Home Kdrama/Kmovie 9 Watak ini Menurut Kata Jang Da Ah dalam Pyramid Game, Terpaksa...

9 Watak ini Menurut Kata Jang Da Ah dalam Pyramid Game, Terpaksa atau Rela?

0

Jang Da Ah berjaya membawa watak sebagai seorang pelajar remaja yang psiko dan suka membuli dalam Pyramid Game. Wataknya sebagai Baek Ha Rin benar-benar membuatkan para penonton naik darah.

Baek Ha Rin dalam Pyramid Game merupakan pelajar yang berkuasa di kelas 2-5 Sekolah Tinggi Perempuan Baekyeon. Dia boleh menguasai ramai orang dan membuatkan mereka tunduk padanya. Bahkan, kawan-kawan sekelasnya juga tidak berani menolak kemahuannya.

Baek Ha Rin bukan hanya membuat kawan-kawan sekelasnya sahaja yang menuruti setiap kemahuannya. Terdapat beberapa watak lain yang juga tunduk padanya. Siapakah mereka?

 

46b18780 a06d 437b 9bf1 1760aa3da15b
1. Walau kelihatan kuat dan berkuasa, Kim Da Yeon (Hwang Hyun Jung) rupa-ruoanya tunduk pada Baek Ha Rin kerana keluarganya perlukan kuasa dan pengaruh

 

163cf544 4868 4277 961c 48b2751a7001
2. Walau tidak suka dengan sikap Baek Ha Rin, Seo Do Ah (Shin Seul Ki), pewaris sebuah hospital terkemuka terpaksa mengikuti kemahuan kawannya itu

 

62a840ab 2ac3 4d59 abc2 a2c908fcacd9
3. Bang Woo Yi (Ha Yul Ri) adalah yang paling galak semasa membuli pelajar yang menentang Baek Ha Rin. Semuanya dilakukan supaya dia mendapat balasan barangan mewah

 

745e32d1 6aa5 43f9 8bde 548d1b205dc4
4. Go Eun Byeol (Jung Ha Dam) pada awalnya kelihatan seperti pelajar pengecut dan penakut di kelas. Namun, dia naik ke Gred A kerana dia menuruti arahan Baek Ha Rin

 

737fb453 3da8 4d41 a5a6 31d81f21f065
5. Yoon Ye Won (Lee Da Kyung) merupakan programmer pyramid game. Dia mendapat laptop mahal kerana dia menurut kata Baek Ha Rin

 

614ee591 553a 42dd 863f e87b13326a58
6. Malas bergaduh dan mahu tenang-tenang sahaja, Joo Seung Yi (Kwon Yi Soo) menurut arahan Baek Ha Rin. Bahkan, dia mengkhianati sahabatnya supaya dia boleh melepaskan diri dari gred F

 

77a34572 663c 45c1 b4b4 8db743526123
7. Sekolahnya merupakan milik keluarga Baek Ha Rin, pengetua sekolah iaitu Im Soon Ae (Son Ji Na) juga sangat menghormati Baek Ha Rin dan dia menurut segala arahan muridnya itu

 

934cd3b2 3b50 4aa2 ac2d db87cb6c9a48

8. Merupakan guru kelas yang toksik, cikgu Lim Joo Hyung (Choi Sung Won) menutup mata tentang kes buli yang berlaku di kelasnya demi untuk menyenangkan hati Baek Ha Rin

 

Pyramid game
9. Walau mereka tahu bahawa Baek Ha Rin psikopat, Baek Hyun Joon (Kim Young Pil) dan Choi Yi Hwa (Jung Ae Youn) juga tidak mampu menghalang anak mereka tersebut

Watak-watak di atas tunduk pada Baek Ha Rin dalam Pyramid Game. Bukan hanya kawan sekelas, bahkan kedua-dua ibu bapa Baek Ha Rin sendiri juga takut dan tidak mampu menentang keinginannya.

Sudahkan anda menonton? Dengan sejumlah 10 episod, Pyramid Game disiarkan di platform penstrima Viu setiap hari Khamis bermula 29 Februari 2024.

Baca lagi: Tujuh Perbezaan Versi Drama Pyramid Game dan Webtoon, Siri Ngeri Psikologi dan Survival
Baca juga: 5 Watak Kaki Buli dalam Pyramid Game, Buat Penonton Geram