Home Entertainment 9 Kdrama Bertemakan Zombi dan Raksasa

9 Kdrama Bertemakan Zombi dan Raksasa

0

Salah satu tema yang berjaya mencengkam-cengkam hati para penonton dalam drama korea adalah kisah serangan zombi dan raksasa.

Tidak hanya menampilkan genre romantik komedi semata-mata, drama siri Korea juga menampilkan kisah yang penuh dengan ketegangan, mendebarkan dan sangat mencemaskan.

Di dalam jalan ceritanya, setiap karakter perlu berjuang melawan makhluk-makhluk zombi dan raksasa ganas ini agar mereka mampu bertahan hidup. Bukan sahaja perlu berjuang dan menjaga nyawa, mereka juga perlu menghadapi konflik dan pelbagai masalah yang lebih merumitkan keadaan.

Memang berjaya membawa suasana tegang sehingga para penonton turut merasa sesak dada. Tema tersebut digunakan dalam beberapa drama siri popular Korea Selatan, contohnya seperti 9 Kdrama yang kami senaraikan berikut ini. Jom sama-sama kita lihat:

Zombi dan raksas1. Musim dua dan tiga akan ditayangkan tidak lama lagi, Sweet Home (2020) mengisahkan tentang penularan wabak virus misteri yang mengubah manusia menjadi monster, makhluk ganas yang tiada perasaan! Ia dibintangi oleh Song Kang, Lee Jin-wook, dan Lee Si-young.

Zombi dan raksasa2. Bakal ada musim kedua, All of Us Are Dead (2022) menampilkan kisah perjuangan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menghadapi serangan zombi dan raksasa di sekolah mereka

Zombi dan raksasa3. The School Nurse Files (2020) mengisahkan tentang seorang juru rawat sekolah yang mempunyai kemampuan melihat raksasa. Dia bersungguh-sungguh berusaha untuk melawan raksasa yang ada

4de6e2d9 8a28 4b90 89cb 4e886ad17dc64. Paling terbaru, Duty After School (2023) mengisahkan tentang para pelajar sekolah menengah yang dilatih oleh pihak tentera untuk melawan makhluk asing yang sangat merbahaya

b11e54f9 8fc2 4145 9f00 8609e2f8b3ef5. Drama siri Happiness (2021) mengangkat kisah perjuangan para penghuni apartment dalam melawan makhluk zombi

c986d2eb f9ca 4b87 96d6 782eb2741d076. Monstrous (2022) menceritakan tentang fenomena supernatural yang disebabkan oleh sebuah patung Buddha yang dirasuk oleh roh jahat

b5903977 1d4b 4f9e 8ed9 3c02aaf18e0a7. Bertemakan tentang ajaran sesat, Hellbound (2021) mengisahkan tentang raksasa yang memburu orang-orang yang dianggap berdosa untuk dikirim ke neraka

7766f5e3 0b3b 466f b7cf 267035e3b1cf8. Berlatarkan era Dinasti Joseon, Kingdom (2019) adalah kisah tentang wabak zombi yang bermula daripada sejenis tumbuhan yang bersifat abadi, wabak ini menyebabkan rakyat dan raja yang terjangkit berubah menjadi raksasa dan zombi yang sangat menakutkan!

Zombi & Raksasa9. Dark Hole (2021) mengisahkan sekumpulan manusia yang berjuang untuk melawan manusia yang berubah menjadi mutan akibat sejenis asap misteri

Kisah tentang serangan zombi dan raksasa dalam drama siri Korea Selatan yang tersenarai di atas boleh membuatkan para penonton turut merasa cemas dan berdebar. Perlu mempersiapkan mental dan emosi untuk menonton Kdrama ini semua kerana banyak adegan menakutkan dan mengerikan disajikan buat para penonton.

Baca Lagi: Kdrama “Happiness Battle” 31 Mei Ini, Misteri Pembunuhan Para Ibu Di Media Sosial

Baca Juga: 8 “J-Horror” Kultus Terbaik Sepanjang Zaman