Home Entertainment 12 Watak Dibenci Dalam Kdrama Kerana Kesalahan Keluarga

12 Watak Dibenci Dalam Kdrama Kerana Kesalahan Keluarga

0

Drama siri tidak terlepas dari memberi pengajaran yang tidak terhingga kepada para penonton. Ada juga kisah yang menonjolkan watak yang tidak bersalah dibenci kerana kejahatan yang dilakukan oleh keluarga mereka.

Jalan cerita yang hampir sama dengan kehidupan nyata dimana masyarakat sering memusuhi keluarga penjenayah sedangkan ahli keluarga tidak bersalah tapi langsung terpalit dosa yang dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari keluarga terbabit.

Setiap orang tentu tidak dapat membuat semua orang menyukainya, tidak terkecuali juga orang-orang baik, orang baik juga turut dibenci kerana keluarga mereka adalah jahat. Perasaan tidak suka hingga perasaan benci boleh ditujukan oleh sesiapa sahaja walaupun orang tersebut tidak berbuat salah apa-apa pun.

Perkara itu juga dihadapi oleh beberapa karakter dalam drama siri berikut ini. Mereka yang asalnya baik menerima perasaan benci dari orang lain kerana perbuatan keluarganya. Kenapakah perkara seperti ini terjadi?

Baca Lagi: Jo Han Chul Pelakon Serba Boleh Tapau Watak Jahat Dan Baik

280AF6EF C56A 4753 B93F 315D0652A7501. Ayahnya merupakan seorang pembunuh, Do Hyun Soo (Lee Joon Gi) yang baik itu juga turut dimusuhi oleh orang ramai dan lebih teruk, rakannya sendiri menyisihkannya dalam Flower of Evil (2020).

472D5A4C 27FB 45A9 8A77 D7FD57FB28CF2. Menjadi anak seorang pembunuh, Yoon Na Moo (Jang Ki Yong) mengubah namanya kepada Chae Do Jin kerana dibenci orang dalam drama siri Come and Hug Me (2018).

5D6ECADB 51A6 4084 9D8F CAFF25E726753. Ye Hyeon Sun (Park Ju Hyun) yang dilahirkan sebagai anak pertama ayahnya sangat dibenci oleh ibu tirinya dalam The Forbidden Marriage (2022–2023).

3E41FD6F 3C93 4DF0 B095 F1BF964C37EB4. Ibunya dituduh sebagai pembunuh, Bae Ro Na (Kim Hyun Soo) terpaksa pindah sekolah dan dibuli oleh kawan-kawannya dalam drama siri Penthouse (2020–2021).

9218C4D7 2247 43E8 88A4 15347A32E43C5. Walaupun dia tidak bersalah, Han Dong Jin (Kim Young Kwang) sangat dimusuhi dan dibenci kerana ibunya merupakan seorang perempuan perampas dalam drama siri Call It Love (2023).

431EDDA7 588E 4CA6 8006 29A994F28A226. Choi Kang Chi (Lee Seung Gi) yang dilahirkan sebagai anak gumiho juga dibenci orang sekeliling kerana kekuatannya dalam Gu Family Book (2013).

B4F4E8E7 C91E 4E2C ABFC E65A7E21D4EE7. Sungguh malang apabila Sung Joon (Yang Se Jong) dimusuhi dan dibenci ramai kerana disangkakan sebagai seorang pembunuh. Sebenarnya pembunuhan tersebut dilakukan oleh saudara kembarannya dalam drama siri Duel (2017).

ED42ED54 543E 4AC4 814B 7E2AAE71B0788. Perbuatan ayahnya membuatkan Han Jung Woo (Park Yoo Chun) dibenci sampai diculik oleh musuh ayahnya dalam drama siri Missing You (2012).

1D185062 BBEB 41BA 980A 55E516BC89039. Akibat kejahatan keluarga isterinya pada masa lalu, Kang Yoon Kyum (Park Byung Eun) dipergunakan untuk balas dendam dalam drama siri Eve (2022).

27AFBF50 162C 4062 906E E9492EEDC08E10. Putera Seongnam (Moon Sang Min) dibenci oleh saudara lainnya kerana lahir sebagai putera ratu dalam drama siri Under the Queen’s Umbrella (2022).

FDE509B3 BF67 4143 8A88 9601D4E4782E11. Ayahnya merupakan seorang pembunuh dan Lee Soo Yeon (Kim So Hyun) disisihkan oleh sahabat-sahabatnya hinggakan dia menjadi seorang pendiam dalam drama siri Missing You (2012).

AC643763 8791 4E6A 9D6C B33E5EED967E12. Orangnya sangat baik tapi sayang sekali Choi In Ha (Park Shin Hye) dibenci kerana perbuatan ibunya yang pernah menghancurkan sebuah keluarga dalam drama siri Pinocchio (2014).

Perbuatan jahat yang dilakukan keluarga mereka membuatkan para karakter dalam drama siri tersenarai dimusuhi hingga dibenci orang lain walaupun mereka tidak bersalah. Perkara ini membuatkan kebanyakan mereka hidup dengan rasa bersalah. Bagi anda, kisah siapakah yang paling dirasakan tidak adil?

Baca Juga: Kisah Tragis Seo Ji Won Penyanyi Lagenda Yang Bunuh Diri