Home Entertainment 9 Watak Dalam Kdrama Yang Sukar Mempercayai Orang Lain

9 Watak Dalam Kdrama Yang Sukar Mempercayai Orang Lain

0

Hwang Min Hyun sedang menjadi bualan hangat melalui Kdrama siri terbaru My Lovely Liar yang kini boleh ditonton di Viu.

Hwang Min Hyung membawa watak sebagai seorang komposer lagu yang menyembunyikan identitinya. Dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar dirinya kerana trauma masa lalu setelah dituduh sebagai pembunuh bekas kekasihnya.

Peristiwa mengerikan tersebut juga membuatnya mula menjauhkan diri dari semua orang dan sukar untuk mempercayai orang lain.

Baca lagi: “My Lovely Liar” Menduduki No. 1 dalam 127 Negara

Keadaan serupa juga dialami oleh beberapa watak lain dalam Kdrama tahun 2023 ini. Apa yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada orang lain? Jom kita baca kisah mereka di bawah ini!

 

Kdrama
1. Pernah dituduh sebagai pembunuh membuatkan Kim Do Ha (Hwang Min Hyun) menjauhkan diri dari masyarakat dalam Kdrama My Lovely Liar. Dia selalu memakai topeng muka apabila keluar dari rumah

Baca juga: My Lovely Liar, Jom Bekerja sebagai Liar Hunter

 

8fda2c90 f76b 4f09 b96d 84fb03943ef7

2. Kerana ditinggalkan oleh ibunya sewaktu masih kecil, Goo Won (Lee Jun Ho) menjadi trauma dengan senyuman dan sukar untuk mempercayai orang lain dalam Kdrama siri King the Land

 

ff9b343f c7a7 4fda 8a10 78679ef47fa5

3. Perangainya sangat dingin kerana ayahnya sendiri, Sim Woo Joo (Lee Sung Kyung) tidak mudah untuk mempercayai orang lain dalam Kdrama siri Call It Love

 

cb4b435a bcfe 410b a500 6a84c3a61227

4. Kerana kawan-kawannya yang toksik, Seo A Ri (Park Gyu Young) langsung tidak dapat mempercayai orang lain dalam drama siri Celebrity

 

fa7aa738 019b 4a5b bf14 bd52067845f0

5. Dikekang oleh organisasi jenayah, Lee Ro Um (Chun Woo Hee) juga sangat sukar untuk mempercayai orang lain walaupun sudah mengenali mereka dalam Kdrama Delightfully Deceitful

 

bf4c149a 2289 4e9a a2d0 2d72acdcc0b7

6. Pernah hampir terbunuh kerana manusia, Van (Kim Nam Gil) yang merupakan separuh raksasa ini memilih untuk menjauhkan diri dari dunia luar dalam drama siri Island

 

c8592ec0 99f1 4408 9e29 a53918368779

7. Saudaranya telah dibunuh, Moon Joo Ran (Kim TaeHee) hidup dalam kebimbangan dan sentiasa waspada dengan orang baru dalam Lies Hidden in My Garden

 

2f44ba6c 97aa 4935 8a40 f4554a46c364

8. Berusaha mencari pembunuh bersiri membuatkan Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook) langsung tidak mempercayai orang lain dalam My Perfect Stranger

 

879bbb14 2428 4883 874a 108c2a04e93e

9. Dikelilingi orang-orang yang berperangai jahat, Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) menjauhkan diri dari orang lain yang sebenarnya baik dalam The Glory

Kita memang perlu berwaspada dengan orang-orang sekeliling kita kerana tidak semua orang mempunyai niat dan hati yang baik. Namun, semua watak dalam drama siri Korea 2023 di atas memerlukan waktu yang lebih banyak untuk boleh mempercayai orang lain. Bahkan, ada yang tidak mudah percaya kepada orang yang sudah dikenali mereka.

Adakah anda juga sulkar mempercayai orang lain seperti mereka?

 

Baca lagi: 8 Filem Seram Komedi Underrated Wajib Ditonton, Menghiburkan
Baca juga: 9 Filem Zombie Bukan Hollywood Yang Boleh Ditonton Di Netflix