Home Artis Korea 8 Fakta Survival Show Korea The Devil’s Plan, Tayang Di Netflix September...

8 Fakta Survival Show Korea The Devil’s Plan, Tayang Di Netflix September Ini

0

Program survival show terbaru daripada Netflix iaitu The Devil’s Plan akhirnya telah mendedahkan tarikh penayangan dan juga senarai seluruh pesertanya.

The Devil’s Plan ini menampilkan para peserta dari latar belakang pelbagai kerjaya dan profesyen. Mereka akan diuji tahap kepintaran dan perancangan strategi bijak untuk dinobatkan sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah utama.

Dipetik dari portal Soompi, berikut ini merupakan beberapa fakta menarik tentang The Devil’s Plan yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Peminat-peminat survival show, nantikan ya!

 

The devil1. The Devil’s Plan merupakan sebuah survival game show terbaru dari PD Jung Jong Yeon yang sebelum ini memang terkenal menggarap The Genius, The Great Escape dan Girls’ High School Mystery Class

 

 

1f4ea898 772d 4fb4 9407 815ff629ee962. The Devil’s Plan akan disertai oleh 12 orang peserta dengan kerjaya yang berbeza dah karakter yang berlainan. Bermula dengan kerjaya sebagai seorang selebriti, doktor, pemain Go profesional, youtuber dan bermacam kerjaya lain lagi

 

 

4b1c27c2 7f3c 4570 ab05 a4eb82d6df443. Pelakon Korea Ha Seok-jin, Cho Yeon Woo, Lee Hye Sung, Lee Si Won, Seungkwan SEVENTEEN dan Seo Yoo Min turut menyertai program baru ini

 

 

2837a9b1 34b9 4a20 a348 f90cf22a8bd64. Selain itu, ada juga Seo Dong Joo, Park Kyung Rim, Kim Dong Jae, Guillaume Patry, Kwedo dan Kwak Joon Bin

 

 

2b5d470b 9393 4d64 a4a0 60c75fe3465c5. Para peserta akan berkumpul di sebuah kem selama seminggu tanpa boleh berhubung dengan dunia luar

 

 

a43b55cf c60b 4d6a 8e7e 954c3ab57cc86. Mereka akan bersaing dan menguji batasan kemampuannya masing-masing melalui beberapa permainan dan cabaran yang memerlukan mereka memerah otak untuk berfikir dengan bijak bagi menghasilkan strategi yang mantap

 

 

d79f38af 5540 416b b2a4 aa1acc232d907. Hadiah utama untuk program ini boleh tahan lumayan! Bukan calang-calang hadiah. Pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah utama yang berjumlah 500 juta won dan meraih gelaran peserta paling pintar

 

 

acf560b8 24e5 44bf a4de 7a5175001f3a8. The Devil’s Plan dijadualkan akan ditayangkan secara perdana pada 26 September 2023 di Netflix

Buat anda yang masih tertanya-tanya, anda boleh menonton teaser The Devil’s Plan di bawah ini:

Bagaimanakah agaknya persaingan para peserta untuk muncul sebagai pemenang dan membolot haidah utama 500 juta won? Nantikan tayangan The Devil’s Plan di Netflix ya!

Baca lagi: 5 Kdrama Menarik Di Viu September Ini, Wajib Tonton
Baca juga: “Bro and Marble in Dubai”, 7 Selebriti Korea Bersaing Dalam Monopoli Kehidupan Sebenar