Home Entertainment Kisah Tragis Seo Ji Won Penyanyi Lagenda Yang Bunuh Diri

Kisah Tragis Seo Ji Won Penyanyi Lagenda Yang Bunuh Diri

0

Mungkin tidak ramai KPopers yang pernah mendengar nama Seo Ji Won. Mungkin tanpa sedar peminat-peminat Kpop seluruh dunia pernah mendengar lagu “With My Tears” iaitu lagi asal Seo Ji Won kerana lagu tersebut telah beberapa kali dinyanyikan semula oleh idola-idola KPop masa kini.

Seo Ji Won merupakan salah seorang penyanyi legenda yang berasal dari Korea Selatan. Karya-karyanya hingga saat ini masih dinyanyikan dan dikenang oleh ramai orang.

Nama Seo Ji Won masih bergema di setiap penjuru negara kerana popularitinya yang sangat luar biasa pada zamannya.
Walaupun Seo Ji Won ternyata adalah lagenda, namun terdapat kisah memilukan disebalik lagu “With My Tears” yang dilancarkan setelah kematian penyanyi tersebut.

Baca Lagi: Jo Han Chul Pelakon Serba Boleh Tapau Watak Jahat Dan Baik

1. Seo Ji Won dan popularitnya

731FB260 B0C4 47A6 9DB9 39A108A7475CSeo Ji Won lahir di Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan pada 19 Februari 1976 dengan nama asal Park Byung Chul. Dia juga mempunyai nama Inggeris iaitu Charles Park. Nama tersebut melekat dengannya ketika dia dan keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat. Seo Ji Won juga pernah melanjutkan pelajaran di negara Uncle Sam tersebut.

Seo Ji Won memulakan debutnya pada tahun 1994 melalui sebuah single berjudul “Another Start”. Sejak itu, namanya terus naik dan meletup dan Seo Ji Won mula mendapat populariti melampau. Dia juga menjadi idola muzik KPop baru pada zaman itu.

2. Masalah keluarga membuatkan Ji Won tertekan

903F8150 01AB 4A1C 8B74 EFF414D2EE08Populariti yang diterima oleh Seo Ji Won sangatlah besar. Bagi mereka yang tidak mengetahuinya, pasti menganggap kehidupan Ji Won benar-benar bahagia. Pada usia yang begitu muda, Ji Won berhasil meraih kejayaan dalam industri muzik Korea Selatan.

Namun, tiada siapa tahu bahawa disebalik populariti tersebut, Ji Won sebenarnya kesunyian dan tertekan. Dia merasa kesulitan untuk menjalani kehidupannya sebagai penyanyi yang mendapat banyak perhatian dari orang ramai. Ditambah pula dengan masalah penceraian kedua ibu bapanya yang makin membuatkan Ji Won terpukul.

Tekanan perasaan dan kemurungannya semakin menjadi-jadi, terdapat begitu banyak beban yang dirasakan serta ditanggung oleh Seo Ji Won yang saat itu belum berusia 20 tahun.

3. Januari 1996: Tangisan pada tahun baru

92D37300 1B56 414B A6FA 0B556C23E775Pada 30 Disember 1995, sewaktu sambutan akhir tahun diadakan, Seo Ji Won mendedahkan kerisauannya. Dia bimbang akan reaksi orang ramai dan para peminat terhadap album keduanya yang bakal dilancarkan. Dia juga mula berkongsi kesedihannya tentang perpisahan ibu bapanya hingga dia merasa sunyi dan sepi dalam suasana bising sambutan akhir tahun.

Setelah selesai sambutan akhir tahun itu, Seo Ji Won kembali ke kediamannya yang berada di Kompleks Apartment Daebang Jugong 2, Daebang-dong, Dongjak-gu, Seoul dalam keadaan mabuk.

Pada 1 Januari 1996, Seo Ji Won ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bibir dan tubuhnya yang kebiruan di atas katilnya. Die segera digegaskan ke unit kecemasan, namun nyawanya tidak berjaya diselamatkan.

Terdapat pil kuning ditemui di atas katil penyanyi legenda tersebut. Di dalam biliknya juga ditemui botol ubat kosong dan diari harian dengan 3 helaian nota bunuh diri di dalamnya.

Dia disahkan telah membunuh diri pada 31 Disember 1995. Seo Ji Won ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 1 Januari 1996 pukul 20.30 waktu tempatan.

4. Nota bunuh diri

Seluruh negara tertanya-tanya tentang penyebab kematiannya. Apakah alasan Seo Ji Won membunuh diri?

Dipetik dari Yonhap News, hasil bedah siasat mendedahkan bahawa Seo Ji Won meninggal dunia kerana terlebih dos ubat penstabil saraf. Polis yang menemukan barang bukti berupa botol ubat dan pil kuning di dalam bilik tidur Ji Won juga melakukan penyiasatan secara mendalam.

Ini dilakukan untuk memahami kandungan pil tersebut hingga menyebabkan Seo Ji Won meninggal dunia. Nota bunuh diri yang ditemukan bersama botol ubat kosong dan pil kuning itu juga menjadi sebahagian dari kisah pilu kematian Seo Ji Won.

7C6C6CCC 76CC 439A 9B5D 09A97FFB2E76

Dalam surat tersebut, Ji Won mendedahkan banyak perkara tentang dirinya yang selalu mengambil ubat penstabil saraf. Dia juga merasa tidak percaya diri tentang album kedua yang akan dilancarkan. Penceraian orang tua dan juga permintaan maafnya kepada pihak agensi, pengurus, dan ibu bapanya juga turut ditulis dalam wasiat tersebut.

Perkara yang paling menyedihkan dalam surat itu adalah kata-kata tentang, lebih baik jika dirinya menjalani ‘kehidupan normal’ sebagai seorang pelajar di Amerika Syarikat daripada menjadi terkenal dan popular.

Pernyataan tersebut benar-benar menceritakan banyak perkara tersembunyi tentang sebuah populariti dan kegemilangan yang tidak diketahui oleh orang awam.

5. Lagu “With My Tears” jadi masterpiece hingga kini

Tiga minggu selepas kematian Seo Ji Won, album kedua bertajuk Tears telah dilancarkan. Tajuk track dalam album tersebut adalah lagu berjudul “내 눈물 모아 (re: nae nunmul moa)” atau “With My Tears”. Kadang-kadang lagu ini juga disebut sebagai “Gather My Tears”.

Muzik video “With My Tears” dibuat dengan gabungan dari beberapa klip video lama, video pemakamannya, dan isi nota bunuh diri yang ditulis tangan oleh Seo Ji Won. Perkara ini dilakukan kerana semasa hidupnya, Seo Ji Won memang belum pernah melakukan penggambaran untuk muzik video lagu tersebut.

Lagu yang cukup lengkap dengan rasa emosional yang begitu mendalam ini berjaya meledak di pasaran dan menduduki tangga pertama dalam setiap carta muzik Korea Selatan. Para peminat Seo Ji Won benar-benar menyokong perjuangan penyanyi itu hingga akhir!

Ramai pemuzik dan artis Korea Selatan pernah menyanyikan semula lagu ini, diantaranya adalah Kang Min Kyung dari Davichi, Wheein MAMAMOO, Jung Seung Hwan, Woo Jinyoung, GB9, Heize dan Ha Sungwoon, Jo Jung Suk, hingga ULALA SESSION.

Lagu ciptaan Jeong Jae Hyung ini digelar sebagai masterpiece kerana sangat popular hingga ke hari ini.

Baca Juga: Han So Hee Membawa Watak LGBT+ Dalam Filem Terbarunya