Home Kdrama/Kmovie 7 Watak Suami Red Flag dalam Kdrama Bulan Mac, Perangai Buruk

7 Watak Suami Red Flag dalam Kdrama Bulan Mac, Perangai Buruk

0

Bulan Mac ini terdapat banyak Kdrama yang mengusung kisah konflik dalam rumah tangga. Bermula dari konflik Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dan Hong Hae In (Kim Ji Won) pasangan suami isteri dalam drama Queen of Tears yang menghadapi konflik dan hampir bercerai hingga Na Moon Young yang secara misteri ditinggalkan oleh suami dalam drama siri Hide.

Kdrama semua ini menampilkan jalan cerita yang sangat menarik dengan kehadiran beberapa watak suami red flag yang menyakitkan hati. Watak terbaru iaitu Seol Woo Jae (Jang Seung Jo) dalam Nothing Uncovered memang merupakan suami red flag kerana dia melakukan tindakan gaslighting (manipulasi) terhadap Seo Jung Won (Kim Ha Neul) iaitu isterinya sendiri.

Bukan hanya Seol Woo Jae, berikut dibawah ini adalah beberapa watak suami red flag dalam Kdrama yang ditayangkan pada bulan Mac 2024, mari sama-sama kita lihat senarainya.

 

Kdrama
1. Sung Jae (Lee Mu Saeng) dalam “Hide”  secara tiba-tiba menghilangkan diri dan meninggalkan hutang sebanyak 4.5 billion won kepada isterinya untuk ditanggung

Baca lagi: Come Back Lee Bo Young dalam “Hide”, Kdrama Thriller Misteri Terbaharu, Mendapat Pujian Ramai

 

018c8c6f 7bf0 48c1 96db 35f652465822
2. Woo Jae dalam Nothing Uncovered curang dengan dua orang wanita sekaligus, apabila perbuatannya terbongkar, dia tetap berdalih tidak mengakui semuanya

Baca juga: Plot “Nothing Uncovered” Semakin Menarik dan Penuh Misteri. Rating Penonton Juga Kekal Meningkat

 

808ecec0 5c08 4a25 ab9b 86c744b000c7
3. In Ha (Lee Jun Young) dalam The Impossible Heir melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya. Dia pernah mencekik Hye Won dalam tab mandi

 

 

f16e0023 3984 4f19 bef8 7cb06ac6b477
4. Dalam drama yang sama iaitu The Impossible Heir, Kang Joong Mo (Choi Jin Ho) juga sibuk merebut jawatan dan kuasa dalam Kangoh Group dengan isterinya sendiri

Baca juga: 11 Watak dalam Kdrama 2024 yang Mengalami Kenangan Buruk Zaman Kanak-Kanak, Penuh Trauma

 

335a5053 aaf6 4569 9f34 64530a466522
5. Kang Soo Ho (Kim Kang Woo) dalam Wonderful World dalam diam tidur dengan adik iparnya sendiri semasa isterinya sedang menderita di penjara

Baca juga: Wonderful World Episod 9: Cha Eun Woo Berjaya Memusnahkan Perkahwinan Kim Nam Joo

 

dfce88da c5d1 424b 8ab6 ac3ec22198bb
6. Baek Hyun Woo dalam Queen of Tears sangat red flag kerana merasa bahagia dan senang hati apabila isterinya disahkan hanya memiliki harapan hidup hingga 3 bulan sahaja

Baca juga: Queen of Tears Mengungguli Tempat ke-3 Secara Global dalam Kedudukan Carta Teratas Netflix

 

60642d71 a5e8 44ec b5b2 eab2e0fc2904 1
7. Choi Min Woong (Hong In) dalam Wedding Impossible mengambil kesempatan atas kebijaksanaan isterinya untuk dia menjadi pemilik LJ Group

Tujuh watak red flag di atas adalah antara watak suami yang paling mendapat perhatian dalam drama siri yang ditayangkan pada bulan Mac ini. Watak-watak ini telah melakukan banyak perkara negatif dalam rumah tangga mereka.

Watak manakah yang paling memberi kesan kepada tontonan anda sepanjang bulan Mac ini?

Baca lagi:Kdrama pada Bulan Januari-Mac 2024 Tampilkan 7 Watak yang Merupakan Pakar Strategi, Bijak dan Licik
Baca juga: Minat Wedding Impossible? Ini 9 Kdrama dan Kmovie yang Dibintangi Pelakon Utamanya