Home Movie 8 Filem Tentang Percutian Bertukar Bencana, Menakutkan

8 Filem Tentang Percutian Bertukar Bencana, Menakutkan

0
Filem

Filem dengan tema vacation-gone-wrong sering kali menjadi tontonan yang menghiburkan dan mengerikan. Rancangan percutian yang pada awalnya santai-santai sahaja berakhir menjadi malapetaka.

Berikut ini adalah lapan buah filem dengan tema vacation-gone-wrong yang perlu anda tonton.

 

1. Midsommar (2019)

Filem seramMenceritakan tentang Dani Arbor yang sedang berkabung atas kematian ibu bapa dan saudara perempuannya, serta kekasihnya seorang antropologis yang bernama Christian. Christian mengajak Dani dan teman-temannya untuk mengunjungi sebuah kampung di Sweden.

Perkara yang membuatkan Midsommar berbeza dari cerita seram thriller yang lain adalah hampir seluruh cerita berlatarkan waktu di siang hari. Selama beberapa hari tinggal di kampung itu, Dani mula menemui beberapa kejanggalan dan keanehan terhadap penduduk di kampung tersebut.

 

2. Us (2019)

Filem Us (2019) merupakan karya Jordan Peele yang paling ikonik. Sebuah keluarga diserang oleh keluarga lain yang ternyata merupakan jelmaan mereka sendiri (doppelgangers). Seram!

Kisah bermula apabila keluarga Wilson pergi bercuti semasa musim panas di rumah masa kecil Adelaide Wilson (Lupita Nyong’o). Ketika Adelaide berjumpa dengan sosok doppelganger dirinya, trauma masa kecilnya kembali menghantuinya.

 

3. You Should Have Left (2020)

157aa519 2e25 4329 98f3 fbfb133b58e6You Should Have Left menceritakan tentang sebuah keluarga kecil, Theo Conroy (Kevin Bacon) bersama isterinya, Susanna (Amanda Seyfried) beserta anak mereka, Ella (Avery Essex) yang pergi bercuti ke Wales dengan menyewa sebuah rumah mewah yang dikelilingi lembah dan bukit bukau.

Namun, kebahagiaan keluarga kecil ini mula terancam dengan munculnya gangguan mengerikan di rumah yang mereka tinggal. Semuanya bermula apabila Ella melihat bayangan hitam di dinding sewaktu tengah malam. Suasana semakin keruh dan menyeramkan apabila Theo mencurigai gerak-geri Susanna yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu darinya.

 

4. Old (2021)

ed858e68 67a3 46c7 9083 4028b6f163dfOld merupakan kisah seram thriller yang diadaptasi dari novel grafik Sandcastle karya Pierre Oscar Levy dan Frederik Peeters.
Ia ini dibintangi oleh Gael García Bernal, Vicky Krieps, Eliza Scanlen, Thomasin McKenzie, Alex Wolff, Abbey Lee dan Aaron Pierre.

Hasil garapan M. Night Shyamalan ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sedang bercuti di sebuah pantai terpencil. Tiba-tiba tempat mereka bersantai selama beberapa jam telah menyebabkan mereka menjadi tua dengan cepat dan ada antara mereka yang meninggal dunia dnegan misteri.

 

5. Men (2022)

fd2c61d5 c1fe 4963 8568 58151029bc6bMen mengisahkan tentang seorang balu yang bernama Harper (Jessie Buckley) yang melarikan diri ke sebuah desa terpencil di England selepas suaminya meninggal dunia secara tragis. Walaupun perjalanan ini bertujuan untuk mengubatu kesedihan dan luka dihatinya, malangnya, gangguan mengerikan mengejar dirinya sepanjang perjalanan.

 

6. Leave the World Behind (2023)

755c3a46 ba01 4f94 af33 e5787424403cPercutian keluarga yang awalnya dipenuhi dengan rancangan menarik berubah menjadi malapetaka apabila seorang lelaki bernama Scott (Mahershala Ali) dan anak perempuannya tiba-tiba muncul. Dua orang asing itu menyampaikan berita tentang serangan siber misteri yang sedang terjadi.

Kedua-dua keluarga tersebut pun menyedari bahawa mereka berada di tengah-tengah kehancuran dunia. Bermula dari terjadinya putus bekalan elektrik di New York dan menyebar ke seluruh dunia. Terjadinya bencana ini membuatkan mereka perlu menghadapi serangan untuk menyelamatkan diri.

 

7. Infinity Pool (2023)

571227de 12d3 4fa2 b2c8 556ce47f104d

Filem ini pertama kali ditayangkan di Sundance Film Festival 2023. Di Eropah, Infinity Pool tayang secara perdana di 73rd Berlin International Film Festival dalam Berlinale Special section. Memang diperakui oleh para pengkarya filem dunia, filem seram ini memberikan sensasi ngeri yang berbeza!

Sebuah percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis berakhir dengan tragik, Infinity Pool menceritakan tentang pasangan yang mendapat gangguan yang mengerikan di sebuah pulau terpencil. Sangat mencemaskan!

Baca juga: 10 Filem Seram Gore Seperti ‘Evil Dead Rise’, Wajib Tonton

8. Evil Dead Rise (2023)

4b9dd51a 75f5 4032 a4ce 81c582fd8264Evil Dead Rise adalah salah satu comeback terhebat dari genre filem gore dengan karakter ibu yang membawa maut, Ellie. Hampir 6500 liter darah palsu digunakan dalam filem ini, semuanya kerana kehausan dan kerakusan ibu jahat terhadap mangsa. Bahkan berbicara tentang karakternya sahaja membuatkan merinding dan satu adegan tertentu di mana dia meminta anak-anaknya untuk membuka pintu melalui lubang kecil pasti akan membuat anda takut. Dibintangi oleh Lily Sullivan, Alyssa Sutherland, dan Morgan Davies, filem garapan pengarah Lee Cronin ini ditayangkan pada 15 Mac 2023.

Rancang percutian anda dengan selamat ya! Jangan lupa untuk menonton filem-filem yang dicadangkan di atas.

Baca lagi: 7 Filem Tentang Kumpulan Survivor yang Bertahan Hidup, Tayang pada 2024 ini
Baca juga: 9 Filem Seram Bertemakan Perubatan, Luar Kotak Sungguh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here