Home Kdrama/Kmovie Semakin Mencuit Hati, Apakah Sebenarnya yang Terjadi pada Go Kyung Pyo dalam...

Semakin Mencuit Hati, Apakah Sebenarnya yang Terjadi pada Go Kyung Pyo dalam Frankly Speaking?

0

Frankly Speaking sudah mula ditayangkan pada 1 Mei 2024 baru-baru ini. Drama Korea ini menceritakan tentang Song Ki Baek (Go Kyung Pyo), penyampai berita yang terpaksa melakukan semua perkara mengikut arahan orang atasannya. Hingga Ki Baek terkena renjatan elektrik. Menurut doktor, dia mengalami disinhibition (sistem penolakan). Kejutan otaknya telah menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi dan perubahan keperibadian yang mirip dengan gejala demensia.

IMG 4522Nyawanya tidak terancam. Namun,dia tidak boleh mengendalikan perkara-perkara yang diucapkan, itu akan menjadi masalah dalam kerjayanya. Oleh sebab itu, berikut dibawah ini adalah beberapa masalah yang terjadi selepas insiden renjatan elektrik tersebut!

 

0536141a 62e5 4617 91b4 246f54d231fe1. Semasa seorang bintang idola K-pop melayan stafnya dengan teruk, Ki Baek lantas menyerangnya secara verbal. Selepas itu, imejnya menjadi makin buruk

 

 

 

Frankly speaking 2. Ki Baek seterusnya menjadi sasaran peminat-peminat bintang idola tersebut. Semasa berada di luar, mereka mengejarnya supaya dia melakukan permohonan maaf

 

 

 

71a5c7c6 990d 4888 9565 11fad206c0b33. Selain membuat orang atasannya marah, Ki Baek yang sukar mengawal ucapan dan percakapannya yang sangat jujur akhirnya diminta untuk berehat sebentar daripada kerja

 

 

 

097a6902 f97f 48cf 86d4 0056a3f30f0f4. Bukan hanya masalah pada dirinya, perkara yang dilakukannya pada bintang idola itu juga membuatkan program yang dia sertai sebelum ini juga dihentikan

 

 

 

cdd61d54 4168 485c a265 89dfa903854a5. Semasa pulang ke rumah untuk bersembunyi, sekali lagi percakapannya pada waktu itu membuatkan Ki Baek bertengkar dengan saudaranya

 

 

 

ae0d8ba3 672a 4c37 92b8 a4bff0bb2af16. Kerana kata-katanya yang tidak boleh dikawal, Ki Baek mengganggu sebuah majlis anugerah

 

 

 

beef8479 d11f 4c62 9630 6d32b02fd62d7. Perubahan sikapnya itu membuatkan dia sukar untuk berkomunikasi dengan rakan sekerjanya

 

 

 

d6d81d25 d429 4485 8c78 fb22d275f8b88. Sikapnya yang aneh membuatkan ramai orang menyangka bahawa dia telah berubah

 

 

 

3c05f654 8822 4fd1 995c 54e17ee761c39. Seolah-olah mengalami tekanan kerana kacau bilau tersebut, Ki Baek juga selalu mengalami halusinasi dan mimpi buruk

Selepas mengalami insiden buruk renjatan elektrik dengan voltan tinggi hingga membuat otaknya terganggu, kini Ki Baek mengalami berbagai-bagai masalah. Oleh sebab itu, dia mungkin akan kehilangan kerja dan juga hilang kawan-kawannya. Lalu, apakah yang perlu dia lakukan dan adakah akan ada orang yang muncul membantunya untuk mengawal pemikirannya atau sembuh dari gangguannya tersebut? Bagi yang ingin tahu tentang sambungan kisahnya, jangan lupa untuk saksikan Frankly Speaking ya!

Baca lagi: ‘Frankly Speaking’ Kdrama Komedi Romantik Terbaru Tayang 1 Mei Ini
Baca juga: 12 Drama Korea Baharu Sedia Tayang Mei 2024, Pelbagai Genre dan Mengujakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here