Home Kdrama/Kmovie The Escape of The Seven Musim 2, Penampilan Mengejutkan 2 Bintang Baharu

The Escape of The Seven Musim 2, Penampilan Mengejutkan 2 Bintang Baharu

0

Kesinambungan dari musim pertama, drama The Escape of the Seven musim ke-2 sememangnya ditunggu-tunggu lebih-lebih lagi penonton setia drama ini. The Escape of the Seven: Resurrection akan mula disiarkan pada 29 Mac 2024, dan anda boleh strim di Viu!


Plot balas dendam terhadap tujuh antagonis pada musim pertama

IMG 0697

Musim kedua drama ini akan mengetengahkan jalan cerita kisah dendam yang lebih tegang dan penuh dengan plot twist.

Melalui “Insiden Bobble” yang bermula dengan dendam dan berakhir dengan kematian, Do Hyuk menjadi punca dan kehilangan nyawanya. Namun, dia tidak mati. Do Hyuk kembali dengan membalas dendam dengan mendedahkan identiti sebenar Matthew kepada semua orang. 

Matthew tiada berniat untuk berhenti. Dengan identiti palsunya, Matthew membuat seluruh dunia tergila-gilakan dia. Dia berusaha mempengaruhi dan cuba mengambil alih Sungchan Group, syarikat yang dibesarkan oleh bapanya, barulah misi dendamnya selesai.

Tujuh individu jahat itu kini akan berkumpul semula untuk bermain permainan balas dendam yang telah ditetapkan semula dalam keadaan terdesak. Ada yang akan membalas dendam, ada yang mahu berkuasa, dan ada yang menyembunyikan matlamat sebenar mereka dalam permainan baru di mana mereka akan menipu dan mengkhianati satu sama lain.

Bagaimanakah nasib tujuh individu ini? Adakah mereka akan terselamat dari rancangan pembunuhan dendam mereka?


Dalam The Escape of the Seven: Resurrection, akan ada pelakon baharu yang membintangi drama tersebut. Jom kita lihat barisan pelakonnya:- 

Escape of the seven

– Uhm Ki Joon sebagai Matthew Lee

– Hwang Jung Eum sebagai Geum Ra Hee

– Lee Joon sebagai Min Do Hyuk

– Lee Yoo Bi sebagai Han Mo Ne

– Shin Eun Kyung sebagai Cha Joo Ran

– Yoon Jong Hoon sebagai Yang Jin Mo

– Jo Yoon Hee sebagai Go Myung Ji

– Jo Jae Yoon sebagai Nam Chul Woo

– Lee Deok Hwa sebagai Bang Chil Sung

– Park Jung Eon sebagai ibu Jun Hyeok

– Kim Ki Doo sebagai pelakon pembantu

– Yeom Ji Young sebagai pelakon pembantu

– Kim Dong Hyun sebagai pelakon pembantu

– Yoon Tae Young sebagai pelakon pembantu

– Lee Ji Hyuk sebagai pelakon pembantu

– Lee Yoo Jin sebagai pelakon pembantu

– Jung Lael sebagai Bang Da Mi

– Han Bo Reum sebagai Noh Paeng Hee

The Escape of the Seven: Resurrection ini akan memperkenalkan karakter baru lakonan Lee Jung Shin dari CN Blue, dimana dia bakal muncul sebagai pesaing lawan untuk karakter Matthew Lee.

IMG 0703

Strim The Escape of The Seven: Resurrection bermula pada 29 Mac ini di Viu pada setiap hari Jumaat-Sabtu!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Comeback Kim Ha Neul Dalam “Nothing Uncovered”, Thriller Misteri Terbaru di Viu
Baca juga: Plot “Nothing Uncovered” Semakin Menarik dan Penuh Misteri. Rating Penonton Juga Kekal Meningkat