Home Entertainment 7 Watak Hantu Filem Seram Ini Mempunyai Masa Lalu Yang Tragis

7 Watak Hantu Filem Seram Ini Mempunyai Masa Lalu Yang Tragis

0

Filem seram membawa tema hantu-hantu dan roh jahat walaupun mempunyai penampilan menakutkan yang buat bulu roma meremang, watak-watak hantu atau roh di dalam filem seram ini ternyata mempunyai kisah tragis dan justera buat kita simpati!

Hantu atau roh jahat kerap menjadi watak villain atau antagonis di pelbagai filem seram. Sejak dulu, kepercayaan manusia selalu menganggap hantu sebagai makhluk yang jahat, mengancam, mengganggu keimanan, bahkan membuat manusia saling berbunuhan.

Hantu atau roh jahat juga selalu digambarkan berwajah menyeramkan. Biasanya, hantu ditampilkan seperti mayat manusia yang membusuk, dengan sentuhan lain yang mengerikan seperti anggota badan yang tidak cukup sehinggalah dengan wajah putih pucat. Yang sebenarnya, ada juga banyak hantu dalam filem seram dengan masa lalu yang menyedihkan.

Kematian mereka diiringi oleh kejadian tragis yang mempengaruhi perilaku mereka saat berkeliaran sebagai roh yang tidak tenang. Disebalik penampilan mereka yang aneh dan mengerikan, ada masa lalu yang pahit. Setelah memahami betul masa lalu para roh yang tidak tenang ini, daripada merasa ketakutan, mungkin anda akan lebih merasa kasihan dengan mereka.

Jom kita lihat beberapa watak hantu dalam filem seram yang masa lalunya tragis!

 

1. Ibu – Pengabdi Setan

IMG 9864

Kemunculan ibu dalam filem Pengabdi Setan(2017) yang diiringi suara loceng memang mampu membuat sesiapa sahaja merasa trauma. Namun, kisah ibu semasa hidup memang cukup tragis. Ibu menjadi roh yang tidak tenang kerana mengikuti kumpulan “cult” kesuburan. Dia terpaksa melakukan hal ini kerana didesak mertuanya untuk memiliki anak.

Kisah masa lalu ibu ini seolah menyuarakan fakta bahawa kekadang, harga diri wanita dinilai dari kesuburannya. Walhal, belum tentu wanita yang bermasalah dengan kesuburan, mungkin juga ia terjadi kepada sang suami yang mempunyai masalah kesihatan batin.

2. Kuntilanak – Lahirnya Kuntilanak Bangkitnya Mangunjiwo

IMG 9865

Sudah pernah tonton trilogi Kuntilanak-nya Julie Estelle? Sang Kunti di universe ini memang penuh dengan kejahatan. Dia digunakan dan dipanggil untuk mengganggu orang dan bahkan membunuh. Namun, dalam spin-off Lahirnya Kuntilanak Bangkitnya Mangunjiwo, kita mendapat tahu bahawa Sang Kunti ini sememangnya hanya dipergunakan oleh orang-orang serakah.

Sebelum menjadi Kuntilanak, ia adalah perempuan cantik bernama Kanthi (Asmara Abigail) yang dipasung kerana dianggap menghamilkan bayi syaitan. Dia dipergunakan oleh Mangunjiwo, menjalani serangkaian ritual menjijikkan sehingga pada akhirnya menjadi kuntilanak demi Loji Pusaka yang diinginkan Mangunjiwo.

Melihat bagaimana Kanthi diperlakukan sedemikian rupa membuat kita seolah “menyokong” kekejaman Kuntilanak! Ya, para manusia serakah kadang memang selayaknya mendapatkan hukuman setimpal.

 

3. Toshio & Kayako – Ju-On: The Grudge

IMG 9866

Tiada yang lebih menyayat hati jika ia melibatkan hantu atau roh anak-anak, salah satunya adalah Toshio. Penampilan Toshio tidak berlebihan, ditampilkan sebagai figura hantu/roh kanak-kanak lelaki berambut pendek. Namun, wajah pucat, mulut menganga, dan kemunculannya yang tiba-tiba memang membuatkan penonton jadi trauma.

Toshio sendiri adalah anak dari Kayako, hantu perempuan yang suka merayap dan muncul tiba-tiba dengan wajah yang begitu mengerikan. Dahulu, Kayako adalah isteri kepada Takeo. Namun, kerana Takeo cemburu, dia membunuh isteri dan anaknya.
Kecemburuan Takeo terjadi kerana menemukan catatan mengenai obsesi Kayako terhadap Kobayashi, teman lamanya.

