Home Kdrama/Kmovie Kdrama pada Bulan Januari-Mac 2024 Tampilkan 7 Watak yang Merupakan Pakar Strategi,...

Kdrama pada Bulan Januari-Mac 2024 Tampilkan 7 Watak yang Merupakan Pakar Strategi, Bijak dan Licik

0

Jin I Soo (Ahn Bo Hyun) dalam Kdrama Flex X Cop merupakan seorang anak chaebol yang terpaksa menjadi polis kerana dia terlibat dalam sebuah kes. Tanpa disangka, dia sebenarnya sangat menikmati pekerjaannya itu dan mempunyai berbagai-bagai strategi untuk menangkap penjenayah dan penjahat.
Bahkan, usaha yang dilakukannya itu juga membantu ramai orang. Contohnya, ayah Lee Kang Hyun (Park Ji Hyun), iaitu Lee Hyung Jun (Kwon Hae Hyo) yang nama baiknya berjaya dibersihkan dan dia dapat kembali bekerja di jabatan polis.

Bukan hanya Jin I Soo, beberapa watak lain dalam Kdrama yang ditayangkan dari bulan Januari hingga Mac 2024 ini sebenarnya juga adalah pakar dalam merancang strategi. Dengan kecerdikan mereka, mereka boleh mendedahkan banyak kejahatan dan terselamat dari bahaya. Siapakah mereka? Berikut dibawah ini adalah senarainya!

 

 

74daa86c b73c 40fd ab8a ca8f57dbeb9f1. Semasa menjadi polis, Jin I Soo dalam Flex X Cop menggunakan kekayaan serta pengaruhnya untuk menyelesaikan kes jenayah dan menangkap penjahat

Baca juga: ‘Flex X Cop’ Diperbaharui Untuk Musim Kedua

 

11946b77 06b8 4172 99d9 e00030e305fb2. Pernah dijadikan mangsa, Sung Soo Ji (Bona WJSN) dalam Pyramid Game melancarkan berbagai-bagai strategi untuk menghancurkan permainan piramid dan juga musuhnya

 

 

ea52fc87 de75 47c5 ab49 4c4aeb0a94de3. Ingin bebas dari cengkaman masa lalu, Kang Tae Oh (Lee Jae Wook) dalam The Impossible Heir menyusun strategi supaya sahabatnya boleh merebut kedudukan tinggi di syarikat

Baca lagi: 10 Pelakon Korea ini Berjaya Bawa watak Suami dengan Baik dalam Kdrama 2024 walau Mereka Masih Bujang

 

7cfa7f9d c1ea 4c7e 9d26 7b5ce791c7174. Sebagai peguam yang handal, Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dalam Queen of Tears mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan kes-kes yang ditanganinya

 

 

9f2d35f6 5b48 412b 9075 e2c4d00878335. Yi In (Jo Sung Suk) dalam Kdrama Captivating the King bersikap seperti raja yang tamakkan takhta. Sebabnya, dia ingin memerangkap pembunuh sebenar saudaranya

 

 

ddd408b9 f67e 4c40 9586 89d0ff147aa36. Diberi peluang kali kedua untuk hidup, Kang Ji Won (Park Min Young) dalam Kdrama Marry My Husband melancarkan aksi balas dendam pada suami dan kawan baiknya yang selama ini mengkhianatinya

 

 

Kdrama

7. Berkat tunjuk ajar mendiang bapa saudaranya, Jeong Ji An (Kim Hye Jun) dalam Kdrama A Shop for Killers mempunyai berbagai-bagai strategi dalam menghadapi serangan para pembunuh kejam

Jin I Soo dan beberapa watak lain dalam drama Korea yang ditayangkan sepanjang bulan Januari hingga Mac 2024 merupakan pakar strategi yang pintar. Dengan kebijaksanaan mereka, mereka boleh mencapai tujuan yang mereka inginkan dan mengungkap segala kebenaran.

Baca juga: The Escape of The Seven Musim 2, Penampilan Mengejutkan 2 Bintang Baharu
Baca lagi: Filem Thriller Baru Korea ‘She Died’ Tampilkan Shin Hye Sun dan Byun Yo Han