Home Entertainment 8 Dugaan Shi Yeol, The Secret Romantic Guesthouse

8 Dugaan Shi Yeol, The Secret Romantic Guesthouse

0

The Secret Romantic Guesthouse hampir ke penghujungnya, apakah cabaran yang harus diharungi oleh Kang Hoon yang melakonkan watak Kim Shi-yeol?

3e581b65 10dc 45f8 9d49 a07df1c137d4

Salah satu watak dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse iaitu Kim Shi Yeol dari awal lagi sejak kedatangannya ke rumah penginapan Ihwawon sudah tampak seperti mencurigakan.

Namun, sikapnya yang kelihatan ceria dan seperti kekanak-kanakan itu telah berjaya menutupi segala kecurigaan yang bersarang di benak para penonton.

Bagi pemilik Ihwawon dan penghuni yang lainnya, penampilan Kim Shi Yeol seperti seorang anak bangsawan pada umumnya. Padahal watak asal lelaki yang bernama Kim Shi Yeol ini adalah seorang pakar lawan pedang yang menjaga pewaris takhta Joseon yang sah iaitu Lee Seol atau nama samarannya, Kang San.

Takdirnya menjadi pengawal penjaga membuatkan Kim Shi Yeol perlu melalui dan menghadapi beberapa cabaran.

Jom kita lihat apakah cabaran yang dilalui oleh pemuda yang penuh rahsia ini:

a97e997b f072 422d 9804 253d22565e9d1. Selama hidupnya, Kim Shi Yeol perlu menyembunyikan identiti asalnya kerana tugasnya sebagai pengawal penjaga ataupun pengawal bayangan kepada pewaris takhta Joseon yang sah

59a267e0 a863 4582 888f 15e6f6ebf9312. Kim Shi Yeol juga perlu berpura-pura menjadi seorang pemuda yang keanak-anakan dan kelihatan seperti tidak berguna supaya identiti dirinya yang asal tidak terbongkar

cb5b535b b0ce 4618 944a c80c619ed9653. Sejak usia kanak-kanak lagi, Kim Shi Yeol sudah terperangkap di kuil untuk berlatih menjadi pengawal bayangan dan bermain pedang

IMG 5977

4. Hidupnya tidak bebas kerana selalu menjadi bayang-bayang tuannya iaitu Lee Seol yang merupakan pewaris sah takhta Joseon

IMG 5979

5. Kim Shi Yeol membunuh tunang Yoon Hong Ju iaitu Jang Hyun yang juga merupakan satu-satunya anak kepada Jang Tae Hwa tepat sehari sebelum perkahwinan mereka

IMG 59816. Setelah mengetahui kebenarannya, Kim Shi Yeol merasa bersalah kepada Yoon Hong Ju dan sangat marah kepada dirinya sendiri

IMG 59827. Perkara tersebut juga membuatkan nyawa Kim Shi Yeol sangat ditagih oleh Jang Tae Hwa selama bertahun-tahun

IMG 59808. Hubungannya dengan Yoon Hong Ju yang sangat dicintainya nampaknya tidak sampai ke mana kerana masa lalunya yang tidak dapat dimaafkan

IMG 5984Tugasnya sebagai pengawal penjaga kepada Lee Seol membuatkan Kim Shi Yeol daam drama siri The Secret Romantic Guesthouse perlu melindungi tuannya walaupun dia perlu mengorbankan banyak nyawa. Tugasan inilah yang membuatkan Kim Shi Yeol perlu menghadapi banyak cabaran dan juga masalah.

BERIKUT RECAP EPISOD 14

Kang San dan Yu Ha bersedia untuk menentang raja dan ia adalah permulaan pemberontakan besar terhadap kezalimannya. Jalan menuju takhta bukanlah mudah bagi mereka, dan mana-mana seorang atau kesemua mereka boleh kehilangan nyawa.

Orang yang paling mungkin mengorbankan dirinya ialah Kim Shi Yeol, yang telah mendedikasikan hidupnya untuk Kang San setakat ini. Satu-satunya jalan keluarnya ialah menjadikan Kang San raja atau mati bersamanya.

Bagaimanapun, dia telah jatuh cinta dengan Hong Ju, dan kini dia berada dalam situasi di mana dia boleh menyelamatkan Hong Ju atau Kang San. Si Yeol berada dalam dilema moral, dan seperti yang dia katakan, dia tidak boleh hidup bebas seperti yang dia mahu.

Jika anda belum mula menonton drama ini, pastikan anda menontonnya di platform striming Viu Malaysia!

Baca Lagi: The Secret Romantic Guesthouse, Bakal Berakhir

Baca Juga: “The Secret Romantic Guesthouse” – 10 Watak Pembantu