Home Kdrama/Kmovie Pyramid Game, 6 Persoalan yang Perlu Terjawab pada Episod Akhir

Pyramid Game, 6 Persoalan yang Perlu Terjawab pada Episod Akhir

0

Pyramid Game (2024) nampaknya makin menarik. Ramai penonton ingin tahu bagaimanakah pengakhiran kisah Sung Soo Ji dan kawan-kawannya.

Dua episod terakhir Pyramid Game akan ditayangkan pada Khamis, 21 Mac 2024 dan boleh ditonton di Viu.

Berikut dibawah ini adalah beberapa persoalan yang sepatutnya terjawab di episod akhir Pyramid Game nanti.

Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!

1. Bagaimanakah keadaan Im Ye Rim? Adakah kecederaannya berkaitan dengan Cho Woo Ri dan abangnya?

0a2d0343 8b55 4c45 b147 efb8b54a0864 1

Di akhir episod 8, Im Ye Rim (Kang Na Eon) tidak sedarkan diri selepas tampil di Festival Baekyeon. Masih menjadi tanda tanya apakah yang terjadi kepada Im Ye Rim sebenarnya. Tambahan pula, di adegan sebelum ini, Im Ye Rim kelihatan menangis.

Selepas menyaksikan kejadian yang menimpa Im Ye Rim, Sung Soo Ji terus menuju ke kelas dan meluapkan amarahnya kepada Baek Ha Rin (Jang Da Ah). Adakah kejadian yang menimpa Ye Rim ada hubung kait dengan Ha Rin?

Selain itu, Cho Woo Ri (Joo Bo Young), bekas pelajar kelas 2-5 juga mengetahui bahawa Im Ye Rim akan tampil di Festival Baekyeon. Selama ini, dia memang diketahui selalu mengintai akaun media sosial idola tersebut. Adakah Cho Woo Ri yang mencederakan Im Ye Rim?

 

2. Adakah Cikgu Yoon Na Hee akan kembali dan membantu Sung Soo Ji?

baa11ec7 eac4 4ccd 9a37 f39a71877379

Dalam versi webtoon, Cikgu Yoon Na Hee (Ahn So Yo) kembali ke sekolah pada hari festival. Dia juga menyamar dengan kostum beruang.

Menjelang ending episod 8, seseorang dalam kostum beruang sedang mencari Im Ye Rim. Adakah orang di dalam kostum itu adalah Cikgu Yoon? Adakah dia kembali untuk membantu Sung Soo Ji menghapuskan Pyramid Game? Atau sebenarnya dia bukan Cikgu Yoon?

 

3. Adakah masa lalu Baek Ha Rin dan Myoung Ja Eun akan terbongkar?

2e88ea92 7ce8 47df bcf4 261a7bb1677c

Masa lalu Baek Ha Rin dan Myoung Ja Eun (Ryu Da In) mula terbongkar di episod 8. Seperti sangkaan penonton, Ha Rin dan Ja Eun sudah saling kenal sejak kecil.

Namun, masa lalu mereka belum dijelaskan secara terperinci. Selain itu, dijelaskan juga bahawa semasa kecil, Baek Ha Rin dan Myoung Ja Eun pernah bermain Pyramid Game.

Adakah masa kecil itu yang membuatkan Baek Ha Rin obses dengan Pyramid Game? Adakah dia memang ingin balas dendam kepada Myoung Ja Eun yang mentertawakannya semasa kecil?

 

4. Bagaimanakah hasil undian Pyramid Game seterusnya?

dbaf7acb d95b 473d 9cc6 4feeeaa65141

Di episod 9 dan 10, akan ditunjukkan bagaimanakah hasil undian Pyramid Game seterusnya. Menurut webtoon, undian Pyramid Game terakhir bertujuan untuk menentukan kedudukan gred F selamanya.

Adakah kali ini Baek Ha Rin akan menjadikan Myoung Ja Eun berada di gred F untuk selamanya? Adakah Sung Soo Ji (Bona) berjaya menggagalkan rancangan Baek Ha Rin lagi?

Kemungkinan pemilihan di episod 8 akan menjadi undian Pyramid Game yang terakhir. Dalam versi webtoon, Kim Da Yeon (Hwang Hyun Jung) yang mendapat gred F selamanya. Adakah hasil undiannya sama?

 

5. Adakah Pyramid Game akan terbongkar kepada orang ramai dan dihapuskan?

32050e3c 6367 4f80 925d 6117f17161bd

Teaser untuk episod akan datang sudah beredar di media sosial. Dalam salah satu adegan, Sung Soo Ji tampak memujuk kawan-kawan sekelasnya untuk berhenti bermain Pyramid Game.

Adakah Sung Soo Ji berjaya menghancurkan Pyramid Game? Selain itu, adakah Pyramid Game akan terbongkar kepada orang ramai?

Jika terbongkar, adakah seperti dalam versi webtoon dimana Myoung Ja Eun, Kim Da Yeon, dan Sim Eun Jeong (Lee Ju Yeon) akan menjadi kambing hitam dan Baek Ha Rin dijadikan sebagai satu-satunya mangsa?

 

6. Adakah Baek Ha Rin akan terperangkap dalam kebakaran?

Pyramid game

Di episod 5 dan 6, muncul petikan adegan sewaktu bangunan kelas 2-5 Sekolah Tinggi Perempuan Baekyeon terbakar. Selain itu, kelihatan juga seorang pelajar yang terbaring pengsan di tengah-tengah ruangan bilik yang terbakar.

Adakah pelajar itu adalah Baek Ha Rin? Kerana dalam versi webtoon, Baek Ha Rin mengajak Myoung Ja Eun ke kelas 2-5, serta menyalakan api di sana.

Adakah Baek Ha Rin cedera kerana melindungi Myoung Ja Eun seperti dalam webtoon? Atau sebenarnya pelajar yang terperangkap dalam kebakaran bukan Baek Ha Rin?

Semua persoalan di atas akan terjawab dalam episod 9 dan 10. Drama Pyramid Game hanya akan tampil dengan jumlah 10 episod. Nantikan dan tonton di Viu ya!

Baca lagi: 9 Watak ini Menurut Kata Jang Da Ah dalam Pyramid Game, Terpaksa atau Rela?
Baca juga: Tujuh Perbezaan Versi Drama Pyramid Game dan Webtoon, Siri Ngeri Psikologi dan Surviva