Home Entertainment Fakta Menarik Lee Da Hae Yang Bakal Bergelar Isteri Tidak Lama Lagi

Fakta Menarik Lee Da Hae Yang Bakal Bergelar Isteri Tidak Lama Lagi

0

Lee Da Hae merupakan seorang pelakon wanita terkenal Korea selatan yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 20 tahun. Bermula dari tahun 2001 dengan mengikuti acara pertandingan modelling dan seterusnya terjun ke dunia lakonan untuk menjadi pelakon drama.

Nama Lee Da Hae akhir-akhir ini dibicarakan ramai di pelbagai platform media sosial karena khabar dan pengumuman perkahwinannya dengan buah hatinya iaitu penyanyi terkenal, Se7en. Setelah menjalin hubungan selama 8 tahun, mereka telah memutuskan untuk melangkah ke alam perkahwinan dan sanggup bersama-sama menjalin hubungan yang lebih serius dan membina sebuah keluarga bersama-sama.

3E3981BA DE90 44F7 9780 FA4ABEC5BBE1Baca Lagi: 12 Watak Dibenci Dalam Kdrama Kerana Kesalahan Keluarga

Khabar bahagia Lee Da Hae dan Se7en diumumkan mereka sendiri melalui hantaran di laman Instagram masing-masing pada hari Isnin 20 Mac lalu dengan berkongsi gambar-gambar indah prewedding mereka yang menggunakan busana perkahwinan dengan gaya-gaya penuh romantik.

Berita bahagia tersebut disambut dengan penuh gembira oleh para netizen dan peminat-peminat setia mereka berdua. Pasangan romantik berdua ini termasuk dalam kategori pasangan artis Korea yang sangat bahagia dan serius dalam membina hubungan asmara dan percintaan

Jom kita lihat beberapa info menarik mengenai Lee Da Hae yang bakal meninggalkan zaman bujangnya tidak lama lagi:

 

8BC59503 8430 4F53 A3D1 AE7AD1AAF335

1. Menang peraduan Ratu Cantik Miss Chunhyang Pageant pada tahun 2001 seterusnya mula mencipta nama dan terkenal menerusi drama siri Green Rose dan My Girl 2005.

08F35E66 91DC 460D 8787 690B9EDDDF1D2. Lee Da Hae menjalinkan hubungan cinta dengan Se7en Sejak 2015, kemudian mengumumkan secara rasmi hubungan romantik mereka kepada umum pada tahun 2016.

1CC8AA36 CDAB 48D2 99DF 1C73362C845C3. Dituduh melakukan pembedahan plastik dan kosmetik oleh netizen kerana matanya terlihat lebih besar, kelopak mata yang lebih tebal dan dagu yang lebih runcing. Perubahan itu memang ketara dan netizen tidak menunggu lama untuk berbicara tentangnya!

D66B6E4E 30C2 441E B1E9 6A5026597A2B4. Pernah hampir putus dengan kekasihnya Se7en.

6F65B132 30C7 467A 94E2 FE0FBE312DC3

5. Membintangi 5 buah filem, 26 program televisyen.

6291E34D 8DD6 421E A3D6 D329BC8305726. Selama berkecimpung dalam industri filem korea, Lee Da Hae sudah menggondol 15 anugerah berprestij.

9445F095 B2A4 4B40 8076 827E4F54C26F7. Mengumumkan akan berkahwin dengan Se7en pada bulan Mei lewat melalui akaun Instagram miliknya!

Fakta dan maklumat lanjut mengenai hari bahagia Lee Da Hae dan Se7en sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat di seluruh dunia. Bulan Mei nanti pastinya sebuah perkahwinan gilang gemilang pasangan selebriti Korea Selatan ini dapat kita saksikan! Moga bahagia selalu buat Lee Da Hae dan Se7en!

Baca Juga: 9 Kdrama Baru Dibintangi Para Pelakon Kokdu: Season of Deity