Home Kdrama/Kmovie 9 Kdrama Baru Dibintangi Para Pelakon Kokdu: Season of Deity

9 Kdrama Baru Dibintangi Para Pelakon Kokdu: Season of Deity

0

Kokdu: Season of Deity baru sahaja mengakhiri kisahnya dengan sebuah penamat yang cukup membahagiakan. Happy ending!! Kejahatan tidak dapat melawan kejahatan dan ternyata kebahagiaan milik orang-orang yang benar dan watak-watak antagonis menerima pembalasan yang sepatutnya. Para peminat setia drama siri Kokdu: Season of Deity pasti tersenyum lebar dan sangat berpuas hati dengan penamat yang telah dipersembahkan.

Gelagat lucu dan mencuit hati setiap karakter memang membuatkan para peminat sukar untuk kamu melupakan siri ini. Pasti wajah pelakon-pelakon siri Kokdu: Season of Deity masih melekat di kepala setiap penonton setia.

Oleh itu kami menyenaraikan 9 drama siri Korea Selatan yang masih baru dan ada juga yang bakal ditayangkan yang dibintangi oleh pelakon-pelakon Kokdu: Season of Deity khas untuk anda semua!

Baca Lagi: Kisah Tragis Seo Ji Won Penyanyi Lagenda Yang Bunuh Diri

Jom kita semak 9 drama siri menarik dari pelakon-pelakon kegemaran anda dalam Kokdu: Season of Deity:

 

F32BBAC7 4F17 493C 9226 D98C1FD4B4451. Kim Jung Hyun mendapat tawaran untuk membintangi drama siri The Second Person to Like sebagai pelakon utama. Drama ini masih belum mengeluarkan sinopsis ringkas berkenaan jalan ceritanya, jadi maklumat lanjut masih dinantikan!

 

8E018871 26C4 49C0 A755 6BB26CF5F2B72. Bagaimana agakanya jika Kim Da Som bergandingan dengan Kim So Hyun untuk membintangi drama siri Is It Fate? Yang mengangkat kisah cinta pandang pertama. Nantikan!

 

07F1C052 2255 4798 9266 5BC6484EB3763. Baru sahaja Choi Kwang Il turut memeriahkan drama siri popular The Glory Part 2 yang mengangkat kisah balas dendam. Lakonannya sangat mantap sebagai ayah kepada Lee Do Hyun.

 

E65A0461 DE08 439C 966C B28DD7E260454. Kisah menarik mengenai bumi yang terancam akibat serangan asteroid, Goodbye Earth akan menampilkan lakonan Kim Young Woong dan Kim Kang Hoon. Pasti menarik!

 

D5B6097B E97C 4F91 8C44 3F4C18A9F9CC5. Brain Works tamat pada akhir Februari lalu, berakhir sudah kisah kerja sama seorang doktor pakar dan detektif. Woo Hyun melakonkan watak sebagai ketua pasukan polis.

 

711110FA 4BB7 4AB7 BD6C BBE0404E49456. Kim Byung Ok akan kembali sebagai pelakon pembantu dalam drama siri terbaru politikal drama iaitu Queenmaker, drama siri yang mengisahkan tentang dua wanita berkerjaya.

 

2E6AD5DB 56B2 4DD2 8035 0C759901E5FA7. Stealer: The Treasure Keeper akan ditayangkan pada 12 April 2023 yang tertumpu kepada kisah pencuri aset budaya. Choi Jung Woo turut berlakon dalam drama ini.

 

9E4D0535 7CAF 4853 BDF9 89A2E245350D8. Decoy mengisahkan tentang penipu terkenal yang dituduh menjadi pembunuh. Woo Hyun mendapat watak sebagai pelakon pembantu.

 

60341B8A 5A14 48FD 8C34 063D456B33D79. Choi Jung Woo kini tampil dalam drama siri Call It Love yang menceritakan tentang aksi balas dendam seorang gadis kepada anak hasil curang ayahnya!

Pelakon-pelakon drama siri Kokdu: Seasons of Deity juga bergandingan dalam beberapa drama siri terbaru lainnya. Kebanyakan drama yang tersenarai masih belum lagi menentukan jadual pelancaran tayangannya. Namun, anda semua sudah boleh menonton drama siri 2023 yang sudah ditayangkan seperti Call It Love. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton drama-drama terbaru ini bukan?

Baca Juga: 12 Watak Dibenci Dalam Kdrama Kerana Kesalahan Keluarga