Home Entertainment 8 Filem Seram Komedi Underrated Wajib Ditonton, Menghiburkan

8 Filem Seram Komedi Underrated Wajib Ditonton, Menghiburkan

0

Bagi seseorang pembuat filem, menggarap filem seram bukanlah perkara yang mudah. Khususnya filem seram komedi. Pembikinan filem memerlukan kreativiti dan sensitiviti yang tinggi untuk mencipta suasana mencengkam dan hiburan melucukan pada waktu yang sama.

Jika ada percaturan yang salah, filem tersebut boleh berakhir menjadi huru-hara dan bakal mendapat kritikan yang teruk dari para penonton.

Salah sebuah filem seram komedi yang dianggap gagal adalah Haunted Mansion (2023) garapan Justin Simien (Dear White People, Bad Hair). Walaupun Walt Disney Pictures adalah syarikat produksi untuk filem ini, filem yang dibintangi oleh LaKeith Stanfield dan Owen Wilson ini hanya mampu mengumpulkan skor 39 peratus sahaja di Rotten Tomatoes dan 64.2 juta dolar AS di box office. Komedi yang tidak menjadi serta kesan visual yang buruk menjadi salah satu penyebabnya.

Anda sudah menonton dan kecewa dengan filem Haunted Mansion? Jangan bimbang, kami telah rangkumkan lapan buah filem seram komedi yang wajib anda tonton.

Walaupun underrated, semua filem seram komedi ini dijamin sangat berbaloi dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda! Jom kita lihat!

 

c4d956fa 00b6 40c9 a116 d3bcbbf00be6
1. Bukan rumah hantu biasa-biasa, rumah hantu dalam Housebound (2014) bakal membuat anda ketawa tidak kering gusi dah pada masa yang sama rasa takut dengan elemen seram dan ngeri yang ditampilkan. Tertarik untuk menonton?

 

0ec3ed6f f429 4309 80e9 d35115a7566e
2. The Final Girls (2015) cubaan memasukkan elemen seram mencengkam dan juga komedi dalam filem slasher. Hasilnya? Banyak babak yang tidak disangka-sangka!

 

9ebeff61 5d45 4336 893b 0d011e87c293
3. Mengambil jalan cerita Halloween (1978), Better Watch Out (2016) menampilkan kejutan menarik di sebalik kisah mengenai pengasuh yang diganggu oleh psikopat

 

0ed6ebfc 7119 41fe bd8e b5555c7cc566
4. Mayhem (2017) menggandingkan Steven Yeun dan Samara Weaving dalam aksi untuk bertahan hidup melawan virus yang ganas. Penuh adegan sadis!

 

f1bd734b 5ebe 46d5 8e2a 22d789748be2
5. Membunuh zombie sambil menyanyi? Apa salahnya? Jangan lupa saksikan lakonan hebat Ella Hunt sebagai Anna dalam Anna and the Apocalypse (2017)

 

791e2a16 89ae 4176 9070 2840f130f265
6. Pengusiran roh jahat dalam Extra Ordinary (2019) dijamin akan membuat anda senak kepala. Selain seram dan komedi, adegan dalam filem ini dikemaskan secara over-the-top!

Filem seram

7. Sudah menonton Spontaneous (2020)? Filem ini mempunyai jalan cerita unik mengenai kisah romantik dua orang remaja di tengah-tengah fenomena tubuh manusia yang meletup secara misteri

 

Filem seram komedi

8. Vicious Fun (2020) adalah kisah mengenai seorang lelaki yang terjebak dengan pembunuh bersiri. Demi bertahan hidup, dia nekad untuk melakukan apa sahaja!

Salah sebuah kunci kejayaan untuk filem seram komedi adalah aturan masa dalam plot cerita tersebut. Semua filem yang tersenarai di atas berjaya membuktikan bahawa ketepatan jumpscare serta penulisan skrip yang baik menjadi modal yang kuat untuk mempersembahkan hiburan berkualiti kepada para peminat filem.

Baca lagi: 9 Filem Zombie Bukan Hollywood Yang Boleh Ditonton Di Netflix
Baca juga: 7 Watak Hantu Filem Seram Ini Mempunyai Masa Lalu Yang Tragis