Home Entertainment Kdrama- 8 Watak Wanita Diraja Hidup Diluar Istana

Kdrama- 8 Watak Wanita Diraja Hidup Diluar Istana

0

Kdrama apakah yang mempunyai watak wanita diraja yang hidup diluar istana? Dan siapakah mereka?

Setelah berjaya berlakon dalam Twenty-Five Twenty-One (2022), Bona kembali menyapa para peminatnya melalui kdrama bersiri Joseon terbaru Attorney: A Morality.

Dalam kdrama bersiri tersebut, dia melakonkan watak sebagai seorang puteri diraja yang bernama Lee Yeon Ju. Namun, sejak kematian ayahnya, dia tinggal di luar istana dan membantu rakyatnya yang miskin.

Dalam banyak Kdrama siri saeguk, terdapat beberapa watak wanita diraja yang lain yang pernah tinggal di luar istana kerana pelbagai alasan dan sebab sama seperti Lee Yeon Ju.

Apakah yang membuatkan mereka melakukan perkara itu? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti yang di bawah ini:

eb429d63 53cf 46d7 ab24 8486a6e6c1c91. Penyakit amnesia membuatkan Puteri Pyeonggang (Kim So Hyun) perlu tinggal di luar istana dalam Kdrama bersiri River Where the Moon Rises (2021)

cf51ab1d 2514 4bcb a778 0309b5af3eaa2. Lahir sebagai anak kembar, Puteri Yeon Hee (Kim Sae Ron) telah dibuang oleh ibunya sewaktu masih bayi kerana satu sumpahan dalam drama siri Mirror of the Witch (2016)

6aaf6241 f94d 479c acce e1212ec4d4113. Selain itu, Lee Seo Yi (Woo Da Vi) juga pernah tinggal di luar istana untuk mengejar lelaki yang disukainya dalam drama siri Poong the Joseon Psychiatrist 2 (2022)

9d2af2d2 7875 419d ab8b efc247791cf84. Akibat dilarang mempunyai anak kembar, Dam Yi (Park Eun Bin) terpaksa dibesarkan di luar istana dalam drama siri The King’s Affection (2021)

39e01d1c 9249 40f3 b326 279a46868a775. Sejak kematian ayahnya, Puteri Lee Yeon Ju (Bona) mula tinggal di luar istana dengan menyembunyikan identitinya yang sebenar dalam drama siri Joseon Attorney (2023)

433eee53 4335 43b8 8d90 13f1c6b44cdc6. Manakala Puteri Deokman (Lee Yo Won) pula terpaksa membesar di luar istana kerana lahir sebagai anak kembar dalam drama siri The Great Queen Seondeok (2009)

2fca04c8 5d0a 41e5 aa2c c85100d0e90a7. Membesar di luar istana, Seol Nan (Seo Hyun Jin) langsung tidak tahu bahawa dia adalah merupakan anak raja dalam drama siri The King’s Daughter, Soo Baek Hyang (2013)

a24f3386 f6ae 4cee aacb 61d2141a631e8. Menjadi puteri raja pada zaman moden, Lee Jae Shin (Lee Yoon Ji) pernah tinggal di luar negara untuk menyambung pelajaran dalam drama siri The King 2 Hearts (2012)

Kehidupan ahli keluarga diraja pada umumnya penuh dengan kemewahan dan keseronokan di dalam istana. Namun, semua itu tidak dapat dirasakan oleh setiap watak wanita diraja yang tersenarai di atas kerana mereka hidup di luar istana.

Terdapat beberapa orang daripada mereka tinggal di luar istana kerana terpaksa, namun ada juga yang melakukannya kerana keinginan sendiri.

Baca Lagi: 8 Dugaan Shi Yeol, The Secret Romantic Guesthouse

Baca Juga: Filem Korea ‘Dream’ Mencecah 1 Juta Jualan Tiket