Home Entertainment 10 Artis Cilik Korea Yang Pandai Berlakon

10 Artis Cilik Korea Yang Pandai Berlakon

0

Selain pelakon cilik comel genit “The Glory” Oh Ji Yul, terdapat ramai lagi artis kanak-kanak Korea yang sangat berbakat dalam setiap lakonan mereka. Tak kalah dengan para pelakon dewasa, artis kanak-kanak ini juga memiliki bakat luar biasa di dunia hiburan. Di usianya yang muda belia, mereka telah tampil dan membintangi berbagai drama serta filem di Korea Selatan.

Berikut merupakan senarai bintang kanak-kanak Korea yang pandai berlakon:

1. Kim Si-Woo

08A93E00 D14D 4A98 8C1E EE30FEEE91C0Artis cilik Korea Selatan ini lahir pada 14 April 2014. Selain perwatakannya yang kelakar dan mencuit hati, Si-Woo juga pandai menjiwai setiap peranannya dalam drama.

Beberapa drama yang pernah dibintanginy adalah I’m The Mother, Too (2018), A Place in the Sun (2019), serta The King: Eternal Monarch (2020). Terbaru, dia juga turut membintangi serial Eve (2022) dan melakonkan karakter bernama Jang Bo-Ram.

Kim Si-woo memiliki sebuah akaun Instagram di @siwookim_14 yang dikendalikan oleh Ibunya.

2. Seo Woo-Jin

D6DEDEB4 533D 4F69 80CE D3FBEF6D6EB6Seo Woo-Jin lahir di Korea Selatan pada 23 Julai 2015. Pada tahun 2023 ini, usianya telah menginjak 8 tahun. Walaupun usianya yang masih sangat muda, namun Woo-Jin telah banyak terlibat dalam berbagai drama Korea seperti Kangnam Scandal (2018), Hi Bye Mama (2020), Mouse (2021), Sponsor (2022), dan Under The Queen’s Umbrella (2022).

Seo Woo-Jin memiliki sebuah akaun Instagram di @angel_elijah yang kini memiliki 752ribu pengikut!

3. Jung Si-Yul

2953D99D 9991 499B 944C 36182544187CJung Si-Yul merupakan seorang artis cilik Korea Selatan kelahiran 21 September 2013. Walaupun baru mencecah 10 tahun, Si-Yul telah banyak tampil dalam dunia lakonan.

Drama dan film yang pernah dibintanginya seperti Secret Mother (2018), Her Private Life (2019), Hospital Playlist (2020), The King: Eternal Monarch (2020), School 2021 (2021), The King’s Letter (2019), Stellar (2022), dan banyak lagi.

Jung Si-Yul juga memiliki sebuah akaun Instagram di @yul_pley yang dikendalikan oleh Ibunya. Saat ini, akaun tersebut memiliki 37,9ribu pengikut.

 


4. Seol Woo-Hyung

57A4C7CC 321A 49B8 8A9E E04CEB2D8569Seo Woo-hyung lahir pada 14 May 2011 dan kini berusia 12 tahun. Beberapa drama bersiri yang pernah dibintanginya adalah The King’s Face (2014), Sweet Stranger and Me (2016), Super Family 2017 (2017), The Player (2018), The King: Eternal Monarch (2020), dan sebagainya.

Seol Woo-Hyung memiliki sebuah akaun Instagram di @seolwoohyung yang dikendalikan oleh Ibunya.

 


5. Jeong Hyun-Jun

CD9BA2C0 CD5B 4410 9C86 1A161C9835E5Artis cilik Korea yang tidak kurang hebatnya adalah Jeong Hyun-Jun. Dia lahir pada 11 November 2011 dan kini berusia sekitar 11 tahun. Walaupun masih muda, Hyun-Jun juga telah banyak berlakon di drama Korea seperti You Are Too Much (2017), Dr. Romantic 2 (2020), The King: Eternal Monarch (2020), Mine (2021), The One and Only (2021), dan lainnya.

Selain itu, Hyun-Jun juga pernah tampil dalam beberapa film Korea seperti Parasite (2019) dan Special Delivery (2022). Jeong Hyun-Jun memiliki akaun Instagram di @hyeonjun_mama yang kini memiliki 102ribu pengikut!

Baca Lagi Artikel: Segalanya Tentang Artis Kecil ‘The Glory’ Oh Ji Yul

6. Moon Woo-Jin

A7D36A81 9F7F 43FB 9543 BE6D4F49A1C2Moon Woo-Jin, 14, merupakan pelakon cilik yang semakin tumbuh remaja pernah membawa watak sebagai Lee Young-Joon (kanak-kanak) di drama bersiri What’s Wrong With Secretary Kim. Selain drama tersebut, artis kecil kelahiran 19 Februari 2009 ini juga banyak tampil di dunia lakonan lain antaranya adalah The Beauty Inside (2018), The Fiery Priest (2019), Vagabond (2019), Alice (2020, Joseon Exorcist (2021), School 2021 (2021), dan banyak lagi.

7. Kim Seol

E3A6ED81 01E8 44B4 90D0 C51A2B5033B4Kim Seol artis kecil Korea Selatan ini lahir pada 18 Mac 2011. Di tahun 2023 ini, usianya telah menginjak 12 tahun. Sebagai artis cilik berbakat, Kim Seol mulai dikenal ketika berlakon di dalam filem bertajuk Ayla: The Daughter of War (2017).

Disitu, dia membawa karakter Ayla dan sebagai pelakon utama. Selain filem, Kim Seol juga pernah tampil dalam drama bersiri Reply 1988 (2015) sebagai Sung Jin-joo.

8. Kim Ji-Yu

3906ADF3 0CA5 47DE ADAD CFBA172E150FKim Ji-Yu, 10, juga merupakan pelakon cilik Kim Mi-So di drama bersiri What’s Wrong WIth Secretary Kim (2018). Selain itu, artis kecil kelahiran 26 September 2012 ini juga pernah tampil dalam drama Duel (2017), The Banker (2019), Alice (2020), High Class (2021), dan lainnya. Kim Ji-Yu memiliki sebuah akaun Instagram di @kim_jiyu_ yang kini memiliki pengikut seramai 54,4ribu.

9. Lee Ro-Eun

84D56DAA 5462 43C0 915E 4DC31448DD60Berikutnya adalah Lee Ro-Eun, artis cilik Korea ini lahir pada 15 Februari 2017 dan kini telah menginjak usia sekitar 6 tahun. Walaupun masih sangat muda, Lee Ro-Eun telah tampil dalam beberapa drama Korea seperti The World of the Married (2020), Oh My Baby (2020), Kiss Sixth Sense (2022).

10. Choi Myung-bin

CEB47F71 B8B6 46A1 9A5F F9CCF503EB23Choi Myung-bin, 14, merupakan artis cilik kelahiran 15 April 2008. Di usia muda ini, dia telah banyak berlakon di drama dan filem Korea. Diantaranya adalah Suspicious Partner (2017), Return (2018), Kill It (2019), My First Client (2019), Waiting for Rain (2021), dan lainnya.

Baca Juga Artikel: Lim Ji Yeon Dalam 9 Lakonan Yang Berbeza Watak