Home Artis Korea 6 Pelakon Wanita Korea Ini Memiliki Visual dan Aura Seperti Supermodel

6 Pelakon Wanita Korea Ini Memiliki Visual dan Aura Seperti Supermodel

0

Ramai pelakon Korea Selatan terkenal dengan pelbagai bakat. Mereka bukan sahaja mempunyai kemahiran lakonan yang sangat baik yang membuatkan penonton tenggelam dalam cerita dan watak yang dilakonkan. Namun, ramai di antara mereka juga mempunyai bakat lain seperti menyanyi atau menari.

Bukan itu sahaja, visual mereka yang menawan juga membuatkan beberapa pelakon wanita mempunyai aura supermodel yang kuat. Sebagai contoh, senarai pelakon terkenal dibawah ini.

Dikenali dengan tubuh langsing melebihi 171 cm, visualnya seperti supermodel dengan kecantikan yang tiada tandingan! Siapakah mereka?

 

1. Jun Ji Hyun

IMG 9399

Dikenali sebagai salah seorang pelakon bergaji tertinggi, tidak perlu meragui kebolehan lakonan Jun Ji Hyun. Dia telah memainkan pelbagai watak, dari pencuri professional, ikan duyung, hingga renjer di pergunungan. Selain kemahiran berlakon, visualnya juga mengagumkan.

Biarpun kini berusia 40 tahun, aura kecantikan aktres yang dikenali antarabangsa sebagai Gianna Jun itu masih menawan. Visualnya juga memancarkan aura supermodel, kerana memiliki ketinggian 172 cm.

 

2. Han Hyo Joo

IMG 9400

Kebanyakan berlakon dalam filem, Han Hyo Joo sering membuatkan peminat merindui kehadirannya di layar drama. Tidak hairanlah kemunculan semulanya di HAPPINESS suatu ketika dahulu disambut meriah oleh peminat.
Selain daripada kualiti lakonan yang tidak boleh dipertikaikan, visualnya memang memaparkan aura kecantikan yang luar biasa. Dalam pelbagai penggambaran, pelakon ini memaparkan getaran supermodel yang kuat. Selain daripada ekspresi fleksibelnya di hadapan kamera, Han Hyo Joo juga berketinggian 172 cm.

3. Shin Hye Sun

IMG 9401

Lakonannya semakin mendapat pujian kerana mampu melakonkan watak apa pun dengan jayanya. Tidak hairanlah Shin Hye Sun ialah ratu drama Korea baharu yang projeknya sentiasa dinanti-nantikan peminat setianya.

Bukan sahaja kualiti lakonan Shin Hye Sun terunggul, dia juga sentiasa mengundang kekaguman peminat menerusi kecantikannya yang polos dan semulajadi. Selain itu, aktres ini juga memiliki badan langsing setinggi 172 cm yang membuatkan dia menyerlahkan aura seorang supermodel.

 

4. Choi Ji Woo

IMG 9402

Apabila anda mendengar nama Choi Ji Woo, perkara pertama yang terlintas di fikiran peminat drama Korea mungkin ialah drama lagenda, WINTER SONATA. Sehingga 20 tahun kemudian, Choi Ji Woo masih berjaya membuktikan kewujudannya sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik Korea Selatan.

Walaupun sudah berusia 46 tahun, pesonanya masih tidak luntur sama sekali. Visual pelakon ini masih kelihatan muda. Bukan itu sahaja, Choi Ji Woo turut memancarkan aura seperti supermodel kerana ketinggiannya mencecah 174 cm.

 

5. Lee Sung Kyung

IMG 9403

Keseluruhan lakonannya dalam WEIGHLIFING FAIRY KIM BOK JOO hingga DR. ROMANTIC menjadikan Lee Sung Kyung salah seorang pelakon muda Korea Selatan yang sentiasa dinantikan. Anda juga pasti tertarik dengan kemunculannya semula dalam SHOOTING STARS yang membawanya bersama Kim Young Dae.

Visual Lee Sung Kyung sentiasa berjaya mencuri perhatian. Selain wajahnya yang jelita, aktres ini turut memancarkan aura supermodel dengan badan setinggi 176 cm. Tidak menghairankan juga, kerana sebelum mula berlakon, Lee Sung Kyung pertama kali memulakan kerjaya dalam dunia peragaan.

 

6. Lee Da Hee

Pelakon

Kerana penampilannya yang anggun, Lee Da Hee sering dilakonkan dalam watak dengan latar belakang chaebol. Bagaimanapun, kualiti lakonannya tidak perlu diragui kerana dia mampu melakonkan apa sahaja watak, daripada pendakwa raya hinggalah pegawai polis.

Visual Lee Da Hee juga sering mendapat pujian. Pelakon itu terkenal bergaya dan menjadi ikon fesyen, jadi tidak hairanlah dia sentiasa memancarkan getaran supermodel. Ini juga disokong oleh badannya yang tingginya 176 cm tau.

Cantik dan pelbagai bakat adalah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan pelakon di atas. Sudahkah anda menonton drama-drama dibintangi mereka? Ia boleh menjadi rujukan untuk tontonan yang menarik apabila hujung minggu tiba! Tetapi, pastikan anda melengkapkan diri dengan kuota yang banyak supaya anda dapat maraton takpa sebarang gangguan!

Baca lagi: 6 Pelakon Versatile Ini Digelar “Chungmuro” Kerana Kepelbagaian Lakonan Mereka
Baca juga: 10 Pelakon Korea Tercantik 2024 Tanpa Solekan dan Pembedahan