Kisah Toshio ini agak berbeza dalam siri Ju-on: The Beginning of an End. Namun, untuk latar kisah Kayako, ceritanya kurang lebih sama

 

4. Jodie – Amityville Horror

IMG 9867

Filem seram yang diambil dari “Kisah Benar” tentang rumah berhantu ini menampilkan seorang roh anak perempuan yang menyeramkan bernama Jodie. Dia kerap kali menghantui anak-anak dari keluarga baru di rumah itu dan ingin berteman sekaligus “mengganggu” agar mereka pergi dari rumah terkutuk itu.

Bahagian akhir filem Amityville Horror pun semakin menyeramkan dengan jeritan sang anak, yang kemudian ditarik masuk ke ruang bawah rumah.

Anak ini merupakan ahli keluarga De Feo yang dibunuh kakaknya sendiri. Kakaknya mengaku, dia kerasukan kekuatan jahat yang ada di dalam rumah itu dan membunuh semua ahli keluarganya. Mendengar ceritanya, tidak hairanlah jika anda justeru menjadi bersimpati kepadanya!

 

5. La Llorona – The Curse of the Weeping Woman

IMG 9868

La Llorona merupakan urban legend dari Mexico. Ada banyak versi yang berkisar tentang La Llorona. Ada yang mendakwa bahawa dia dahulunya adalah perempuan yang anak-anaknya tidak sengaja mati di sungai. Namun, ada pula yang mengatakan bahawa La Llorona membunuh anak-anaknya sendiri kerana tertekan tentang masalah keluarga, kemudian menyesal dan turut bunuh diri.

Kisah La Llorona ini diabadikan salah satunya dalam The Curse of Weeping Woman. Dia digambarkan sebagai lembaga hantu perempuan yang akan menculik anak-anak untuk menggantikan anak-anaknya sendiri. Mengerikan! Tetapi masa lalunya yang begitu traumatik membuatkan kita sedikit kasihan dengan wajah sadis ini.

 

6. Alisa – Sundelbolong

IMG 9869

Salah satu karakter filem seram Indonesia paling legenda!!

Selain dikenali dengan filem serammya yang ikonik, industri perfileman Indonesia memang banyak menghasilkan hantu/roh dengan masa lalu menyedihkan, salah satunya adalah Alisa si Sundelbolong.

Dilakonkan oleh mendiang Suzzanna, Alisa adalah bekas pelacur yang mengahwini seorang lelaki baik dan telah bertaubat. Namun suatu hari, dia dirogol oleh orang jahat bernama Rudi bersama teman-temannya di gudang usang. Hal tersebut membuatnya trauma dan harus menggugurkan kandungan. Kerana trauma, Alisa bunuh diri.

Roh Alisa menjadi tidak tenang dan pada akhirnya menjadi roh jahat yang berdendam. Tujuan Alisa hanya satu, membalas dendam terhadap orang-orang yang merogolnya dan menghancurkan hidupnya. Jadi, memang tidak hairan jika ada penonton bersimpati kepadanya kerana para perogol ini jauh lebih jahat dan mengerikan daripada si Sundelbolong! Biar padan muka mereka!

 

7. Hantu-Hantu dalam “The Haunting of Bly Manor”

Filem seram

Siri seram dari Netflix ini memang menyimpan cerita “unik” tentang bagaimana seseorang boleh berubah menjadi hantu/roh. Mereka yang “menghantui” Bly Manor adalah jiwa-jiwa yang masuk ke “fasa kesedihan”. Contohnya, seperti Hannah Grose yang dibunuh oleh Miles atau Viola yang dibunuh oleh saudara perempuannya sendiri.

Saat mereka menyangka kalau mereka sudah mati, mereka masih boleh berinteraksi dengan orang lain dan turut membuatkan orang lain merasa “dihantui”. Ketika mereka sudah menerima kenyataan bahawa mereka sebenarnya telah mati, barulah mereka boleh pergi dengan tenang. Menakutkan sekaligus tragis, bukan?

Ada begitu banyak hantu dan roh yang tidak dapat pergi dengan tenang kerana kisah masa lalu yang mengguris hati. Dan, kerana mereka lahir dari kepahitan, maka pada saat berkeliaran tidak dapat ke alam yang sepatutnya, mereka pun menyebarkan kepahitan itu kepada orang lain, membawa kesengsaraan itu bersama mereka.

Jadi, adakah anda terasa ingin menonton semula filem dan siri disenarai atas? Mungkin dengan itu, anda sebagai penggemar filem seram akan mulai memahami “mereka”, bukan sebaliknya merasa takut!

Baca lagi: 7 Filem Seram Angkat Isu Kemurungan Dan Kesihatan Mental
Baca juga: 7 Filem Seram Komedi, Dalam Ngeri Ada Lucunya