinan besar filem ini akan ditayangkan pada tahun ini juga.

Dengan senarai projek di atas, kita semua akan menyaksikan Park Seo Joon tampil dalam variety show, filem, dan juga drama siri pada tahun 2023 ini. Siapa yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan penampilan Park Seo Joon dalam filem The Marvels terutamanya?

Baca Juga: Park Seo Joon dan Han So Hee dalam Drama Thriler Baru