Home Entertainment 7 Pelakon Kanak-kanak Membintangi Kdrama 2023

7 Pelakon Kanak-kanak Membintangi Kdrama 2023

0

Beberapa orang pelakon kanak-kanak comel daripada Korea Selatan kini sedang hangat mencuri perhatian para peminat drama siri Korea

Pelakon kanak-kanak yang serba comel ini muncul dalam drama siri Korea popular pada tahun 2023 ini. Umur yang masih terlalu muda langsung tidak menyekat kemampuan lakonan mereka dan ternyata pelakon kanak-kanak comel ini berjaya membawa peranan masing-masing dengan sangat berkesan.

Kehebatan mereka memang terbukti, dapat melengkapkan peranan pelakon senior yang lain dan apatah lagi apabila drama siri Korea lakonan mereka turut berjaya meraih populariti disebabkan kemunculan mereka.

Hebat bukan?

Jom sama-sama kita lihat senarai 7 orang pelakon kanak-kanak comel yang sememangnya sudah popular di Korea Selatan dan mereka berjaya mencuri tumpuan para penonton melalui Kdrama lakonan mereka pada tahun 2023 in:

Pelakon kanak-kanak

1. Kim Ra On melakonkan karakter Song A Ji dalam Agency (2023), kemunculannya berjaya menjadi tarikan utama buat para penonton kerana dia sering mempunyai konflik dengan ibunya

d4efe1c9 0226 4578 9fc0 485a731c3204

2. Sementara itu, Oh Ji Yul berjaya menghidupkan watak yang bernama Ha Ye Sol dalam The Glory Part 2 (2023). Lakonannya sebagai anak Lim Ji-yeon sangat berkesan dan memang patut dipuji!

ea889acf 4089 4183 80f3 7f7634bef245

3. Sangat berjaya menjiwai watak, Lee So Yoon pernah sempat muncul sebagai Yoon Dan O versi kanak-kanak dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse (2023)

ec045649 a885 4664 940f a3a0b4008cc3

4. Masih dalam drama yang sama iaitu The Secret Romantic Guesthouse (2023), pelakon cilik Ki Eun Yoo berjaya melakonkan karakter Lee Seol versi kanak-kanak

a6618963 c3b5 4a62 8534 aae08135b060

5. Dalam Family: The Unbreakable Bond (2023), Shin Su A muncul sebagai Kwon Min Seo yang merupakan anak kepada Kwon Do Hoon (Jang Hyuk) dan Kang Yoo Ra (Jang Na Ra)

230d2dba 6f62 4007 ae75 087fcb4afeb4

6. Dalam The Good Bad Mother (2023), Park Da On yang membawa watak kanak-kanak yang bernama Lee Seo Jin. Dia merupakan anak kepada Lee Mi Joo (Ahn Eun Jin)

bfb83511 2be3 4451 b23d cc2c7fe07afe

7. Tidak ketinggalan, kembar kepada Lee Seo Jin yang bernama Lee Ye Jin dalam drama siri The Good Bad Mother (2023). Karakter tersebut dilakonkan oleh Ki So Yu yang sangat berbisa melakonkan wataknya dengan penuh penghayatan!

Kecil-kecil cili padi! Walau masih lagi dalam usia kanak-kanak, lakonan semua pelakon kanak-kanak yang tersenarai di atas telah berjaya memberi kesan dan impak kepada drama siri lakonan mereka.

Gelagat dan keletah mereka sebagai kanak-kanak dalam Kdrama yang tersenarai berjaya juga menghiburkan, memecahkan emosi dan kadang-kadang membuat para penonton geram.

Pasti apabila dewasa nama mereka akan bertambah mekar sebagai pelakon terkenal dari Korea Selatan. Semoga terus maju jaya diucapkan buat para pelakon kanak-kanak ini semua!

Baca Lagi: 9 Kdrama Bertemakan Zombi dan Raksasa

Baca Juga: Sugamo Case 1988 Kisah Tragis Tentang 5 Kanak-Kanak Yang Diabaikan