Home Movie 7 Filem Tentang Kumpulan Survivor yang Bertahan Hidup, Tayang pada 2024 ini

7 Filem Tentang Kumpulan Survivor yang Bertahan Hidup, Tayang pada 2024 ini

0

Istilah survivor merujuk pada seseorang yang telah mengalami pengalaman trauma atau dugaan berat dan berjaya bertahan hidup. Survivor (orang-orang yang terselamat dari bencana) biasanya menjadi inspirasi bagi ramai orang, mengingatkan kita akan kekuatan dan keazaman manusia dalam mengatasi kesukaran dan cabaran.

Dalam filem, kisah para survivor sering kali diangkat sebagai tema utama. Kumpulan survivor menunjukkan betapa pentingnya perjuangan bersama dalam menghadapi sesuatu masalah. Melalui perjalanan bersama, mereka saling berjuang dan mencari cara untuk bersama-sama bangkit dalam menghadapi ancaman yang mengerikan.

Dalam filem-filem yang mengangkat tema serupa, kita diajak untuk menyelami perjuangan kumpulan survivor dalam mengatasi segala rintangan.

Berita baik, terdapat beberapa buah filem tahun 2024 ini tentang kumpulan survivor yang bakal ditayangkan.

 

1. Arcadian — Mei 2024

Survival Arcadian ditulis oleh Michael Nilon dan diarahkan oleh Ben Brewer. Filem ini menampilkan cerita menegangkan dan penuh aksi dengan bintang-bintang ternama, seperti Nicolas Cage, Jaeden Martell, dan Maxwell Jenkins.

Arcadian menceritakan tentang seorang ayah (Nicolas Cage), serta dua anak kembarnya, Joseph (Jaeden Martell) dan Thomas (Maxwell Jenkins), hidup di dunia yang telah hancur. Mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup dengan bersembunyi di sebuah ladang ternakan terpencil. Bukan hanya itu, mereka juga perlu menghadapi bencana yang muncul apabila matahari terbenam.

 

2. Prey — Mei 2024

survivorPrey merupakan filem aksi thriller Amerika yang ditulis dan diarahkan oleh Mukunda Michael Dewil. Filem ini menampilkan bintang-bintang ternama, seperti Ryan Phillippe, Mena Suvari, dan Emile Hirsch. Berdurasi 86 minit, filem ini tayang pada Mei 2024.

Kisah Prey dimulakan apabila sekumpulan manusia terpaksa meninggalkan Gurun Kalahari setelah diancam bunuh oleh sebuah kumpulan ekstremis. Namun, dalam perjalanan, mereka mengalami kemalangan pesawat. Perkara tersebut membuatkan mereka berjuang melawan ancaman dari kumpulan bersenjata serta binatang liar Afrika. Perjuangan penuh aksi dan ketegangan dalam perjalanan mereka dalam menghadapi situasi yang tidak terduga di tengah-tengah padang gurun yang luas dan berbahaya.

 

 

3. Abigail — Mei 2024

26887938 e27c 4ab2 a795 d59bda58f82dAbigail adalah filem seram thriller vampire yang diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett. Skrip filem ini diinspurasikan dari filem klasik bertajuk Dracula’s Daughter (1936). Abigail dibintangi oleh Melissa Barrera, Dan Stevens, Kathryn Newton, William Catlett, Kevin Durand, Angus Cloud, Alisha Weir, dan Giancarlo Esposito.

Cerita Abigail berpusat pada sekumpulan penjenayah yang diarahkan untuk menculik anak perempuan seorang bangsawan. Mereka diarahkan untuk tinggal di rumah agam di wilayah terpencil sambil menjaga anak tersebut. Namun, mereka tidak sedar bahawa mereka terperangkap dengan seorang gadis vampire yang hauskan darah manusia.

 

4. Wake Up — Mei 2024

93f90b39 fd07 41c8 b3fc 504fca8cee6aWake Up dibintangi Turlough Convery, Benny O. Arthur, Jaqueline Moré dan ramai lagi. Filem ini menjanjikan cerita yang menggabungkan elemen-elemen aktivisme dan ketegangan dalam satu alur cerita yang mencemaskan.

Kisah Wake Up fokus pada sekumpulan aktivis gen Z yang memutuskan untuk menyusup ke sebuah kedai perabot gergasi. Namun, aksi protes mereka berubah menjadi mimpi buruk apabila mereka menjadi target pengawal keselamatan kedai yang sangat ganas.

 

5. A Quiet Place: Day One — Jun 2024

d20a65d0 ceea 48cd aa6f 71f6fe129f37A Quiet Place: Day One adalah filem seram apokaliptik yang paling dinantikan. Filem ini diarahkan dan ditulis oleh John Krasinski dengan dasar penceritaan dari dua filem sebelumnya. Spin-off prekuel dan merupakan filem ketiga dalam dunia A Quiet Place ini dibintangi oelh Lupita Nyong’o, Joseph Quinn, dan Alex Wolff, dengan Djimon Hounsou.

Cerita A Quiet Place: Day One fokus pada hari pertama kekacauan akibat serangan makhluk asing di New York. Seperti dua filem sebelum ini, A Quiet Place: Day One akan menampilkan banyak ketengangan dengan keperluan untuk diam dan senyap demi kelangsungan hidup dari ancaman makhkum yang sangat peka terhadap suara dan bunyi.

 

6. Alien: Romulus — Ogos 2024

cf4a9595 51d9 4745 95cb e7e790484d0eAlien: Romulus diarahkan oleh Fede Alvarez. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon muda yang sedang meningkat naik seperti Isabela Merced, Cailee Spaeny, Archie Renaux, David Jonsson, Spike Fearn, dan Aileen Wu.

Berlatarkan waktu di antara peristiwa pada filem klasik Alien (1979) dan Aliens (1986), Alien: Romulus menjanjikan keseraman yang mencengkam jiwa dari makhluk luar angkasa. Alien: Romulus adalah mengenai sekumpulan manusia yang perlu menghadapi makhluk menakutkan di alam semesta.

 

7. Trap — Ogos 2024

4a505bca 06b1 4ae4 98ac c7d41c691c8bTrap adalah filem jenayah misteri Amerika yang diarahkan dan ditulis M. Night Shyamalan, pengarah yang terkenal dengan karya penuh teka-teki dan plot twist. Filem ini menampilkan ramai bintang terkenal, seperti Josh Hartnett, Ariel Donoghue, Saleka Shyamalan, Hayley Mills, dan Allison Pill.

Dalam Trap, kisah berpusat pada lelaki yang menghadiri konsert pop bersama anaknya. Namun, mereka mula menyedari bahawa mereka berada di pusat peristiwa berbahaya yang akan mengancam keselamatan mereka. Dengan nuansa misteri dan ketegangan yang membangun, Trap menjanjikan cerita yang memikat dan penuh kejutan.

Filem tentang kumpulan survivor terus menjadi genre yang sangat diminati oleh penonton di seluruh dunia. Melalui cerita-cerita di atas, kita diingatkan tentang pentingnya sokongan satu sama lain. Filem tema survivor mana yang paling anda nantikan?

Baca lagi: Filem Escape Tampilkan Lee Je Hoon Sebagai Tentera Korea Utara Yang Melarikan Diri
Baca juga: 10 Filem Seram Tentang Ilmu Hitam Yang Mengerikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here