Home Entertainment 9 Kdrama yang Bakal Menemui Anda April 2023

9 Kdrama yang Bakal Menemui Anda April 2023

0

Bersedia Untuk Kemunculan Bulan April??

Pada bulan Mac ini para penonton setia drama siri Korea Selatan telah dihidangkan dengan pelbagai cerita menarik yang membuat penggemar-penggemar terpukau.

Bulan silih berganti, kita semakin mendekati bulan April dan seperti pada bulan April ini deretan Kdrama telah tersedia untuk para peminat setia. Jangan terlepas peluang menyaksikan drama-drama siri terbaru yang bakal bersiaran April nanti!

Bulan April ini bakal menyaksikan beberapa orang pelakon terkenal muncul untuk membuat kemunculan semula juga, salah seorang artis yang ditunggu-tunggu ramai iaitu si cantik manis Jang Na Ra yang sudah menyepi dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2022.

Baca Lagi: 10 Siri Original Netflix Dengan Rating Tertinggi IMDb

Jom kita semak senarai 9 drama siri terbaru dari Korea Selatan yang bakal bersiaran pada bulan April nanti:

1. Setelah berjaya dengan dua musim sebelumnya, Dr. Romantic 3 (21 April) kembali hadir dengan kisah liku-liku kehidupan tiga orang doktor di sebuah hospital di kawasan terpencil.

FD62000A 4021 4521 872F 8CB1AAF3C33D

2. Stealer: The Treasure Keeper (12 April) mengisahkan tentang Skunk iaitu seorang pencuri aset budaya misteri dan sekumpulan pihak penguasa yang menentang jenayah Skunk.

A391B2AC 4462 4FD7 B603 A9DEBF53A4C3

3. Family: The Unbreakable Bond (17 April) mengisahkan tentang hubungan sepasang suami isteri yang hangat dan mesra tetapi sebaliknya ternyata tersimpan satu rahsia yang amat mengejutkan.

CF825837 8FF6 4CD0 8199 BA77666A4451
4. Membawa genre medikal dan komedi, Dr. Cha (15 April) menyajikan kisah rumah tangga seorang doktor yang kembali berjuang dalam dunia perubatan.

D09C0FFD 1683 4C76 8500 685BE3ECF0D7
5. The Good Bad Mother (26 April) bakal menonjolkan genre komedi yang pasti membuat setiap penonton terpukau. Seorang ibu perlu menguruskan anak lelakinya selepas mengalami kemalangan.

ABF81650 B519 41E3 8467 7094E785E618
6. Para penonton bakal dihidangkan dengan kisah empat orang wanita yang terlibat hubungan dengan seorang jejaka dalam drama Queen of Masks (24 April).

A5591864 28BB 4888 9B1B F252478E93B4
7. Diadaptasi dari novel Jepun, Paper Moon (10 April) mengisahkan tentang seorang pekerja kontrak bank yang tanpa sengaja mencuri wang pelanggannya.

AB34DAE0 9331 4C18 A26F 5698B913A6A8
8. Dibintangi oleh Yoo In Na, drama siri Bora! Deborah (12 April) menonjolkan kisah hidup pempengaruh terkenal dan hubungannya dengan seorang penulis buku romantik terkenal.

15E7A4B0 195E 41C7 8EAC 452BD42EB3DD

9. Kdrama terakhir yang disenaraikan akan ditayangkan pada April ini ialah Queenmaker (14 April) yang mengisahkan tentang seorang peguam berbakat yang mencalonkan diri sebagai datuk bandar Seoul.

34CB5DF6 33FB 47DE BB52 95E7B731DA63Kebiasaannya peminat-peminat setia drama siri Korea Selatan memang tertunggu-tunggu siri baru yang akan dilancarkan. Siri-siri ini boleh ditonton di pelbagai platform striming yang telah tersedia. Nantikan drama siri kegemaran anda yang bakal ditayangkan tidak lama lagi! Bakal bertemu anda April nanti!!

Baca Juga: 10 Artis Cilik Korea Yang Pandai Berlakon