Home K-History Queen of Tears Mengungguli Tempat ke-3 Secara Global dalam Kedudukan Carta Teratas...

Queen of Tears Mengungguli Tempat ke-3 Secara Global dalam Kedudukan Carta Teratas Netflix

0

Drama tvN ‘Queen of Tears’ telah mendapat perhatian global yang luar biasa, memperoleh kedudukan ke-3 dalam TOP 10 Netflix dari 11 hingga 17 Mac 2024. Dengan rekod tontonan sebanyak 3.4 juta tontonan, drama siri ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kategori siri TV (bukan -Bahasa Inggeris).

Dalam Queen of Tears, Kim Soo Hyun bergandingan dengan pelakon wanita yang juga mempunyai bakat lakonan yang luar biasa iaitu Kim Ji Won. Membawa genre komedi romantik, mereka menjadi sepasang suami isteri yang menghadapi krisis rumah tangga. Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) adalah pengarah kumpulan konglomerat Queens. Manakala Hong Hae In (Kim Ji Won) adalah waris Queens Group.

Queen of tears

Queen of Tears merupakan drama terbaru yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun yang menceritakan tentang cinta yang mampu bertahan di tengah-tengah krisis yang hebat. Drama Korea ini telah pun mula ditayangkan pada 9 Mac di Netflix.

Kisah cinta yang memikat yang mengisahkan tentang Hong Hae In (dilakonkan oleh Kim Ji Won), seorang pewaris kumpulan chaebol generasi ketiga, dan Baek Hyun Woo (lakonan Kim Soo Hyun), telah berjaya memikat hati para penonton di seluruh dunia. Kemunculan semula penulis yang terkenal dengan karya ‘My Love from the Star’ ini telah menambah lagi perhatian dan minat terhadap drama siri Korea ini.

‘Queen of Tears’ mendominasi carta di sembilan buah negara, termasuk negara Korea, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan juga Vietnam. Tambah hebat lagi apabila drama Korea ini juga mendapat kedudukan dalam 10 teratas di 28 negara di seluruh dunia.

547f9533 0312 42bd aeed ef6c8a594a08

Dengan jalan cerita yang mencengkam perasaan dan persembahan lakonan yang cemerlang dari para bintang siri ini, drama ini telah menyaksikan peningkatan mendadak dalam penerimaan penonton, bermula daripada 5.9% dan melonjak kepada lebih dari 13% dalam hanya empat episod (rujukan Nielsen Korea, standard seluruh negara untuk platform berbayar).

Kedua-dua pelakon utama iaitu Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won telah mendapat perhatian yang luar biasa, dengan Kim Ji Won menduduki tempat pertama sebagai pelakon yang paling banyak dibincangkan untuk dua minggu berturut-turut, menyaksikan populariti hebat mereka adalah salah satu tarikan utama untuk siri ini.

Sudahkah anda tonton drama “Queen of Tears” ini?

3ef6ab7b ab67 470e ab41 3e3b363b0f6d

Sumber: Netflix / Allkpop
Baca lagi: 6 Pelakon Wanita Korea Ini Memiliki Visual dan Aura Seperti Supermodel
Baca juga: Queen Of Tears, 7 Kesan Apabila Penyakit Kim Ji Won Menyerang, Sengsaranya