Home Entertainment Karakter Park Seo Joon Dalam Filem Lakonannya

Karakter Park Seo Joon Dalam Filem Lakonannya

0

Park Seo Joon merupakan salah seorang pelakon Korea Selatan dan kemunculannya di layar perak selalu dinantikan. Lakonannya tidak pernah gagal dan pelakon tampan ini selalu berjaya membawa watak dengan cukup baik, tidak kiralah watak seseorang yang bersifat kaku,dingin, pentingkan diri hingga ke watak bodoh-bodoh alang. Semuanya berjaya dibawa dengan penuh bergaya dan sangat berkesan sekali.

1900928A 3AC6 4B29 BABA 247D7AC5AADCBulan April yang akan datang ini kita bakal menyaksikan Park Seo Joon bakal kembali muncul di layar perak setelah sekian lama menyepikan diri. Pelakon ini bakal muncul dalam filem Dream (2023) yang menyaksikan dia bergandingan dengan Lee Ji Eun.

502AF82F 206C 4255 8543 899D585B5099

Baca Lagi: Park Seo Joon dan Han So Hee dalam Drama Thriler Baru

Jom kita lihat beberapa watak menarik yang pernah dilakonkan oleh Park Seo Joon termasuk karakter barunya dalam filem Dream. Watak dan filem apakah agaknya yang pernah dilakonkan oleh Park Seo Joon?

EA522802 ED85 424B B47E 649F6EE97963

1. Penampilan debut, Park Seo Joon muncul dengan watak kecil sebagai seorang pengunjung di sebuah sauna dan penonton sebuah pertandingan dalam Perfect Game (2011).

733683CA 7465 4E47 87F1 1F788BC921A1

2. Sebagai detektif Cha, Park Seo Joon dalam film The Chronicles of Evil (2015) adalah orang bawahan detektif Choi (Son Hyun Joo) yang menyimpan banyak rahsia.

809C2E30 8F98 439E 8D4E F04F9213A492

3. Park Seo Joon menjadi salah seorang pelakon yang membawa watak sebagai Kim Woo Jin dalam film The Beauty Inside (2016) dimana wajahnya selalu berubah-ubah setiap hari.

C44E4DC0 6538 4482 9554 FD0D8B736F9C4. Filem Real (2017) mempunya senarai pelakon top dan popular yang muncul sebagai cameo, termasuk Park Seo Joon. Dia muncul sebagai penembak dengan satu durasi yang singkat.

BCF7B65C 20F0 4B82 A0D6 93BD880F13255. Dalam filem Midnight Runners (2017), Park Seo Joon yang bersahabat dengan Kang Ha Neul adalah kadet akademi polis yang berusaha membanteras kes jenayah penculikan dan pemerdagangan manusia.

AE7EA216 BF46 4726 913E D279C3F5755F6. Park Seo Joon muncul sebagai Ji Ho dewasa dalam filem fantasi Be With You (2018). Dia adalah anak kepada Soo A (Son Ye Jin) dan Woo Jin (So Ji Sub).

B9EF29CD 0B2E 436D 9E68 6D911D1E4BAD7. Melakonkan karakter Min Hyuk iaitu sahabat Ki Woo (Choi Woo Shik) yang akan pergi ke luar negara, Park Seo Joon adalah pencetus awal konflik dalam filem Parasite (2019).

7F40CFBE D95B 4197 BB4D AEEA071623DD

8. Menjadi seorang atlet tinju, Park Seo Joon juga memanfaatkan sepenuh kekuatan fizikalnya ketika melakukan pengusiran iblis dalam filem The Divine Fury (2019).

3B12CE30 F64D 4FB1 8FF5 114DF6A427BC9. Membawa watak sebagai Hong Dae dalam filem Dream (2023), dia adalah seorang pemain bola sepak yang sedang dalam masa percubaan disiplin dan dipaksa melatih sebuah pasukan bola sepak amatur.

Park Seo Joon mula menapak dengan langkah kecil sebagai pelakon tambahan. Kini pelakon ini menjadi salah seorang pelakon ternama dan dikenali ramai di Korea Selatan. Selain Dream, Park Seo Joon juga mempunyai dua projek filem lain yang masih belum ditayangkan. Termasuk juga debutnya dalam Hollywood melalui filem The Marvels yang akan datang! Wow! Tidak sabar rasanya!

Baca Juga: 9 Kdrama yang Bakal Menemui Anda April 2013